KERABAT MAYA

Sunday, 15 August 2010

Peristiwa Penting di Bulan Ramadhan



Bulan Ramadhan—seperti yang kita ketahui—merupakan bulan yang istimewa untuk umat Islam. Yang pertama dan terutama adalah karena di bulan inilah al Quran pertama kali diturunkan, dan selanjutnya kitab ini menjadi pedoman hidup umat Islam sampai akhir zaman.

Tentu, kita sudah banyak sekali mendengar dan membaca banyak peristiwa penting terjadi di bulan ini. Banyaknya kejadian penting yang terjadi pada bulan Ramadhan menandakan bahwa bulan ini sama sekali bukan bulan yang santai, ataupun menjadikan umat Islam lemah secara fisik.

Sebaliknya, kejadian-kejadian besar yang terjadi di bulan Ramadhan adalah kejadian-kejadian yang senantiasa menguji fisik, mental, ruhani, dan emosi kita. Berikut di bawah ini sebagian kejadian yang terjadi di bulan Ramadhan.

1. Ketika Rasululah SAW mendekati umur 40 tahun beliau selalu berpikir dan merenung serta berkeinginan kuat untuk mengasingkan diri (uzlah), akhirnya dengan mempersiapkan bekal makanan dan minuman beliau menuju goa Hiro yang terdapat pada gunung Rahmah sebagai tempat beruzlah yang berjarak dua mil dari kota Makkah. Uzlah ini dilakukan tiga tahun sebelum masa kerasulan selama satu bulan Ramadhan penuh. Tatkala datang Ramadhan pada tahun ketiga dari masa uzlah, bertepatan tanggal 10 Agustus 610 M dan usia beliau genap berumur 40 tahun Qomariyah lebih 6 bulan 21 hari turun kepada beliau Malaikat Jibril AS mewahyukan surat al Alaq yang merupakan surat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah saw. Inilah yang disebut cikal-bakal turunnya al Quran di bulan Ramadhan

2.. Perang Badar: 17 Ramadhan 2 AH - Adalah pertempuran pertama yang dilakukan kaum Muslim setelah mereka bermigrasi (hijrah) ke Madinah melawan kaum Quraisy dari Mekkah. Pertempuran berakhir dengan kemenangan pihak Muslim yang berkekuatan 313 orang melawan sekitar 1000 orang dari Makkah.

3. Pembunuhan atas Ali bin Abi Thalib: 21 Ramadhan 40 H: Khulafaur Rasyidin keempat dan terakhir, dibunuh oleh seorang Khawarij yang bernama Abdurrahman bin Muljam. Ia meninggal pada tanggal 23 Ramadhan tahun itu juga. Kematiannya menandai berakhirnya sistem kekhalifahan Islam, dan kemudian dimulai dengan sistem dinasti.

4. Rasulullah saw keluar bersama 10 ribu pasukan perang dari kaum Muhajirin dan Anshar menuju Makkah untuk membebaskannya dari kemusrikan. Faktor keberangkatan beliau disebabkan penyerangan yang dilakukan kabilah Bani Bakar sekutu kaum Quraisy terhadap sekutu Rasulullah saw kabilah Khuza'ah yang berarti pelanggaran terhadap perjanjian Hudaibiyah yang telah disepakati antara kaum Quraisy dengan Rosulullah saw. Usaha ini berhasil dengan gemilang tanpa melalui peperangan. tatkala Fathul Makkah itu Rasulullah saw berdiri dihadapan kaum musyrikin Makkah seraya berkata, " Menurut kalian apa akan saya lakukan sekarang ?" Mereka menjawab, " Kebaikan, karena engkau adalah saudara yang baik berasal dari keturunan baik, jika engkau memaafkan kesalahan maka itu harapan kami, akan tetapi jika engkau membalas dendam maka itu sangatlah wajar karena kami pernah berbuat jahat kepadamu. Akhirnya Rasulullah saw bersabda, " Pergilah, sekarang kalian bebas, aku hanya ingin mengatakan apa yang pernah dikatakan saudaraku Yusuf ; tidak ada celaan bagi kalian, semoga Allah mengampuni kalian sesungguhnya Dia maha pengasih."

5. Penghancuran dan penguasaan kota 'Asqalan yang merupakan pintu masuk menuju kota Al Quds. Penghancuran dan penguasaan kota ini dilakukan oleh Shalahuddin Al Ayyubi sebagai strategi menahan laju kekuatan kaum salib (nasrani) yang akan merebut kota Quds. Pada hari penaklukannya Shalahuddin Al Ayyubi berkata, " Demi Allah sesungguhnya penghancuran benteng di 'Asqolan lebih aku sukai walaupun aku harus kehilangan seluruh anakku, karena penguasaan 'Askolan adalah demi kemaslahatan Islam dan kaum Muslimin." sekarang kota 'Asqalan dikenal dengan nama kota Asduud di Negara Palestina.

6. Pada bulan ini Sultan Murad II dari kekhalifahan Utsmaniyah mengadakan pengepungan kota Qostantiniyah dalam rangka menaklukan dan memasukannya dalam naungan Islam. Setelah sekian waktu peperangan berkecamuk dengan sangat dasyatnya dan beliau tidak mampu menaklukannya akhirnya beliau kembali kepusat pemerintahannya tampa membawa hasil yang dicita-citakan.

7. Atas perintah Khalifah Fatimi panglima Jauhar Ash Shiqili meletakan pondasi pertama pendirian Jami' (Masjid) Al Azhar. Pada tahun 378 H fungsi masjid ditambah menjadi suatu Universitas dengan dilakukan pembentukan staff pengajar yang pembahasan utamanya adalah permasalahan hukum-hukum keislaman. sepanjang masa Al Azhar selalu menyambut gembira kedatangan para pelajar yang berkeinginan belajar di sana. segala fasilitas disediakan seperti tempat tinggal, kebutuhan hidup bahkan halaqah (kelompok belajar) ilmu-ilmu keislaman yang beragam sehingga para penuntut ilmu dapat memilih halaqoh yang dikehendakinya.

8. Tentara Mesir mampu menembus terusan Suez dan menghancurkan benteng Berlif serta menghancurkan kekuatan tentara Israel. Begitupula tentara Suriah mampu membebaskan beberapa wilayahnya dari tangan Israel. Semboyan pasukan pada peperangan tersebut adalah Allahu Akbar ( Allah Maha Besar).

9. Pada bulan ini Khalid bin Walid salah seorang sahabat terkemuka yang terkenal dengan keberaniannya dan panglima perang dalam berbagai peperangan baik sebelum Islam atau sesudahnya meninggal dunia. Beliau masuk Islam setelah perjanjian Hudaibiyah pada tahun 7 H.Umar bin Khatab RA memimpin sholat jenazah Beliau lalu dimakamkan di Hims dan ada pula yang mengatakan di Madinah.

10. Pada bulan ini Napoleon Bonaparte beserta pasukannya melakukan ekspansi ke Mesir tepatnya di kawasan Ghiza, usaha ini mengalami kegagalan sehingga pada tanggal 23 Ramadhan seluruh pasukan meninggalkan Mesir menuju wilayah Syam.

11. Hancurnya berhala-berhala, seperti Latta, Uzza, dan Mana’at milik kaum kafir Quraisy pas di bulan penuh rahmat dan ampunan ini. (sa/berbagaisumber)

posting:

"AGOES INDRA" < agoesindra@yahoo.comAlamat e-mail ini diproteksi dari spabot, silahkan aktifkan Javascript untuk melihatnya >

Hairan Dan Pelik - Senarai Fakta Pelik Untuk Dibaca

Dunia ini penuh dengan keajaiban dan kepelikan yang dijadikan Tuhan Yang Maha Esa
supaya umat manusia dapat memikir dan merendah diri keatas kekuasaan Nya. Tetapi
ada jugak keajaiban dan kepelikan yang dijadikan oleh umat manusia yang agak susah
untuk diterima akal yang amat menghairankan kita semua. Ambillah kenyataan
tersebut dibawah dengan hati terbuka dan renungilah sejenak sambil kita mencari
jawapannya bersama. Pada yang berkenaan, janganlah ambil personal, cuma sebagai
iktibar dan teguran yang membina.
Hairan sungguh..........

1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat
dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan,
kena tunggu 5 hingga 6 bulan.

2. Walaupun kerajaan sudah berkali-kali menasihatkan pengguna jalanraya supaya
berhati-hati ketika memandu, tetapi kes-kes kemalangan makin meningkat.
3. Bila kerjaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi
maseh membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut
sehingga dua kali ganda.

4. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat
berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai.

5. Bilamana harga roti canai dinaikkan 10 sen sekeping ketika kerajaan menaikkan
harga tepung 10sen sekilo.

6. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di
negara sendiri.

7. Bilamasa sesuatu skandal didalam Jabatan kerajaan hanya diketahui setelah
bertahun-tahun lamanya.

8. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza,
tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang
serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.

9. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi
bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi
citarasa.
10. Bilamana mengenangkan ada orang yang boleh berjanji pada kita untuk hadhir
pada sekian-sekian masa, dia akan menjelma sejam kemudian, setiap kali.

11. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-
Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES!

12. Bilamasa kita nak ke Sabah dan Sarawak bagi tujuan integrasi, kita kena pakai
passport, tetapi tidak bagi orang Sabah dan Sarawak pulak bila datang ke
Semenanjung.

13. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah
makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi
agama mengatakan jangan membazir!

14. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan
faedah keatas bayran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu
sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah!.

15. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check -in, kita
akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan
atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!

16. Bila setiap kali pasukan sukan negara kita tewas dalam sesuatu pertandingan,
kita akan segera membuat "post-mortem" tanpa membuat "post-mortem" keatas pegawai
yang membuat "post-mortem" tu sendiri, sebab dia tak pernah tahu punca kegagalan
kita.

17. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam
sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic
jam pulak tu....mungkin takut kena rompak...tapi nak buat apa caj lebih pun kalau
lepas tu kena rompak?

18. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10%
cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah
diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan
sendiri?

19. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan
kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun
komputer.

20. Bilamasa telah berkali-kali pegulas sukan kita telah ditegur caranya yang
penuh sentimen bila mengulas sesuatu acara sukan, tapi makin menjadi-jadi pulak
mengada-ngadanya.

21. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah
semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa
dokumen yang "secukupnya" bila berurusan dengan mereka.

22. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam
permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah dimerata-rata tempat
dengan mudah mendapat lagi.

23. Bilamasa skuad hoki negara kita sangat berpuas hati hanya dengan peningkatan
permainan mereka walaupun tewas sedangkan pasukan lain berkejar-kejaran dan
bermati-matian untuk mendapatkan pingat.

24. Bila FAM kita berhempas pulas untuk menaikkan nama pasukan bolasepak negara
dengan menukar-nukar pemain dan jurulatih sedangkan maseh mengekal pucuk pimpinan
yang lama.

25. Bila kita kenangkan bahawa kejadian UFO hanya berlaku di Amerika Syarikat dan
negara-negara barat yang lain sahaja.

26. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya
beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku langsung.
26. Bilamana telefon bimbit yang diusung kesana kemari, walaupun tak dipakai akan
dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.

27. Apabila kita mempunyai modem yang terpantas dan membayar caj sambungan 2.5 sen
seminit untuk internet, tetapi menunggu berjam-jam hanya untuk melihat gambar terbaru Siti Norhaliza keluar sikit demi sikit diskrin monitor.

28. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan semata-
mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu
kalah atau menang, kesemua pelakon-pelakon tersebut dapat duit banyak.

29. Bila melihat sesetengah pemandu yang tak tahu untuk menggunakan lampu isyarat
apabila hendak membelok.

30. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu
memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam longkang.
31. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi hanya kerana pemandu memperlahankan
kereta untuk melihat motorsikal penjual roti terbalik ditepi jalan.

32. Bila kita tengok orang boleh bercinta didalam internet walau sekali pun belum
pernah berjumpa.

33. Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak dan berpuitis ketika
mengulas siaran langsung sesuatu acara sukan.

34. Bila kita menanyakan kawan kita alamat rumahnya. dia menjawab
"mamat@yahoo.com".

35. Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga profesyenal boleh
mendapat hingga RM10000 sebulan bermain bola macam budak sekolah sedangkan graduan
universiti yang bertungkus lumus selama lapan belas tahun kat sekolah hingga pusat
pengajian tinggi menerima gaji permulaan hanya RM1250.00 sebulan.

36. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerana
takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal pulak apabila harga
barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan maseh ditakuk lama.

37. Apabila Jabatan Hasil Dalam Negeri memberi jaminan bahawa semua potongan
lebihan akan dikembalikan kepada pembayar cukai, tetapi bila pembayar cukai
memohon pengembalian, tiada jawapan langsung diterima dan lebihan tersebut
diakrukan kedalam tafsiran tahun berikutnya.

38. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan ataupun
mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.

39. Bilamana budak-budak zaman sekarang sampai tak makan dan tak minum dok
"chatting" dalam internet sedangkan bila suruh baca buku, terus terlena.

40. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa
taliannya.

41. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah "out-of-date" selepas
sebulan dan kita pun maseh belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.

42. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal dari baju dewasa.

43. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai.

44. Bilamana kenaikan pangkat didalam Jabatan Kerajaan bermakna tanggungjawab
bertambah 4 kali ganda dan gaji dinaikkan setakuk dari dulu.

45. Bilamana kita membayar RM1.20 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.

46. Bila kita membeli TV 29" tetapi hanya dapat menonton 20" sahaja bila
selebihnya dilingkungi dek iklan.

47. Bilamasa orang-orang yang menganggap dirinya intelektual serta berpengetahuan
IT meletakkan sedutan-sedutan biadab serta ayat-ayat lucah didalam "Guestbook"
sesuatu laman web.

48. Bila orang boleh bermadu kaseh serta bersumpah setia hanya dengan berkenalan
didalam "chat room".

49. Bilamasa teknologi internet sekarang membolehkan seseorang membeli sayur segar
menggunakan e-commerce sedangkan laman yang menawar khidmat itu terletak di
California, USA.

50. Bilamasa laman web yang menawarkan perkhidmatan percuma tetapi meminta anda
mengisi maklumat kad kredit anda.

51. Bilamasa kita demam dan ke klinik untuk berjumpa doktor, kita membayar RM30
hanya untuk sepeket pil panadol sambil diberitahu doktor yang kita ni demam.

52. Apabila kita kekedai komputer untuk mendapatkan maklumat sesuatu komponen,
jurujual menjawab "sikit jam ah...saya mau tanya tauke".

53. Bilamasa syarikat bas mengenakan tambang yang pelik seperti RM1.75 sambil
menyuruh kita menyediakan duit secukupnya sebab lebihan tidak akan dipulangkan,
walaupun kita tahu kita jarang sekali menggunakan duit 5 sen.

54. Bilamana ada orang dapat menawarkan layanan seks dalam ruangan berkenalan
sesuatu laman web.

55. Bilamasa melihat eksekutif-eksekutif maseh memakai kot dan tali leher semasa
makan tengahari kat warong tepi jalan walaupun cuaca panas terik.

56. Bilamana penggemar-penggemar dan pemilik kereta bermegah dengan kereta mereka
yang berkuasa besar walaupun sedar yang had laju jalanraya disini hanyalah 110km
sejam.

57. Bilamasa kita melihat format pertandingan liga bolasepak negara ditukar setiap
musim walaupun sedar yang tahap permainan tetap menurun.

58. Bilamasa F.A.M mencari punca terjadi pergaduhan didalam sesuatu perlawanan
liga bolasepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama binatang.

59. Bilamasa pemilik kenderaan terpaksa membayar cukai jalan setiap tahun tetapi
jalanraya hanya dibaiki lima tahun sekali.

60. Bilamasa artis sanggup menukarkan nama yang mak bapa berikan supaya lebih
glamour.

61. Bilamana mengenangkan manusia suka bergaduh tetapi Allah melarangnya.

62. Bila pembunuh terlepas dari hukuman dan yang tak bersalah dihukum

63. Bila pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi
sanggup berhenti untuk mengajak pemandu lain bergaduh ditepi jalan.

64. Bila seorang Pak Aji boleh memberikan komen terhadap artis akademi fantasia

65. Bilamanan berlaku banyak kemalangan jalanraya dijalan biasa semasa musim
perayaan, laluan percuma dilebuhraya tidak diberikan pada musim-musim tersebut.

66. Bilamana setiap kali rancangan WWF disiarkan, lebih ramai orang perempuan yang
menunggu untuk menontonnya, tetapi tidak pula pada orang lelaki yang sentiasa
tertidur .

67. Bilamana pelanggan di McDonald's membeli air "diet coke" sedangkan mereka juga
membeli BigMac yang penuh lemak.

68. Apabila TV kita rosak satu atau dua hari selepas tempoh jaminannya tamat.

69. Bilamana pelanggan diherdik dan dimarahi apabila berurusan dengan Jabatan
kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu
putis sekali.

70. Bilamana manusia lebih banyak suka menceritakan keburukan orang daripada
kebaikan yang ada.

71. Bilamana orang-orang muda sekarang cepat beruban.

72. Bilamana ramai orang lebih suka membaca majalah hiburan dari buku-buku ugama.

73. Semakin ramai mampu membeli kenderaan walaupun harganya makin meningkat.

74. Bilamana orang yang tak pandai kerja tapi pandai mengampu boss mendapat gaji
yang lebih tetapi bagi orang yang pandai kerja tapi tak pandai mengampu boss, gaji
maseh ditakuk lama.

75. Bilamana lebih ramai orang, masa kerja ponteng kehulu kehilir tapi bila lepas
waktu kerja baru sibuk nak buat overtime.

76. Bilamana ada orang yang ilmu tak seberapa, pengetahuan cuma sejengkal, tapi
maseh mampu nak berlagak sombong.

77. Bila lagu-lagu dulu yang kurang teknologi maseh sedap dan enak didengar
berbanding lagu sekarang.

78. Bilamana ramai orang yang mengaku diri mereka sibuk sedangkan satu kerja pun
tak pernah siap tepat pada masa.

79. Bilamana ramai yang memberi nasihat yang merosakkan dari nasihat yang baik.

80. Bilamana disetiap rumah murah terdapat kereta yang harganya lebih mahal

81. Bilamana ditanya apa yang dibentang dalam belanjawan hari ini cuma bab bonus
sahaja yang hanya diingati

82. Bilamana seseorang suami mendapat sesuatu dari isteri hanya setelah siisteri
mendapat sesuatu darinya terlebih dahulu.

83. Bilamana pokok nangka sudah bleh tumbuh diatas pokok pisang -kesahihan perlu
dikaji

84. Bilamana banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, masih ada yang ke tempat kerja dengan pakaian yang seksi (banju tanpa lengan dan skirt
pendek nampak peha).tigershow:

85. Bilamana kerajaan mengagung-agungkan MSC maseh ramai rakyat buta IT, tak mampu
nak membeli komputer, masih menggunakan Dail Up Modem yang terlalu lembab dan
membiarkan bayaran langganan untuk ISDN yang terlalu mahal.

86. Bilamana ramai orang yang maseh menghisap rokok di luar KLIA, terutamanya
kakitangan KLIA sendiri, sedangkan KLIA sendiri memaparkan amaran 'DILARANG
MEROKOK' pada setiap pintu kaca di luar KLIA.

87. RAMAI YANG BEREBUT2 DAN BERASAK2 NAK SOLAT TERAWIH BERJEMAAH...SEDANGKAN KETIKA SOLAT SUBUH BERJEMAAH...TAK ADA JEMAAH PULAK.... SEDANGKAN SOLAT TERWIH SUNAT...SOLAT SUBUH WAJIB...

Monday, 9 August 2010

Doa Tok Kenali



Doa Selepas Solat Tok Kenali Yang Dipetik Daripada Iman Al-Ghazali :-

wahai tuhan, sesungguhnya saya pohon pada Engkau pemberiannya sempurna , kesihatan yang berkekalan,
rahmat yang menyeluruh dan kesegaran yang berguna.
Saya pohonkan daripada Engkau puncak kesenangan hidup,
puncak kebahagiaan umur, kesempurnaan kebaikan,
juga keluasan pemberian dan kesopanan yang lebih berfaedah.

Tuhanku, Tolonglah kami dan jangan pula kami ditindas.
Tuhanku, Bahagiakanlah kesudahan hidup kami,
buktikanlah hasrat kami dengan penambahan amalan.
Susilah kesegaran dikala berpagi-pagi dan berpetang-petang.


Wahai Tuhanku,
tumpahkanlah rahmat engkau di tempat kembali kami dan kesudahan kami dan tuangkanlah dulang kemaafan ke atas dosa-dosa kami dan kurniakanlah pembaikan kepada keaifan-keaifan kami dan berikanlah kegiatan kami pada agama engkau. Kepada Engkau kami berserah dan kepada engkau kami menggantung harapan.

CARA BERHENTI MEROKOK



Kepada kawan2 yang merokok ...bacalah moga ALLAH merahmati usaha anda berhenti merokok...Dan Pada Kawan2 yang tidak merokok share lah dengan kawan yang merokok...May ALLAH bless us.

YAKIN DIRI Anda pasti boleh melakukannya.Langkah-langkah berikut boleh membantu anda memulakan penghidupan baru sebagai seorang bukan perokok

Langkah 1 -BERSIHKAN

Buangkan semua rokok yang ada dalam simpanan. Sembunyikan atau buangkan saja bekas abuk rokok dan pemetik api yang ada dalam rumah, dalam kereta dan di tempat kerja.

Langkah 2 -BUAT NOTA PERINGATAN DAN GALAKKAN

Buat suatu nota menyatakan bahawa anda sekarang bukan seorang perokok. Lekatkan nota tersebut di setiap bahagian dalam rumah, kereta atau tempat kerja anda, terutama di sudut di mana anda biasanya merokok. Buatkan juga nota tersebut dalam bentuk kad kecil yang boleh dimasukkan dalam saku baju untuk dibuat peringatan.

Langkah 3- LAKUKAN SAHAJA

Untuk kebanyakkan orang cara yang paling berkesan ialah dengan berhenti secara mengejut atau cara ” cold turkey “. Pada hari yang telah anda tetapkan untuk berhenti merokok, anda terus tidak merokok. Sebaiknya, beberapa minggu sebelum tiba hari yang ditetapkan anda telah mula mengurangkan sedikit demi sedikit bilangan rokok yang dihisap.

Langkah 4 - TUMPUKAN PERHATIAN PADA HARI YANG DILALUI.

Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui tanpa merokok. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengatasi keinginan untuk merokok.

Langkah 5 - BERFIKIRLAH SECARA POSITIF.

Fikirkan diri anda sebagai seorang bukan perokok sebaik sahaja anda mula berhenti merokok dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian. Sekiranya ada orang mempelawa anda rokok, katakanlah terima kasih, saya tidak merokok. Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk tidak merokok.

Langkah 6 - DAPATKANLAH SOKONGAN.

Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat Dan rakan sekerja yang anda telah berhenti merokok dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka. Mintalah rakan-rakan anda yang merokok supaya tidak mempelawa atau merokok berhampiran anda.

Langkah 7 - MELAWAN KEINGINAN MEROKOK.

Keinginan untuk merokok akan kembali sebaik sahaja anda mula berhenti merokok. Ini memang biasa berlaku, terutamanya pada masa dan situasi yang lazimnya anda merokok. Ingatlah bahawa setiapkali anda berjaya melawan keinginan untuk merokok, anda telah maju kehadapan untuk mencapai status bukan perokok. Katakan pada diri anda, setiap kali anda berjaya mengatasi keinginan untuk merokok, anda akan merasa lebih yakin dan lebih berupaya untuk melawan keinginan untuk merokok pada hari-hari yang berikutnya. Lama kelamaan keinginan untuk merokok akan hilang buat selama-lamanya.

AMALAN 4M - PETUA MENGATASI KEINGINAN MEROKOK

1. MELENGAHKAN-LENGAHKAN

Lengahkan tindakbalas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Seandainya rokok ada di tangan, jangan nyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda ” nanti ” setiap kali anda ingin merokok.

2. MENARIK NAFAS PANJANG

Tariklah nafas panjang-panjang tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. MINUM AIR.

Minum air banyak-banyak, sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air yang mengandungi kafin seperti kopi atau teh, kerena minuman ini biasanya membuatkan anda lebih teringin merokok seepas minum.

4. MEEMBUAT SESUATU.

Buatlah sesuatu yang boleh mengalehkan fikiran anda daripada merokok. Contohnya bersiar-siar, makan angin, membaca buku, membuat silangkata, berkebun dan bersenam.

APA FAEDAH YANG ANDA PEROLEHI SEBAIK SAJA ANDA BERHENTI MEROKOK?

Selepas beberapa jam sistem peredaran darah akan mulai bersih daripada bahan nikotin. Dalam tempoh 2 hari, hasil sampingan bahan nikotin akan lenyap dari badan.

Selapas 6 jam, nadi akan lebih perlahan ke paras yang lebih normal dan tekanan darah akan menurun sedikit. Ini amat baik untuk jantung anda.

Selepas 24 jam, karbon monoksida iaitu salah satu jenis gas beracun akan mula lenyap dari tubuh, membolehkan lebih banyak oksigen diserap oleh sel-sel dalam tubuh. Paru-paru akan dapat berfungsi dengan lebih baik.

Selepas 2 hari, deria rasa pada lidah akan bertambah baik. Anda akan dapat menikmati kelazatan makanan, lebih dibandingkan semasa anda merokok. Deria menghidu akan pulih seperti sediakala. Gigi, rambut, jari, pakaian dan nafas akan menjadi lebih bersih.

Selepas beberapa minggu, silia dalam saluran pernafasan yang berfungsi membersihkan bahan-bahan kotoran seperti habuk, debu dan sebagainya akan kembali pulih dan paru-paru dapat berfungsi dengan lebih baik.

Selepas 2 bulan, peredaran darah ke seluruh tubuh terutama ke bahagian periferi seperti jejari tangan dan kaki mejadi lebih efisien.

Selepas 3 bulan, kedua-dua lelaki mahupun wanita menjadi lebih subur.GEJALA ” WITHDRAWAL “ ATAU GIAN.Sekiranya anda ketagih dengan rokok tentunya tubuh anda telah terbiasa dengan nikotin yang mana ketiadaan dalam tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami gian atau gejala “withdrawal”. Gejala fizikal yang berlaku ke atas diri anda merupakan suatu tanda positif bahawa tubuh anda kembali pulih.

Gejala-gejala ini akan hilang dalam tempoh 3 hingga 14 hari.

1-Batuk-batuk menandakan mekanisma pembersihan saluran pernafasan anda berfungsi seperti sediakala.
Pening-pening sedikit menandakan tubuh anda mula menyesuaikan diri dengan paras oksigen yang lebih berbanding semasa menjadi perokok dahulu.

2-Sakit kepala boleh terjadi apabila tekanan darah menurun ke paras normal. Ini berlaku selepas tiga hari berlalu.
Rasa kebas dan sengal-sengal kadang-kadang boleh terjadi pada otot. Ini berlaku kerana peredaran darah menjadi lebih lancar. Lakukan senaman untuk melancarkan lagi sistem peredaran darah.

3-Gangguan sistem penghadaman seperti sembelit, merasa loya atau sebu perut kadang-kadang boleh terjadi tetapi cuma untuk beberapa hari sahaja. Gejala-gejala lain seperti gangguan tidur, gangguan konsentrasi dan perasaan resah akan juga berlaku. Gejala-gejala ini tidak berpanjangan dan boleh diatasi dengan mudah.
Sekiranya tidak boleh mengatasi gejala “withdrawal” ini berjumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan nikotin gantian.

Lima cara pilih sahabat



NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

MENANGIS ..MENANGIS ..MENANGIS...



Ketika kanak-kanak,menangis ku kerana haus dan lapar..
menangis ku kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku,
menangis ku kerana inginkan barang permainan,
menangis ku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa.

Ketika usiaku menjangkau awal remaja,
menangis ku kerana rakan-rakanku,
menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang bertentangan dengan jantinaku,
menangis ku kerana aku gagal dalam bercinta,
menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dalam peperiksaan,
menangis ku juga kerana ada ketika aku berjaya menarik perhatian gadis dan jejaka,
menangis ku kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaanNya.


Ketika usiaku menginjak dewasa,
aku mungkin menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan,
menuntut seluruh kosentrasiku,memerah keringatku,
menangis aku kerana anak-anak ku,
menangis ku kerana isteri atau suamiku,
menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah yang sempurna,
menangis ku kerana tidak mampu memberi kesenangan harta benda kepada keluargaku.


Ketika usiaku berada di penghujung..aku menangis kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku,
menangis aku kerana kesihatanku yang sudah mula merosot,
menangis aku kerana anak-anakku pergi meninggalkan aku berkhidmat utk keluarganya,
menangis aku kerana jarum silih berganti menusuk kulitku,
menangis aku kerana aku bakal meninggalkan dunia,

sedangkan aku masih belum MENANGIS KERANA AKU LALAI PADA PERINTAHNYA!!
mungkin kita tergolong dalam salah satu rentetan usia tersebut.. kita sentiasa menangis untuk perkara2 remeh meliputi hal2 duniawi..tapi kita selalu alpa untuk menangis atas kejahilan kita mengenal YANG MAHA ESA,

kita sibuk mengumpul ilmu serta harta dunia,sehingga kita lupa utk menangis atas kurangnya harta serta saham utk alam abadi kelak,kita menangis kerana hilangnya cinta pada kekasih,isteri atau suami serta anak2,tetapi kita alpa untuk menangis atas KEHILANGAN NIKMAT IMAN SERTA KASIH ALLAH KEPADA KITA.

Kita menangis kerana kecacatan fizikal yang diberi Ilahi,namun kita gagal untuk menangis tanda syukur atas nikmat lain yang diberi tanpa meminta secebis balasan sekalipun..
renung-renungkanlah..saya mengingatkan diri saya yang selalu lupa untuk MENANGIS keranaNya..sebagai panduan kita bersama..

Ya ALLAH ...Ampunkan Diriku ..Buka kan lah hati ini untuk menangis Kerana Mu dan Apa yang Mendekatkan Kami Kepada mu...Betapa kerdil dan lemah nya Diri kita...

YA ALLAH KENAPALAH DIRI KAMI INI..YA ALLAH KENAPA SUSAH SANGAT UNTUK KAMI MENGIKUT JALAN YANG DEKAT KAMI DENGAN CINTAMU...YA ALLAH TOLONG KAMI YA ALLA



Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi? Kenapa begitu sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku? Begitu hitamkah hati ku ini? Begitu menggunungkah dosa diri ini?

Layakkah aku untuk meminta ampunan Mu ya Allah? Masih adakah ruang untuk hidayah Mu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?
Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…? Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w? kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?

Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam…. Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah.. Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah…… Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...Ya Allah…… Hinanya diri ku ini ya Allah… Kotornya diri ku ini ya Allah… Jijiknya diri ku ini ya Allah… Berilah hidayah padaku ya Allah… Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…

Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku… Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini… Tidak sanggup ya Allah…. Segala-galanya aku berserah pada Mu… Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah… Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu… Astaghfirullahalazim… Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku….

Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya Air mata membasahi pipi…. Adakah ini air mata keinsafan??? Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini… Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan…. Aku ingin meminta sesuatu dari Mu.. Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..

Ya ALLAH ..bantulah kami untuk menjadi seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah. Mereka tak tergoda rayuan harta , keseronokkan dunia.. Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu dan bapa kepada bagi mujahid-mujahid islam...isteri kepada mujahid2 islam ...suami kepada wanita srikandi islam... Masih tersisakah peluang itu untukku ya Allah…? Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?

Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah… Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini… Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka… Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir, namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi...

Ya Allah….. Pimpinlah daku… Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma. Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina…. Ampunilah aku ya Allah…. Astaghfirullahalazim… Astaghfirullahalazim… Astaghfirullahalazim…

Gereja Yang Dihiasi 40 Ribu Tulang Umat Islam



Gereja yang terletak 70 km daripada ibukota Republik Check bekas negara Yugoslavia yang dipenuhi dengan gereja – gereja ganjil.
Gereja yang berusia melebihi seribu tahun dibina dengan menggunakan tulang-tulang umat Islam tanpa kayu atau batu atau bahan binaan biasa.
فالقصة بدأت في 1218 عندما قام رئيس الدير الرهبان هنري خلال رحلة الحج إلي الأرض المقدسة في خلال الحروب الصليبية بأحضار عظام المسلمين في بيت المقدس من الذين قتلوا لتزين الكنيسة ليكون له فخر .
وفي سنة 1318 تم تجديدها بعظام جديدة تقدر ب 30 ألف جثة أحضرت كذلك لهذا الغرض .. كما تم تجديدها في سنة 1511 بكمية عظام أخرى .
Pada tahun 1318 pihak gereja telah berjaya mengumpul 30 ribu tulang umat Islam untuk dijadikan binaan dinding.
وقام النحات في سنة 1870 من دوق شوزنبرك لأعادة ديكور الكنيسة بعظام
40000 جثة ليكون أكثر جمالا ورونقا ..
pada tahun 1870 jumlah tulang umat Islam telah melebihi 40 ribu untuk menyempurnakan binaan gereja tersebut.
وهي الأن من أشهر الكنائس العالم ليس لقدمها ولكن لزينتها بعظام المسلمين فيها وشاهد علي حقيقة الاجرام الذي
يقومون به والذي يسمونه ( الأرهاب )
Lihatlah tulang dan tengkorak umat Islam yang menghiasi setiap sudut gereja tersebut.
اتركم مع الصور
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan Inayah kepada semua umat Islam yang syahid di bumi Bosnia.

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH (setiap malam)



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. diantara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam…

seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.
4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

(Di nukil dari laman web mufti terengganu)

Sunday, 8 August 2010

Petua Menghadapi Rintangan



Kepada Sahabat Dalam Kegelisahan


Bagi orang beriman itu hendaklah mengetahui, bahawa kitab Allah SWT yang di turunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail, adalah merupakan roh hidayah dalam alam semesta ini dan yang telah merubah sejarah kemanusiaan.

Justeru itu antara orang yang beriman dan Al Quran mestilah ada hubungan yang kuat, ia harus hidup di bawah naungan Al Quran dan ia tidak bosan-bosan membaca dan memahami isi kandungan di dalamnya. Sebab Al Quran merupakan tali yang menghubungkan antara Allah dan hambaNya.

Al Quran adalah kitab yang mulia, sebagai rahmat dan petunjuk bagi umat Islam. Hal ini terbukti sebagaiman firman Allah yang bermaksud:
“ Inilah kitab yang Kami turunkan kepada engkau, supaya engkau mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya yang terang dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa Lagi Maha Terpuji.” ( Ibrahim: 1 )

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“ Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.” ( Al Isra’: 9 )

Bagi orang yang beriman, ia akan mengetahui bahawa Al Quran mempunyai tugas kemanusiaan. Di samping itu juga Al Quran adalah ubat yang hakiki bagi penyakit kegelisahan manusia. Al Quran adalah jawapan yang benar bagi tuntutan manusia yang hakiki. Manusia tidak akan mengetahui hakikat kemanusiaannya dan tidak akan mengetahui jalan hidup yang lurus kecuali dengan petunjuk Al Quran, firman Allah yang bermaksud:

“ Dan kami turunkan Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim kecuali kerugian.” ( Al- Isra’: 82 )

Al Quran juga merupakan undang-undang hukum Allah yang menjelaskan tentang akidah seorang muslim, yang menegaskan tentang syariah Allah, serta mengarahkan manusia kepada peradaban yang tinggi. Justeru itu membaca Al Quran dan mengetahui maknanya adalah suatu kewajiban bagi setiap orang Islam, sehingga dengan demikian seseorang itu tidak putus hubungannya dengan sumber yang memberi hidayah, serta tidak jauh dari sumber keimanan. Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“ Barangsiapa yang membaca Al Quran dan menerangkannya, lalu ia menghalalkan yang dihalalkan Al Quran dan ia mengharamkan yang diharamkan Al Quran. Tentulah akan memasukkan ia ke dalam syurga dan Allah memberi syafaat sebanyak sepuluh orang dari keluarganya yang sepatutnya mereka itu wajib mendapat seksa nereka.” ( HR. Tarmizi )

Orang Islam hendaklah wajib mengetahui bahawa imannya itu tidak akan kuat, rohnya tidak akan tenang, kecuali bila ia mahu membaca dan memahami Al Quran. Pada saat itulah peribadi seorang Muslim itu akan betul-betul kuat keimananya dan akan kelihatanlah budi pekerti yang di ajarkan oleh Al Quran itu baik dalam ucapan mahupun dalam perbuatan.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“ Perumpamaan orang Muslim yang membaca Al Quran bagaikan buah limau yang harum baunya dan lazat rasanya.” ( HR. Al-Khamsah )

Al Quran juga dapat mengarahkan kepada pembaca untuk memperhati tentang hakikat alam semesta dan menerangkan cara berhubung dengan sesama manusia. Dengan demikian maka seseorang itu tidak akan hidup diatas dunia dengan mata tertutup dari petunjuk Allah akan tetapi dapat mempengaruhi dan memperbaiki alam persekitaran dan juga masyarakat.

Justeru itu tidak sepatutnya seorang Muslim menjauhkan diri dari Al Quran atau melupakannya. Al Quran adalah sumber menghimpun seluruh hakikat Islam. Jika terputus hubunganya dengan Al Quran maka akan keringlah sumber keimanan dalam diri dan hilanglah keindahannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“ Sesungguhnya orang yang di pangkal lehernya tidak ada bekas bacaan Al Quran, perumpamaannya adalah seperti sebuah rumah yang runtuh.” ( HR.-Tarmizi )

“ Ditunjukkan kepadaku dosa-dosa umatku, maka aku tidak melihat dosa yang lebih besar daripada suatu surah Al Quran dan satu ayat daripadanya yang didatangkan kepada seseorang, kemudian ia melalaikannya.” ( HR Tarmizi & Abu Daud )

Bagaimanakah cara yang sebenar seorang muslim itu membaca kitab Allah? Perlu diketahui membaca Al Quran adalah supaya memperhatikan dengan sungguh-sungguh terhadap kandungannya, membaca bukan sekadar memperbanyakkan bacaan, akan tetapi hendaklah mengerti dan merenung petunjuk atau hidayah dari ayat-ayat tersebut sehingga seseorang itu mengetahui betapa agungnya Al Quran. Sebagaiman firman Allah yang bermaksud:

“ Kalaulah Al Quran kami turunkan kepada sebuah gunung sudah tentu engkau akan melihat gunung itu tunduk dan terpecah belah kerana takutnya kepada Allah. Itulah perumpamaan yang Kami buat untuk manusia, supaya mereka dapat memikirkannya.” ( Al- Hasyr: 21 )

Seorang muslim tidak akan menjadikan Al Quran sebagai bahan nyanyian yang tidak bererti. Kerana membacanay secara main-main adalah dosa besar yang hanya merendahkan keagungan Al Quran dan akan dapat menghalang nur Al Quran masuk ke dalam hati sanubari seseorang.
Dari Abdullah ra berkata: Rasulullah bersabda kepadaku. “ Bacalah kepadaku.” Aku berkata , akau bacakan kepadamu dan kepadamu diturunkannya ya Rasulullah? Baginda bersabda: “ Aku ingin mendengarkannya dari orang lain. “ Abdullah berkata: “ Aku membacakan surah An Nisa’ sampai pada ayat yang maksudnya: “ Bagaimanakah ketika Kami datangkan kepada tiap umat seorang saksi dan engkau Kami jadikan saksi atas umat ini? Baginda bersabda: “ Cukup hingga disitu sahaja, maka aku melihat kedua mata baginda bercucuran airmata.” ( HR Bukhari & Muslim )

Dari itu wahai orang-orang yang beriman, jangan biarkan masa berlalu, sedangkan bacaan Al Quran tidak pernah keluar dari bibirmu. Hiasilah rumahmu dengan bacaan Al Quran, sebab rumah yang tidak pernah didengarkan bacaan Al Quran diumpamakan oleh Rasulullah SAW seperti kubur.

Sumber Dari:Ras Dais

Saturday, 7 August 2010

Pokok Hiasan Yang Sangat Beracun!



Pernah tengok tak pokok keladi hiasan seperti di atas? Tak sangka pula rupa-rupanya pokok ini begitu berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian sekiranya kanak-kanak termakan daun pokok ini. Awas! Harap pembaca berhati-hati semua.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Selain itu ia juga senang tumbuh berdasarkan iklim negara ini. Daunnya yang besar dan hijau; menyebabkan ianya selalu diletak di kawasan taman awam.

The name of this plant is dumb cane.
Botanical name: Dieffenbachia
Family: Araceae
Malay Name: Pisang Tanah
Dumb cane is a common potted plant in Malaysia. It has a thick, green stems and is less than a meter high.The leaves are oblong, 25 to 30 cm long and spotted with white and light green.This plant originates from central and south America. Several species are found in Malaysia, growing wild, and as potted plants in homes and gardens.

All parts of the plant contain an extremely irritating juice. Its active toxic principle is protoanemonine.

Dumb cane can cause severe irritation and inflammation of the oral cavity when any part of the plant is chewed.It may cause fatal poisoning through suffocation, as a result of the swelling of the pharynx and larynx. Dumb cane is a cause of child injury, particularly to the eyes when its sap squirts onto the eyes while plucking this plant. It will result in intense pain, diffused oedema of the eyelids as well as large abrasions of the corneal surface.

Maklumat lanjut:
http://museum.gov.ns.ca/poison/?section=species&id=88
http://www.botanical-online.com/alcaloidesdiefenbaquiaangles.htm

Dan lebih mengejutkan, hampir kebanyakkan tanaman hiasan di rumah-rumah adalah beracun! Antara senarai tanam-tanaman hiasan tersebut anda boleh rujuk di bawah:
http://www.blankees.com/house/plants/poisonous.htm
http://www.denverplants.com/foliage/html/Poisonous_Plants.htm
atau anda boleh serach di Google dengan menggunakan keyword “Poisonous House Plants”

Diharap pembaca-pembaca semua agar dapat berkongi artikel ini kepada kawan-kawan. Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.


sumber :http://www.izoblog.com/artikel-menarik/pokok-hiasan-yang-sangat-beracun

LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN



10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Thursday, 5 August 2010

10 SIFAT-SIFAT TERCELA



1) SYARHUL THAA'AM ; ertinya gemar kepada makan atau makan terlalu
banyak

2) SYARHUL KALAM ; ertinya gemar kepada bercakap yang sia-sia,
percakapan yang tidak berfaedah kepada dunia dan akhiratnya.

3) GHA'DHAB ; ertinya bersifat dengan sifat pemarah dan cepat melenting
walaupun kesilapan berlaku pada perkara yang kecil.

4) BUKHL ; ertinya bakhil atau kedekut dan merasa sayang untuk
membelanjakan hartanya pada jalan Allah.

5) HASAD ; ertinya dengki akan nikmat yang ada pada orang lain serta
suka jika orang itu mendapat kesusahan, melebihi dari dirinya.

6) HUBBUL JAH ; ertinya cintakan kepada kemegahan dunia secara
keterlaluan sehingga lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah
Swt.

7) HUBBUN DUNYA ; ertinya cintakan dunia secara keterlaluan sehingga
lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah Swt.

Cool KIBR ; ertinya bongkak atau sombong, dan merasakan dirinya mempunyai
kelebihan dan kedudukan yang tinggi dari orang lain.

9) UJUB ; ertinya merasakan dirinya telah banyak beribadat atau telah
banyak harta sehingga ia terlupa segalanya, adalah nikmat dari Allah.

10) RIA' ; ertinya menunjuk-nunjuk dengan amal ibadatnya, beramal untuk
mendapat pujian dan sanjungan untuk dipandang mulia oleh manusia bukan
kerana Allah.

Menyeru dalam Kebaikan


Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma”ruf dan mencegah dari yang munkar merekalah orang-orang yang beruntung. (QS. Ali Imran:104)

Dari Abu Hurairah ra. berkata Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Siapa saja yang mengajak kepada kebenaran, maka ia memperoleh pahala seperti pahala orang yang mengerjakannnya tanpa dikurangi sedikitpun. Dan siapa saja yang mengajak kepada kesesatan, maka ia mendapat dosa seperti dosa orang yang mengerjakannya tanpa dikurangi sedikitpun” (HR. Muslim)

Dari Ibnu Mas’ud ‘Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri ra., berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Siapa saja yang menunjukan (mengajak) kepada kebaikan, maka ia mendapat pahala orang yang mengerjakan kebaikan itu” (HR. Muslim)

Beruntunglah orang-orang yang menyeru kedalam kebaikan. Ia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakan kebaikan itu. Seorang muadzin akan mendapat pahala sebanyak orang yang menghadiri shalat berjamaah di masjid, karena dia telah berjasa mengajak orang untuk shalat. Dengan mengajak saja akan mendapat pahala. Itulah keuntungan berdakwah.

Sungguh merugi bagi orang-orang yang mengajak kedalam dosa. Ia akan mendapat dosa sebanyak orang yang berbuat dosa akibat ajakannya itu. Selain dari itu, dalam ajaran Islam ada yang disebut pahala dan dosa rintisan.

Jika sesorang berbuat kebaikan, kemudian ada orang lain yang menirunya (walaupun dia sendiri tidak mengajaknya) juga dia akan mendapat pahala tambahan. Sama halnya dengan perbuatan dosa. Jika seseorang berbuat kejahatan dan ada orang lain yang meniru kejahatan itu (walaupun dia tidak mengajaknya), maka dia kan mendapat dosa tambahan. Perhatikanlah hadis berikut:

Dari Ibnu Mas’ud ra., ia berkata: Sesungguhnya Rasulllah SAW bersabda; “Tiap-tiap jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, maka putra Adam yang pertama (Qabil) mendapat bagian dari dosa penumpahan darah, karena dialah orang pertama yang melakukan pembunuhan” (HR. Bukhari Muslim)

Meskipun berdakwah itu mempunyai keuntungan yang amat besar, akan tetapi harus waspada, jika antara lidah dan amal bertolak belakang. Dikisahkan bahwa ada seorang penduduk neraka yang sedang disiksa. Dia berputar-putar dalam neraka itu, dengan kondisi yang mengerikan. Ususnya sampai keluar akibat siksaan. Kemudian penduduk neraka bertanya tentang keadaannya: “Mengapa kamu demikian? Bukankah engkau selalu menyeru kedalam kebaikan?” Kemudian orang itu menjawab: “Benar. Aku menyeru kedalam kebaikan, tapi aku sendiri tidak mengerjakannya. Dan aku melarang orang-orang berbuat kejahatan, tetapi aku sendiri yang melakukannya”

Tuesday, 3 August 2010

Kelebihan Bismillah

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat darilafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yangbermaksud "Dengan nama ALLAH Yang MahaPengasih lagi Maha Penyayang."

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,
maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu
yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukMu dan umahMu,suruhlah mereka apabila memohon
sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH
diturunkan kepada Adam."(Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan
berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua
syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat
untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap
kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6.Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL
Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat
neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa
yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat
namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung
kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka
akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan
bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk
ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Monday, 2 August 2010

Arak dan Kesannya ( kau meneguk arak dan kejahatannya sekali)



Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya
(Al-Maidah : 90)

Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan Negara ke-10 terbesar dalam pengambilan arak di dunia. Malah, pada tahun 1996 (iaitu lebih sepuluh tahun yang lalu) , cukai penjualan arak sahaja mencecah sekurang-kurangnya RM 817 million. Menurut majalah The Globe Magazine, Syarikat Carlsberg AS of Denmark telah memahkotakan Malaysia sebagai "very important and attractive market" dengan melabur sebanyak US$ 20 million bagi menghasilkan sekurang-kurangnya 125 million liter arak setahun.

Mari kita tinjau makhluk ciptaan Allah yang tak berdosa ini ketika kehidupannya di peringkat zarah. Arak atau nama popularnya alkohol terdiri daripada unit-unit kecil karbon , hidrogen dan oksigen yang dipanggil ethyl alkohol ataupun ethanol. Maha Suci Allah, manusia juga mempunyai unsur karbon, oksigen dan hidrogen tapi mengapa seorang manusia tu tidak dipanggil seorang alkohol, walaupun terdiri daripada unsur yang sama? Kerana masing-masing mempunya ikatan (bond) yang berbeza.Selain itu, manusia juga mempunyai gabungan unsur-unsur lain (bukan hanya karbon,oksigen &hidrogen) dan semestinya, manusia mempunyai roh yang tak dapat diterangkan dengan huruf-huruf.

Arak yang berada di pasaran selalunya mempunyai harga yang berbeza-beza, mengapa ya? Pertama, bergantung kepada tarikh arak tersebut dihasilkan. Kebiasaannya, semakin lama arak tersebut diperam, semakin melambung harganya. Keduanya, bergantung kepada komposisi peratusan alkohol dalam arak tersebut. Secara puratanya, beer mengandungi 4.5% alkohol, wine 11%, champagne 12%, manakala distilled spirits seperti rum, gin, vodka, dan whiskey mengandungi 45-95% alkohol.

Perbuatan minum arak secara "tipu-tipu" dan olok-olok seperti merapatkan gelas ke mulut tetapi mengetap bibir sekuat hati supaya cecair tersebut tidak masuk ke dalam mulut adalah perbuatan yang amat membahayakan. Apatah lagi meminumya. Hal ini kerana, saat pertama alkohol diserap masuk kedalam badan adalah ketika titisan cecair laknat tersebut menyentuh permukaan bibir pelaku. ….dan Gulp. Apabila seseorang menelan alkohol sama ada sengaja atau tidak, ia mula diserap melalui dinding mulut, esofagus, dinding perut dan paling banyak sekali pada permukaan usus. Permukaan yang bersentuhan dengan alkohol seringkali mengalami hakisan.

Molekul-molekul alkohol tersebut akan mengembara merentasi bukaan dinding kapilari kerana sifat semulajadinya yang "melarut". Sekiranya terdapat anugerah "Paling Terlarut" antara unsur-unsur di bumi, pasti keluarga alkohol bakal menjuarainya kerana kebolehan mereka untuk larut dalam lemak dan air. Bersama dengan teman-teman komponen darah yang lain, mereka akan berhijrah bersama mengelilingi seluruh badan manusia (circulation) , mengintai-intai peluang menyelinap masuk ke dalam sel-sel badan.



Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, molekul alkohol berjaya melawan tarikan graviti, meletakkan mereka ditempat yang terpuji lagi tinggi, dalam erti kata lain mereka berjaya sampai di bahagian kepala, lalu berkenalan dengan suatu struktur luar biasa (subhanallah) iaitu.."Pemisah Darah dari Otak", atau lebih senang dengan panggilan Blood Brain Barrier (BBB).

Hal ini merupakan fakta yang sangat penting. Kebolehan alkohol merentasi Blood Brain Barrier memisahkannya dengan makhluk Allah yang lain. Contohnya, jus anggur dan tapai yang mampu menghasilkan arak sekiranya diperam dengan lebih lama , tidak termasuk dalam kategori "boleh merentasi Blood Brain Barrier", seterusnya halal dimakan.

Mengapa demikian? Kerana apa-apa unsur (bukan semua, terdapat pengecualian) yang boleh merentasi Blood Brain Barrier mampu menjejaskan struktur dalaman otak seperti cerebral cortex, limbic system, cerebellum, hypothalamus serta medulla. Kombinasi kerosakan pada bahagian-bahagian otak yang berbeza inilah yang dipanggil "mabuk".

Cerebral cortex yang terjejas akan menyebabkan pusat pemikiran menjadi luar kawal. Keupayaan deria juga akan berkurangan. Hal ini menerangkan mengapa orang yang mabuk seringkali mengambil tindakan di luar jangkaan yang mengakibatkan kemudaratan diri sendiri dan orang lain seperti terjun bangunan, berguling-guling di jalan raya mahupun terhuyung-hayag tidak tentu arah. Kebiasaannya apabila ditanya kembali aktiviti yang dilakukan ketika sedang mabuk, mereka pasti tidak mengingatinya kerana ketika itu kerosakan cerebral cortex berlaku.


Terjejasnya limbic system pula menyebabkan seseorang terlampau emosi. Pemabuk yang marah akan menjadi bertambah tambah tambah marah manakala pemabuk yang gembira akan menjadi terlampau lampau lampau gembira diluar kebiasaan fitrah manusia. Hal ini menerangkan kebiasaan pemabuk senyum-senyum sendiri, murung yang teramat dan kadang-kadang "tiada ekspresi".

Cerebellum pula pada asalnya bertugas mengawal pergerakan-pergerak an badan yang memerlukan fokus dan teliti. Contohnya seperti menulis dan melukis. Terjejasnya cerebellum seseorang akan menyebabkan pergerakan menjadi tidak tepat. Sekiranya anda terserempak dengan pemabuk, cubalah anda suruh mereka meletakkan jari telunjuk di hidung mereka sendiri.Pasti mereka tidak mampu melakukannya, kerana perlakuan tersebut memerlukan konsentrasi dan ketelitian yang tinggi.

Medulla pula mengawal aktiviti luar kawal seperti pernafasan, degupan jantung dan kerdipan mata. Terdapat risiko pernafasan akan berhenti secara tiba-tiba, degupan jantung terlampau cepat atau terlampau lambat berkerja, selalunya dipanggil sebagai "jantung yang bercuti selepas berparti" (Holiday Heart). Boleh jadi mata pemabuk akan berkedip tidak henti-henti ataupun langsung tidak berkedip.

Selain daripada terjejasnya pusat kawalan otak, bahagian-bahagian badan lain yang akan terjejas adalah terlampau banyak sehingga tidak mampu disenaraikan disni. Antaranya kanser mulut, lidah, dan esofagus. Kanser hati, cirrhosis, dan hepatitis. Penyakit jantung, darah tinggi dan strok. Untuk wanita yang mengandung, kemungkinan besar akan mengalami penyakit "Fetal Alcohol Syndrome" . Antara ciri-ciri bayi dengan Fetal Alcohol Syndrome adalah kepala dan otak yang kecil, terlampau aktif, koordinasi yang lemah dan kurang akal. (mentally retarded)

Indahnya Islam bukan sahaja melarang orang-orang beriman minum arak, malah melarang umat Islam mendekatinya. Larangsn tersebut lengkap ditujukan daripada penanam anggur untuk dibuat arak, penuai, pembawa, pekerja lori, pekerja kilang, pekerja kedai, bos kedai, pelayan, pemesan dan peminum. Berlainan dengan Amerika Syarikat yang mengambil "langkah berjaga-jaga" dengan menetapkan bahawa pembelian arak yang "halal" di sisi undang-undang adalah apabila telah berumur 21 tahun dan ke atas. "Langkah berjaga-jaga" ini bukan sahaja menggalakkan aktiviti peminum arak malah mendatangkan kerugian kepada negara sehingga terpaksa menubuhkan National Institute On Alcohol Abuse and Alcoholism (NIAAA).

Secara umumnya, agama Islam dan kepercayaan- kepercayaan lain mempunyai pandangan yang sama dalam hal pelarangan arak. Al-Quran jelas menyatakan pengharamannya (antaranya) melalui surah Al-Maidah ayat 90 & 91 .

Kepercayaan Buddha juga menolak arak dalam salah satu daripada lapan Precepts of Buddhism , dengan menyatakan "Orang-orang Buddha perlu menahan diri daripada liquor". Pengamal Buddha juga dilarang untuk menjual liqour sebagai sumber perncarian.

Dalam bible, the Book of Proverbs Chapter 23:29-33 ada "menasihatkan" , "Do not look at wine when it is red, when it sparkles in the cup and goes down smoothly.At the last it bites like a serpent, and stings like an adder. Your eyes will see strange things, and your mind utter perverse things" ..

Manakala tokoh Hindu, Thiruvalluvar ada "berpesan", "they that drink liqour are no other than poison drinkers and therefore do not differ from dead man."

Buat baik dulu sebelum suruh orang lain



GURU mendidik anak untuk jadi bijak, sehingga mereka menemukan jalan terang.

Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat

MATA suka memandang dan mempengaruhi hati supaya menjatuhkan hukuman terhadap orang yang dipandang. Walaupun baru sekali berjumpa, ada yang sudah bijak menilai orang lain semata-mata dengan asas prasangka buruk.

Orang itu jahil, si polan fasik, jiran kamu sombong, kawan kamu penipu, suami kamu pembohong, beliau yang dihormati itu sebenarnya zalim, saudara kamu munafik, khianat, penjenayah, perampas hak orang dan segala kejahatan hanya milik mereka yang hadir dalam kehidupannya. Itulah mata jahat yang bersatu dengan hati busuk.

Tetapi kadang-kadang mata dan hati boleh tertipu oleh rupa paras dan tingkah laku orang yang dilihatnya. Baru sekali duduk minum dan mendengar tutur bicara halus dan idea bernas, terus percaya kepada orang di hadapannya itu umpama malaikat.

Semua baik, tidak ada cacat dan celanya. Akhirnya tertipu oleh imej palsu yang dilihat dengan cermin mata suram. Bertolak daripada kebaikan dan keburukan yang dilihat melalui mata zahir maka manusia terus mencari jalan tengah supaya dia dapat membuat penyesuaian dengan persekitaran secara selamat.

Sikap terbaik ketika menjalinkan hubungan dengan orang lain ialah ambil manfaat daripada kebaikannya saja, usah peduli dengan aib orang itu dan berhati-hati supaya diri tidak dimanipulasi. Namun begitu kita berasa diri diperhati tanpa mahu mengaku bahawa kita juga suka memerhati orang lain.

Sebenarnya sikap suka memerhati ini boleh memberi kesan positif dalam diri iaitu dengan syarat, perhatian itu hanya kepada mutiara kebaikan saja. Adapun keburukan orang lain, cukuplah dijadikan sempadan tanpa disertai celaan kepada orang itu kerana tiada siapa yang sempurna di dunia ini.

Jika setiap orang mengenal dirinya sendiri dengan sedalam-dalamnya nescaya tiada seorangpun tergamak menghina keaiban orang lain kerana dia masih melihat kelemahan yang banyak dalam dirinya sendiri. Alangkah eloknya jika kita menumpukan perhatian kepada kelebihan dianugerahkan Allah kepada orang lain untuk mengambil faedah daripadanya.

Antara manfaatnya ialah:

* Menghilangkan rasa ujub pada diri sendiri.

Hati manusia berubah-ubah, ada kala hari ini baik, esok pula belum tentu, hari ini angin yang bertiup itu sepoi-sepoi bahasa, namun tidak mustahil boleh bertukar menjadi puting beliung yang mengganas.

Oleh itu, semua penilaian mengenai seseorang itu sifatnya relatif, boleh berubah-ubah seperti kenyataan Rasulullah SAW yang mengakui bahawa manusia dicipta dengan hati yang berbolak-balik sehingga Baginda mengajarkan umatnya supaya berdoa dengan sabdanya yang bermaksud:

“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan Imam Ahmad)

Manusia adalah makhluk yang relatif berubah, sehingga tidaklah boleh dinilai secara mutlak. Jika kita mahu mengambil manfaat daripada orang lain maka ambillah teladan daripadanya ketika dia berada di atas kemuncak kebaikannya.

Jangan sesekali melihat ketika dia jatuh, lemah, berdosa, penuh aib dan cela kerana jika kita suka melihat saat dia di bawah maka rasa ujub akan menguasai diri. Boleh jadi kita akan berkata: “Alangkah baiknya agamaku, amal dan ilmuku, keluarga dan kehidupanku jika dibanding dengan dirinya! Betapa buruk perangai orang itu, zalim sungguh tangannya, tamak dan kedekut sifatnya, kasar dan kurang ajar perangainya, tidak ada kebaikan langsung berbanding diriku!

* Menyuntik semangat berlumba-lumba ke arah kebaikan.

Orang yang suka memerhati potensi saudaranya tidak seharusnya melahirkan rasa dengki, cemburu dan iri hati. Hanya orang yang berjaya saja yang boleh menjadikan kehebatan potensi orang lain sebagai inspirasi dan penyuntik semangat untuk lebih berjaya.

Al-Quran menyindir perangai orang yang suka mendengki terhadap kehebatan orang lain seperti Rasulullah SAW pernah menjadi mangsa kedengkian mereka. Firman Allah yang bermaksud:

“Orang kafir dari Ahli Kitab dan orang musyrik tidak suka kiranya diturunkan kepadamu sesuatu kebaikan daripada Tuhanmu. Padahal Allah berhak menentukan rahmat-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah jugalah yang mempunyai kurnia yang amat besar.” (Surah Al-Baqarah, ayat 105)

Ayat itu memberi amaran kepada diri kita yang mungkin sedikit sebanyak menyimpan dengki. Betapa seseorang itu menjadi hamba yang membangkang atas keputusan Allah memilih orang lain untuk diberi anugerah.

Maka pandanglah dengan hati kerana pandangan mata itu selalunya gelap tidak mampu melihat hakikat, sedangkan hati yang suci suka memandang dengan pandangan Tuhannya. Apa yang baik menurut Allah itulah yang baik baginya dan sebaliknya.

* Sumber inspirasi, muhasabah diri.

Sesiapapun boleh menjadi sumber inspirasi. Jangan pedulikan keburukan orang di sekitar kita dan terus perhatikan kebaikan mereka. Suami boleh menjadi cermin kepada isteri tanpa menafikan kelemahannya. Ibu menjadi cahaya bagi anaknya walaupun dirinya tidak berpelajaran tapi jiwanya cukup arif membahagi cinta.

Guru menjadi penyelamat anak yang bodoh, lembap dan bingung sehingga mereka menemukan jalan terang walaupun guru juga memiliki kekurangan peribadi tetapi jangan dinafikan merekalah sebenarnya paling berpengaruh mewujudkan cita-cita setiap insan.

Siapapun yang berjasa, berbuat baik dan berjaya mereka tidak terlepas daripada cacat cela. Tetapi untuk apa mempersoalkan yang negatif jika yang positif itu mampu menghapus yang negatif? Tiada insan sempurna, berilah peluang kepada siapapun di sekitar kita untuk menjadi sumber inspirasi dalam hidup.

Jika kita sudah mengambil manfaat daripada kelebihan orang lain, bagaimana pula menjadikan keburukan dan aib mereka sebagai sempadan?

Seorang Muslim bukanlah mereka yang memilih untuk diam apabila melihat kemungkaran berlaku di sekeliling mereka. Mereka bukan orang yang penakut, takut menyatakan yang salah itu salah dan yang benar itulah hakikatnya.

Mereka tidak takut menyuarakan jalan inilah yang Allah reda dan jalan itu sebaliknya. Seorang Muslim berkewajipan memandang, menilai dan menasihati saudaranya jika berbuat silap seperti tuntutan agama yang mahu amar makruf dan nahi munkar ditegakkan.

Apabila melihat aib orang lain, berusaha membantu diri sendiri kemudian orang lain ke arah kebaikan. Langkah pertama ialah pastikan diri kita sudah berada di jalan yang benar, lurus dan diredai Allah kemudian barulah kita boleh menuntun tangan saudara kita ke sana.

Apa yang disampaikan mestilah diamalkan terlebih dulu. Lidah, hati dan amal perbuatan mesti selari, sehati dan sejiwa langsung tiada unsur munafik. Prinsip amar makruf nahi munkar yang betul ialah buat dulu kemudian suruh orang lain.

Allah amat membenci perangai orang yang cakap tidak serupa amal ini melalui firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.” (Surah al-Shaff, ayat 2-3)

Ada pula yang bermulut manis dan menyatakan pujian di hadapan saudaranya tapi di belakang mengata lain, bermuka-muka dan menikam dari belakang. Bahkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Jika kamu melihat orang yang suka memuji (mengampu) di hadapan kamu, maka taburkanlah debu tanah di mukanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebaik-baiknya setiap Muslim berhati-hati dengan pemuji yang melampau ini kerana mereka akan mencela dengan melampau juga.

Menggunakan ayat penuh rahmat bukan ayat kesat dan menyimpan emosi negatif. Mengapa nasihat yang kita beri kepada isteri, anak dan saudara kita tidak berjaya? Puncanya kerana tiada hubungan kasih sayang kerana Allah.

Kaedah dan cara menasihat pun tidak mengikut petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Di samping itu, faktor emosi yang susah dikawal sehingga melahirkan nasihat berunsur kemarahan, kritikan pedas dan sindiran tajam menjadi penghalang keikhlasan dalam memberi nasihat.

Nyata begitu susahnya bergaul dengan manusia di sekeliling kita. Bukan hanya kesabaran dituntut tetapi keberanian untuk merasai sakit juga diperlukan dalam menjalinkan persaudaraan. Mungkin itulah sebabnya mengapa ramai memilih menyendiri dan tidak pedulikan orang lain. Tetapi sampai bila kita boleh bertahan? Pastinya yang terbaik ialah mencari kekuatan diri dalam persaudaraan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Orang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar atas gangguan mereka lebih baik daripada orang mukmin yang tidak bergaul dan tidak bersabar atas gangguan mereka.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Adaptasi adalah suatu proses membentuk rasa cinta dan kasih sayang. Sesiapa yang tidak sabar melaluinya dia tidak akan merasai kenikmatan menjalinkan hubungan sesama insan. Waspadalah dengan sikap antisosial. Ia boleh menghalang seseorang mendapat rahmat Allah. Adapun tanda seseorang mendapat rahmat-Nya adalah ketika manusia tertarik dengan keperibadiannya.

- Penulis ialah pendakwah dari Sarawak dan boleh dihubungi melalui Juanda@msu.edu.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...