KERABAT MAYA
Thursday, 5 August 2010
10 SIFAT-SIFAT TERCELA
1) SYARHUL THAA'AM ; ertinya gemar kepada makan atau makan terlalu
banyak
2) SYARHUL KALAM ; ertinya gemar kepada bercakap yang sia-sia,
percakapan yang tidak berfaedah kepada dunia dan akhiratnya.
3) GHA'DHAB ; ertinya bersifat dengan sifat pemarah dan cepat melenting
walaupun kesilapan berlaku pada perkara yang kecil.
4) BUKHL ; ertinya bakhil atau kedekut dan merasa sayang untuk
membelanjakan hartanya pada jalan Allah.
5) HASAD ; ertinya dengki akan nikmat yang ada pada orang lain serta
suka jika orang itu mendapat kesusahan, melebihi dari dirinya.
6) HUBBUL JAH ; ertinya cintakan kepada kemegahan dunia secara
keterlaluan sehingga lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah
Swt.
7) HUBBUN DUNYA ; ertinya cintakan dunia secara keterlaluan sehingga
lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah Swt.
Cool KIBR ; ertinya bongkak atau sombong, dan merasakan dirinya mempunyai
kelebihan dan kedudukan yang tinggi dari orang lain.
9) UJUB ; ertinya merasakan dirinya telah banyak beribadat atau telah
banyak harta sehingga ia terlupa segalanya, adalah nikmat dari Allah.
10) RIA' ; ertinya menunjuk-nunjuk dengan amal ibadatnya, beramal untuk
mendapat pujian dan sanjungan untuk dipandang mulia oleh manusia bukan
kerana Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment