Kelebihan Buah Tomato. |
TOMATO buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya? Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato. Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John, berkata cara terbaik bagi menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato dan produk masakan yang diperbuat daripada bahan itu. Beliau berkata, berdasarkan kajian saintifik, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil, katanya pada ceramah kesihatan The Red Campaign di ibu negara, baru-baru ini. Kempen itu dianjurkan oleh syarikat makanan global, Heinz, yang mengeluarkan sos tomato, perasa dan pelbagai aneka sos. Mary berkata, sumber terbaik untuk mendapatkan likopena ialah dari sos spagheti, jus tomato, tembikai, pes tomato, sup tomato, cili sos dan sos koktel. Beliau berkata, kira-kira 80 peratus likopena terkandung di dalam produk tomato dan buah tomato tetapi hakikatnya, tomato yang sudah dimasak mengandungi likopena yang lebih tinggi. Ini kerana, katanya, proses memasak akan memecahkan dinding sel tomato yang sekali gus membenarkan tubuh manusia menyerap likopena. Bagaimanapun, beliau berkata, sebaik-baiknya pastikan anda tidak menggunakan minyak dan lemak yang berlebihan ketika memasak untuk memastikan keberkesanan penyerapan likopena. sumber : http://portal.dumei.com/ar_sihat3.php KESAN SAMPINGAN JIKA MAKAN TERLALU BANYAK TOMATO 1- Jika biji tidak dibuang mungkin akibat apaendik 2- Ntah la yang seturusnya,, 3- Ni kesan yang paling ketara dan jelas jika terlalu banyak sangat makan tomato....PERUT KENYANG>>>> |
KERABAT MAYA
Saturday, 23 April 2011
TOMATO DAN KESAN SAMPINGAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment