KERABAT MAYA

Monday 9 August 2010

Doa Tok Kenali



Doa Selepas Solat Tok Kenali Yang Dipetik Daripada Iman Al-Ghazali :-

wahai tuhan, sesungguhnya saya pohon pada Engkau pemberiannya sempurna , kesihatan yang berkekalan,
rahmat yang menyeluruh dan kesegaran yang berguna.
Saya pohonkan daripada Engkau puncak kesenangan hidup,
puncak kebahagiaan umur, kesempurnaan kebaikan,
juga keluasan pemberian dan kesopanan yang lebih berfaedah.

Tuhanku, Tolonglah kami dan jangan pula kami ditindas.
Tuhanku, Bahagiakanlah kesudahan hidup kami,
buktikanlah hasrat kami dengan penambahan amalan.
Susilah kesegaran dikala berpagi-pagi dan berpetang-petang.


Wahai Tuhanku,
tumpahkanlah rahmat engkau di tempat kembali kami dan kesudahan kami dan tuangkanlah dulang kemaafan ke atas dosa-dosa kami dan kurniakanlah pembaikan kepada keaifan-keaifan kami dan berikanlah kegiatan kami pada agama engkau. Kepada Engkau kami berserah dan kepada engkau kami menggantung harapan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...