KERABAT MAYA

Monday 26 July 2010

10 wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna

1. apabila mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkan zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak berfaedah.
3. berusahalah untuk bertutur dalam bahasa arab kerana bahasa arab yang betul itu adlah satu-satunya syiar Islam.
4. janganlah bertengkar dalama apa-apa jua perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkanbersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakitkan hati orang lain.
8. jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apaa yang memberi kebajikan.
9. berkenal-kenalanlah dengan setiap muslimin yang ditemui kerana asas dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.
10. kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...