Assalamualaikum..”
“Wallahi.. Wallahul azim!”
Dua baris perkataan acapkali kedengaran di mana-mana pelusuk negara Mesir. Ucapan sebegitu bukan sahaja digunakan pakai oleh masyarakat Islam Mesir, tetapi turut digunakan oleh sebilangan komuniti kristian ortodok.
Jika yang menuturkan kata-kata itu seorang wanita kristian (tidak menutup aurat dan bertudung) mungkin mudah diketahui berbanding lelaki. Saya pernah beberapa kali terkeliru dan silap memberi salam kepada mereka. Lelaki kristian hampir sama penampilan dan gaya dengan lelaki Islam.
Yang membezakan ialah rantai salib atau tatoo salib dilengan mereka. Perlu lebih peka memerhati.
ISU PANAS
Kebelakangan ini timbul isu yang hangat diperkatakan samaada melalu media arus perdana, blog-blog mahupun sumber internet. Masing-masing memberi pandangan berkaitan penggunaan nama ALLAH oleh non-muslim di Malaysia. Malah isu panas ini mampu menenggelamkan tidak balas awam ke atas kenaikan harga gula di pasaran.
Ianya bermula apabila akhbar mingguan The Herald dihalang dari menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mereka. Ekoran itu, Gereja Katholik telah memohon perintah Mahkamah supaya menolak larangan yang dilakukan KDN. Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Lau Bee Lan memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan ‘Allah’ adalah tidak sah dan batal.
Maka, akibat daripada peristiwa yang berlaku muncul pelbagai pandangan pro dan kontra dikalangan masyarakat Malaysia pelbagai status. Bila ada yang menyokong tentulah timbul golongan membantah.
ALLAH SWT TUHAN SEKALIAN ALAM
Di kalangan manusia yang beriman kepada Allah SWT langsung tidak menyangkal malahan terdetik hati untuk menafikan bahawa Allahlah Tuhan sekalian makhluk dan alam seluruhnya. Allah SWT menciptakan manusia seluruhnya, pelbagai bangsa dan warna kulit. Pengangan ini adalah qathei’ dan sabit bersandarkan dalil. Mengingkari bererti menjahanamkan diri ke lembah kekufuran.
Saya sendiri tidak menyangkal akan perihal ini. Apa jua makhluk yang wujud di dunia ini, samaada beragama Islam, Yahudi, Kristian mahupun agama-agama lain Allahlah yang menciptakan kejadian mereka.
Namun, sejarah membuktikan bahawa manusia pada asalnya bertauhidkan Allah SWT langsung terpesong dan akhirnya menjadi sesat kerana terikutkan syaitan dan hawa nafsu bahkan mereka cipta pula pelbagai ajaran sehinggalah muncul agama-agama yang pelbagai. Islam melalui pesuruhNYA, Nabi Muhammad SAW hadir untuk meluruskan kembali kesesatan itu agar kembali mengeesakan Allah SWT dengan pegangan akidah sebenar-benarnya.
Kembali menyatakan Allah SWT itu satu, wahid.
Firman Allah SWT:
Ertinya: “Janganlah kamu (wahai orang-orang Kristian) menyabitkan tuhan dengan tiga (triniti), berhentilah dari ucapan kamu itu, kerana sesungguhnya Allah hanyalah tuhan yang satu, Maha Sucinya yang bebas dari mempunyai anak, baginya memiliki seluruh apa yang terdapat di langit dan di bumi, cukuplah bagi Allah sebagai Pemelihara.” (An-Nisa’: 171)
JANGAN SELEWENG
Berdasarkan ayat al-Quran di atas, jelaslah kepada kita bahawa kefahaman aqidah Islam bahawa Allah SWT itu SATU. Tidak ada dua, tidak beranak dan memperanakkan. Berbeza pula dengan kefahaman kaum Kristian dan Yahudi yang mengatakan bahawa Allah SWT mempunyai anak. Firman Allah SWT:
“Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair putra Allah,” dan orang-orang Nasrani berkata, “Al-Masih putra Allah.” Itulah ucapan yang keluar dari mulut mereka. Mereka meniru ucapan orang-orang kafir yang terdahulu. Allah melaknat mereka; bagaimana sampai berpaling?”
“Mereka menjadikan orang-orang alim (Yahudi), dan rahib-rahibnya (Nasrani) sebagai tuhan selain Allah, dan (juga) Al-Masih putra Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada tuhan selain Dia. Mahasuci Dia dari apa yang mereka persekutukan.” (At-Taubah: 30 dan 31)
Justeru, ianya begitu membimbangkan saya seandainya perkara ini bebas diguna pakai tanpa sebarang pemantauan pihak berwajib. Bukti-bukti sebelum ini juga menunjukkan bahawa telah ramai di kalangan umat Islam Malaysia khususnya menjadi murtad. Gara-gara jahil dan tidak mempunyai pegangan aqidah yang kukuh. Langsung beranggap putih itu hitam, dan hitam itu putih. Keliru segalanya.
Jangankan mengenal Allah SWT, mengucap dua kalimah syahadah dan bersolat juga masih ada yang TIDAK TAHU.
Dibimbangi apabila kalimah ini diseleweng mengikut aqidah Yahudi dan Kristian, umat Islam ‘atas pagar’ turut sama mempraktikkan aqidah kufur mereka.
ULANG TAYANG PERISTIWA
Perkara ini sebenarnya sudah lama berlaku jika dilihat dari luar skop negara Malaysia. Misalnya, Paderi C.I scofield seorang pensyarah ilmu teologi Kristian, pernah menerbitkan Bible versi tersendiri dan sebuah ensiklopedia yang berjudul ‘Ensiklopedia Scofield Untuk Bible’. Antara kajian mereka yang mengejutkan ialah apakah hakikat kalimah Allah di dalam Genesis (dalam Perjanjian Lama).
Di dalam kitab itu ‘Elah’ dalam pengertian sebenar merujuk kepada tuhan yang disebutkan dengan nama ‘Allah’, cuma versinya hanya memakaikan kalimah Alah sahaja iaitu dengan satu huruf ‘L’.
Walaubagaimanapun, sebenarnya pemakaian nama Allah bagi tuhan sebenarnya berleluasa di dalam kitab Bible golongan Ortodoks terutamanya terjemahan Arab. Ini juga terdapat dalam terjemahan Arab Beirut yang menggunakan lafaz tuhan dengan ‘Alah’. Cumanya kebanyakkan versi Inggeris memakainya dengan kalimah ‘Lord’ dan beberapa versi lain seperti Scofield ini menggunakan dengan lafaz ‘Alah’. Hakikat sebenarnya, kalimah tuhan yang digunakan di dalam Perjanjian Lama adalah ‘Allah’. Ini kerana kalimah Ibrani asalnya memakai kalimah ‘Elah’ yang disama ertikan dengan Allah.
Namun begitu, walau apa jua kalimah yang mereka (golongan kafir) gunakan ianya dilihat berdasarkan kefahaman dan aqidah pula. Kita sebagai orang beriman, selaku muslim sewajar bebas dari kefahaman golongan kufur mengenai kedudukan Allah. Biarlah ulang tayang drama ini berlaku berapa kali pun, kita tetap dengan penderian bahawa ALLAH ITU SATU. LAILAHAILLALLAH MUHAMMADURASULULLAH!
LAKONAN POLITIK SELEPAS ULANG TAYANG
“Sangat pelik..” Itulah yang bermain di benak minda ketika ini.
Jika dilihat dari satu sisi yang lain, sebenarnya isu ini seolah-seolah bagai sebuah lakonan drama. Ada para pelakon, pengarah dan skrip jalan cerita. Mengapa?
Tidakkah kita pelik, kenapa di sana ada suara-suara hero mempertahankan kalimah Allah sedangkan mereka sendiri yang bergemulang dengannya. Maksud saya begini, Hakim Lau Bee Lan yang mengisytiharkan larangan KDN menggunakan kalimah Allah SWT adalah tidak sah dan batal sememangnya tindakan itu betul. Betul kerana mengikut lunas-lunas yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Seharusnya tidak ada istilah ‘panas telinga’ kerana undang-undang tinggalan penjajah British itu sendirilah yang mereka guna pakai. Malah menyanjung tinggi pula. Jadi mengapa harus melenting bukan? Terimalah dengan hati terbuka, kerana perlembangan itu sendiri lebih liberal berbanding isu ini.
Nah, biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya!
sumber :www.faridrashidi.com
No comments:
Post a Comment