KERABAT MAYA

Wednesday, 14 October 2009

KELUH KESAH DAN PENYELESAINNYA













19. Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir.
20. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah,
21. Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir (kedekut),
22. Kecuali orang-orang yang mengerjakan shalat,
23. Yang mereka itu tetap mengerjakan shalatnya,
surah al-Maarij ayat 19-23...

20 alasan lelaki tak kahwin2


1."Duit lum cukup lagi".

Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!


2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".

Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .


3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".

Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!


4."Tak datang seru lagi kot".

Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.


5."Banyak sangat halangan".

Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!


6."Belum bersedia la".

Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.


7. "Ilmu tak cukup la".

Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?oal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!


8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi,

Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri".Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.


9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".

Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.


10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la"

.Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.


11."Jodoh tak sampai lagi kot".

Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!


12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat"

.Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!


13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".

Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!


14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la"

.Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!


15."Dia nie suka pasang ramai org sangat".Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.


16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".Pompuan memang camtu..


17. "Nak carik yang solehah lah".Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.


18. "Masalah la".Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.


19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.


20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya".Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.

Tuesday, 13 October 2009

KEMATIAN.....


Kematian akan tetap menghampiri seseorang, walaupun dia berusaha bersembunyi di dalam benteng yang kokoh. Allah Ta’ala berfirman,

أَيْنَمَا تَكُونُواْ يُدْرِككُّمُ الموت وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ

“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh.” (QS. An Nisa’: 78)

Monday, 12 October 2009

CERITA ORANG KALAH


Sesungguhnya dalam hidup kita tidak akan menang dalam semua hal :
sesekali kita akan di'kalah'kan oleh diri sendiri.
Kita akan dikalahkan oleh diri sendiri bila kita mengiakan yang kita kalah.
Yang menjerumus diri kita dalam dunia yang kita cipta sendiri.
Dunia orang kalah.

Kita berhak menyatakan apa sahaja : sesungguhnya dunia ini tidak pernah mahu berhenti : malah mungkin tidak mahu bersimpati langsung kepada kita..Dan begitulah seterusnya kita. Kita berhak menuding kepada persekitaran yang tidak sepatutnya memperlakukan kita sehingga kita kalah...Adakah betul kita kalah.Dunia ini masih adil dengan percaturan demi percaturan.


Cuma kita terkadang alpa dengan fitrah kita sendiri. Persetankan segala punca yg di ' ada' kan - jalannya harus di hadapan. Kita akan terus di kalahkan seandainya kita menyalah. Hidup ini adalah selingkar cerita yang kita pilih dan seharusnya kita bertanggungjawab terhadap pilihan kita. Membiarkan diri terus terusan mencipta cerita ' orang kalah ' akan membenarkan segala hukum ' orang orang kalah '.Hari ini.Kita tidak kalah.


Kita adalah pemenang yang ditunda kemenangannya.

BULAN MENIKMATI BUAHAN


Alhamdulillah, sekarang ini di Lanas segala buahan sedang berebut mengeluarkan hasilnya. aku jusempat menikmati hasilan manisnya kerana pemberian orang kampung (terutamanya guru besar) antara buahan yang agak glamour dan sedap yang aku rasa ialah buah Terap...memang sedap..macam nagka atau cempedak tapi rasanya agak lain dari keduanya.


aku rasa buah terap ini macam dah pupus kat semenanjung...yang ada hanya nangka dan cempedak...tak ketinggalan jugak aku sempat merasa buah durian yang diberi...maklumkah sekarang ini musim durian...seronoknya kerana aku dapat jugak makan buah durian fresh...kat sini harga buah durian agak mahak...aku pernah membeli dengan harga lapan ringgit sebiji...kalau kat kelantan harga lapan ringgit tu dah dapat selonggok...lagipun buah kat gerai tepi jalan tu bukannya berkualiti....kadang -kadang buruk dan berulat....


apapun terima kasih pada yang sudi memberi buah kat aku....sedap dan seronoknya menyebabkan aku terasa seolah-olah berada di kampung sendiri....tapi tak samalah....sebab kan pepatah ada kata :


" Hujan Emas Negeri Orang, Hujan Batu Negeri Sendiri"



tulisbaca: Bagus lagi tak hujan

Thursday, 8 October 2009

18 Perkara Mengenai Wanita Yang Perlu Anda Tahu



18 Perkara Mengenai Wanita Yang Perlu Anda Tahu


# Sepanjang waktu pasangan anda haid, adalah waktu yang paling sesuai untuk anda membasuh kereta, pergi main bola dengan rakan anda, atau lain2 aktiviti kerana waktu ini wanita mudah tersinggung dan tidak suka diusik.


# Jika anda membawa teman wanita anda ke tempat membeli beli yang ekslusif dan mahal, pasti sebarang urusan selepas itu akan menjadi lancar.


# Jangan terkejut apabila anda tidak menhubungi kekasih anda semasa bekerja, dia akan keluar 'dating' dengan teman sepejabatnya kerana wanita mudah dipujuk.


# Wanita akan menyenangi jika pasangannya selalu tukar seluar dalamnya setiap kali lepas mandi.


# Mereka selalu mengandaikan bahawa lelaki tidak tahu apa yang mereka sedang fikirkan.


# Sering kali mempertikaikan kebolehan pihak lelaki dengan membuat perbandingan seperti mengemas rumah, menjaga anak, memasak dll.


# Tidak suka sesiapapun menganggu dia termasuk teman lelaki jika mereka ingin keluar bersama dengan rakan-rakan wanita mereka terutama pergi shopping, menonton wayang dll.


# Kalau boleh, mereka mahu mana-mana shoping complex menyediakan tempat khusus untuk lelaki supaya mereka tidak boring dan boleh lekas pulang apabila keluar membeli belah bersama teman wanitanya.


# Ingat, jangan sesekali memberi hadiah stokin atau sarung kaki kecuali yang berharga melebihi RM50.


# Wanita tidak pernah ingin ambil tahu bagaimanakah sesebuah kereta itu boleh bergerak, malahan tidak dipedulikan langsung.


# Suka menonton perlawanan bola sepak, padahal bukan permainan yang suka dilihat, tetapi seseorang pemainnya, seperti David Beckam


# Apabila seseorang wanita gagal dalam menunaikan janjinya, mereka akan menangis sahaja, tetapi jika lelaki yang gagal, mereka akan dianggap lemah dan kalah.


# Mereka selalu beranggapan bahawa adalah tidak salah untuk mereka mewakili bagi pihak lelaki dalam sesuatu perkara kerana mereka menganggap bukan semua lelaki itu pandai.


# Ingat, belanja makan itu bagus, namun adalah baik jika anda memberikan pasangan anda sebentuk cincin yang berharga RM 5 ribu.


# Jangan sesekali anda memuji wanita lain di depannya kerana mereka tidak boleh menerimanya.


# Wanita menyifatkan teman lelaki yang memaki tali leher yang berjenama murah adalah 'low kelas'.


# Tidak boleh menerima kenyataan bahawa seseorang pelakon wanita itu mampu menarik perhatian kaum lelaki sedangkan mereka sendiri tertarik kepada pelakon lelaki.


# Wanita mahu kelihatan lebih pandai dalam semua segi daripada kaum lelaki.

Ciri wanita idaman lelaki



Ciri wanita idaman lelaki


BENARLAH kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya.Sesanda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan.


Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki.Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ‘ganas’ dalam bergaul.Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci.


Jadi pendengar setia

Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.


Suka dimanja.

Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.


Tarikan derapan kasut

Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.


Jangan bersolek tebal

Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.


Ingat hari pentingnya

Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.


Hormatinya

Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.


Jangan terlalu kebudak-budakan

Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.


Agresif

Lelaki suka sikap wanita yang agresif.


Jangan terlalu seronok

Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.


Jangan ganas

Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.


Jangan terlalu baik

Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.


Jangan perasan

Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.


Sikap sederhana

Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.


Sikap keibuan

Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.


Lemah-lembut

Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.


Sensitif

Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.


Kenali dirinya

Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.


Jaga kecantikan

Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!


Gaya kemas

Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, dan gaya langkah yang kemas.


Jangan kuno

Jangan bersikap terlalu kuno.


Sering tanya khabar

Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.


Jujur dalam tingkah laku

Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.


Suka yang beragama

Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama


Tidak mudah dipermainkan

Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.


Jangan tunjuk lemah

Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.


Tunjuk matang

Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

Wednesday, 7 October 2009

10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami


10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami

1. Bila si dia sibuk... ... .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.


2. Bila si dia ego... ... . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.


3. Bila si dia romantik... ... .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.


4. Bila si dia panas baran... ... .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.


5. Bila si dia penat... ... . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.


6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.


7. Bila si dia mengongkong... .. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.


8. Bila si dia selamba... ... . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.


9. Bila si dia curang... .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.


10. Bila si dia lurus bendul... ... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat

Tuesday, 6 October 2009

MENGUMPAT YANG DIBOLEHKAN.


Keadaan Yang Membolehkan Ghibah:


Keputusan Jawatankuasa Syariah adalah seperti berikut:


Pertama:


Orang yang dizalimi Orang yang dizalimi boleh membuat pengaduan kepada pihak berkuasa untuk mendapat pembelaan dari terus dizalimi. Menurut sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Bukhari dan Tarmizi dari Abu Hurairah r.a bermaksud:“Sesungguhnya yang punya hak itu mempunyai perkataan (berhak berbicara).”


Kedua:


Meminta bantuan untuk mengubah kemungkaranMenyampaikan sesuatu (perkhabaran) kepada orang yang mampu mengubah kemungkaran. Allah swt berfirman:“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang) kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan ingatlah Allah sentiasa Mendengar Lagi Maha Mengetahui.”



Ketiga:


Meminta FatwaMeminta fatwa seperti dikatakannya kepada Mufti: “Aku telah dianiaya oleh si fulan. Apakah caranya untuk aku mendapatkan hak aku?” Diriwayatkan dalam hadis muttafaqun alaih dari Aisyah r.a bahawa Hindun berkata kepada Nabi saw: “Abu Sufyan seorang lelaki yang kedekut. Ia tidak memberikan kepadaku, apa yang mencukupi bagiku dan anakku. Bolehkah aku mengambil (wang) tanpa pengetahuannya?” Maka Nabi saw menjawab: “Ya, ambillah”.


Keempat:


Memberi peringatan kepada orang lain terhadap orang fasik.Menyebut keburukan orang fasik untuk dihindari oleh orang lain tidak dikira ghibah (mengumpat) sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh:At Tabrani, Ibnu Hibbah dalam Kitab Dhu’afa’ dan Ibnu Ady dari Bahz bin Hakim bermaksud:“Berilah peringatan (kepada manusia) tentang kejahatan orang fasik agar mereka dapat menjauhinya.


Kelima:


Memberi peringatan dari kejahatan seseorang.Keenam: Menyebut seseorang dengan gelaran yang masyhur bagi dirinya sekiranya tidak dapat diketahui seseorang melainkan disebut gelaran itu.Ketujuh:Menegakkan hak di mahkam



tulisbaca: dipetik dari fatwa negeri perlis

Sunday, 4 October 2009

Teknik Memuji Isteri



Teknik Memuji Isteri


Kajian menunjukkan puji-pujian yang diberi dengan ikhlas sentiasa menimbulkan perasaan positif kepada penerimanya. Orang-orang yang tidak suka memuji orang lain pun, apabila dia sendiri dipuji, dia pun berasa seronok juga.


Selama ini perbuatan memberi puji-pujian dianggap oleh kebanyakan orang sebagai perbuatan yang kurang baik. Ia dianggap begitu kerana di sebalik puji-pujian itu dikatakan selalu ada udang di sebalik batu, ataupun ada niat mengampu. Oleh itu perbuatan memuji-muji dianggap salah kerana tujuannya adalah manipulatif, atau memutar-belit orang yang diampu. Barangkali inilah faktor yang menyebabkan kita takut hendak mengucapkan puji-pujian secara terus terang dan terbuka. Kita takut dituduh ada udang di sebalik batu. Memang benar, amalan menggunakan puji-pujian untuk mengampu dan memutar-belit orang lain adalah amalan yang banyak berlaku.


Namun, pakar-pakar yang membuat kajian ke atas tingkah-laku mengampu mengatakan kita semua pernah mengampu serta memutar-belit orang, dan kita juga pernah menjadi mangsa kepada perbuatan mengampu dan putar-belit orang-orang lain ke atas diri kita. Biasanya, apabila kita memutar-belit orang, kita sendiri tidak perasaan bahawa kita sedang memutar-belit orang itu.


Tujuan utama mengapa kita mengampu dan memuji-muji ialah supaya orang yang kita puji-puji itu suka kepada kita, dan dengan cara itu kita berharap kita dapat mempengaruhinya.
Pada masa ini banyak terdengar seruan supaya suami-suami jangan berat mulut hendak memuji isteri. Dikatakan bahawa puji-pujian suami akan menyukakan hati isteri. Dengan itu isteri yang banyak menerima pujian akan berasa bahagia. Dikatakan juga, puji-pujian suami akan menambahkan lagi cinta dan kasih sayang isteri yang sedia ada.


Memang sudah disahkan oleh pakar-pakar bahawa biasanya puji-pujian dapat menyukakan hati isteri. Tetapi bolehkah puji-pujian membuat isteri bertambah cinta kepada suaminya? Lebih penting lagi, dapatkah puji-pujian dari suami membuat isteri menukar tingkah-laku, perangai, sikap dan pemikirannya negatif kepada yang lebih positif?


Pujian tidak sentiasa membuat orang yang dipuji berasa seronok. Perbuatan memuji-muji boleh menimbulkan kesan-kesan negatif kepada orang yang dipuji. Pertama, puji-pujian boleh membuat orang yang dipuji berasa dirinya terperangkap di dalam keadaan yang serba-salah, oleh itu dia tidak suka dengan pujian itu. Kedua, puji-pujian mungkin tidak disukai oleh si penerimanya kerana, secara tersirat, apabila dia dipuji, itu seolah-olah selama ini dia tidak bagus. Kalau orang itu memuji hasil kerjanya, orang yang dipuji mungkin berasa seolah-olah sebelumnya, dia disyaki tidak akan membuat kerja itu dengan baik. Ketiga, selepas mendengar puji-pujian itu, orang yang dipuji mungkin mulai risau kerana dia sedar dirinya sedang diperhatikan oleh si pemuji.


Di dalam keadaan yang bagaimanakah sesuatu pujian itu dianggap ikhlas ataupun cuma mengampu sahaja oleh orang yang dipuji? Ini terpulang kepada bagaimana orang yang dipuji menerima dan mentafsirkan pujian itu.


Katakanlah, seorang suami memuji-muji lauk yang dimasak oleh isterinya. Apakah yang mungkin terjadi?
Pertama, si isteri mungkin menyangka suaminya memuji-muji lauknya dia kerana "ada undang di sebalik batu" iaitu suaminya menghendaki sesuatu daripadanya. Jika itulah tafsiran si isteri, pujian si suami bukannya membuat si isteri suka hati malah ia boleh menyakitkan hatinya. Dalam keadaan begitu, pujian si suami tidak membuat si isteri bertambah kasih kepada suaminya. Mungkin si isteri rasa menyampah pula.


Kedua, si isteri mungkin menyangka memang tabiat suaminya sangat murah dengan puji-pujian kepada sesiapa sahaja. Jadi, si isteri tidak berapa seronok dengan pujian itu kerana dia tahu suaminya tidak memilih-milih orang apabila memuji. Pujian begini tidak membuat si isteri berasa dirinya istimewa, oleh itu dia tidak bertambah kasih kepada suaminya akibat diberi pujian itu.


Ketiga, si isteri mungkin berasa pujian suaminya itu adalah sebahagian daripada adab dan sopan yang selalu diamalkan oleh suaminya. Memanglah sopan bagi seseorang suami memuji isterinya apabila dia masak sendiri. Akibatnya, si isteri tahu bahawa suaminya memang seorang yang sopan dan baik budi bahasa. Tetapi suaminya memang akan memuji sesiapa sahaja apabila keadaan menghendaki dia memberikan pujian. Pujian jenis ini pun tidak boleh membuat seseorang isteri bertambah kasih kepada suaminya.


Keempat, si isteri mungkin berasa pujian suaminya itu adalah putar belit suaminya mahukan supaya dia terus-menerus rajin memasak. Akibatnya si isteri berasa pujian itu bersifat manipulatif, tidak ikhlas, iaitu bertujuan memutar belit dirinya. Pujian jenis ini boleh membuat si isteri meluat kepada suaminya.


Kelima, si isteri mungkin menyangka suaminya cuma hendak menyukakan hatinya sahaja, bukannya betul-betul kerana lauk yang dimasaknya sedap. Si isteri juga mungkin menyangka suaminya memujinya kerana tidak mahu melukakan perasaanya. Akibatnya si isteri berasa suaminya adalah seorang yang sangat baik hati, dan dia "seronok sedikit" mendengar pujian itu.

Keenam, si isteri mungkin berasa suaminya betul-betul ikhlas sewaktu memuji lauknya, jadi dia berasa sangat seronok. Dalam keadaan begini, pujian begitu boleh membuat isterinya bertambah-tambah suka dan kasih kepada suaminya.
Berikut ialah ialah cara-cara memuji isteri bertambah cinta kepada suami.


Yang paling penting ialah: Jangan puji isteri sepanjang masa. Ertinya, jangan puji isteri dari mula baru-baru kahwin. Cara yang lebih baik ialah, mula-mula tunjukkan bahawa kita tidak berapa suka dengan perkara yang hendak dipuji itu. Sebagai contoh, walupun masakannya sedap, tapi kritik sedikit masakannya. Katakanlah karinya itu sedap tetapi terlalu "pekat". Pada lain kali, barulah puji. Pujian seperti ini akan membuat si isteri sangat seronok mendengarnya. Dia boleh bertambah sayang kepada suaminya.


Menurut pakar-pakar psikologi, ada tiga faktor mengapa kita lebih menyukai orang yang mula-mula mengkritik kita tetapi kemudian memuji kita, dibandingkan dengan orang yang memuji kita sepanjang masa.


Apabila dulu orang itu mengkritik kita, tetapi sekarang dia memuji kita pula, perbuatannya itu membuat kita rasa yakin mesti ada sesuatu yang kita buat, atau kita lakukan, yang menyebabkan orang itu mengubah sikap negatifnya kepada sikap positif terhadap kita. Keyakinan itulah yang membuat kita rasa bahawa kita sudah berjaya. Sebagai contoh, kita yakin dulu kita tidak pandai membuat kari kerana dia pernah mengkritik kari kita. Tetapi sekarang kita sudah berjaya membuat kari yang lazat, itu sebab dia memuji kari kita. Kita seronok apabila kita yakin kita sudah berjaya. Apabila kita seronok, kita akan menyukai orang yang menyebabkan kita seronok. Pujian dari orang itu membuat kita suka kepadanya.


Jikalau orang itu ialah suami sendiri, alangkah tepatnya. Apabila dulu orang itu suka mengkritik kita, sikapnya itu membuat kita berasa tidak seronok, bimbang, ragu dan serba salah. Apabila lama-lama kemudian dia memuji kita, semua perasaan-perasaan itu hilang. Jadi, kita rasa seronok. Apabila hati kita seronok, kita akan menyukai orang itu. Walaupun isteri kita seronok apabila dia kita puji sejak baru-baru mula-mula kahwin lagi, tetapi dia akan lebih seronok lagi apabila dia sangka dia dipuji oleh orang yang sangat cerewet, memilih-milih, kritis, serta lokek dengan pujian. Pendek kata, kalau tak betul-betul bagus, memang kita tak akan memujinya. Jadi, kalau kita berlakon suka mengkritik dia itu-ini, tetapi kemudian kita pura-pura suka kepada apa yang dibuatnya, isteri kita akan yakin bahawa kita seorang yang memilih-milih, cerewet, tak boleh lebih kurang dan cuma mahukan yang terbaik sahaja. Jadi, apabila dia kita puji, dia yakin dia sudah mencapai taraf yang amat tinggi sehingga kita sanggup memujinya. Perasaan itulah yang menyebabkan isteri kita jadi sangat seronok mendengar pujian kita. Pujiannya kita itu akan membuat dia tambah kasih kepada kita.


Ramai orang tidak setuju kita bermurah dengan puji-pujian kepada orang-orang di sekeliling kita. Mereka mengatakan puji-pujian boleh menimbulkan kesan negatif seperti orang yang dipuji. Nanti orang itu jadi perasan, tak sedar diri, sombong, angkuh, besar kepala, naik mua, naik kepala dan macam-macam lagi.


Sebenarnya, yang menimbulkan kesan-kesan negatif seperti itu bukanlah puji-pujian itu sendiri. Kesan-kesan negatif itu adalah kesan teknik memuji yang salah. Jadi, Pujilah isteri kita dengan teknik-teknik yang betul supaya dia bertambah kasih kepada kita. Teknik memuji betul akan mencipta kesan-kesan positif yang sangat penting ke atas isteri kita, antaranya ialah:

Isteri kita akan berasa dirinya sangat istimewa, berbeza daripada wanita-wanita lain. b. Keyakinan dirinya akan naik dan keupayaannya akan meningkat. Hasilnya dia akan dapat meninggikan lagi prestasinya.
c.Keyakinannya terhadap diri kita akan bertambah teguh.
d. Dia bertambah yakin hubungan perkahwinannya masih kukuh.
e. Dia bertambah yakin dirinya masih kita sayangi.
f. Dia yakin cara-cara dia melayan kita adalah betul, macam yang kita mahu.
g. Estim-dirinya meningkat.
h. Dia akan bersikap lebih terbuka kepada nasihat dan teguran kita.


Begitulah pedoman yang diberikan oleh pakar-pakar. Suatu pesanan penting: isteri-isteri tidak boleh menggunakan teknik ini untuk memuji suami! Teknik ini khas untuk pujian arah dari-atas-ke-bawah. Teknik untuk isteri memuji suami akan diterangkan dalam siri lain.

Panduan Berdamai Suami Isteri


Panduan Berdamai


Biasanya, setelah suami isteri bergaduh dan bertengkar, mereka mahu berdamai. Kalau boleh, mereka mahu supaya pergaduhan itu adalah yang terakhir. Jadi mereka inginkan perdamaian yang kekal. Tetapi biasanya, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa mereka bergaduh lagi.


Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari masa ke masa ialah kerena mereka tidak menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai. Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk mencapai perdamaian yang tahan lama.

1. Jangan merajuk
Sejak masik kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka hendak. Perbuatan merajuk ialah sejenis tingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan untuk memaksa suami mengalah. Apabila bergaduh, jangan suka merajuk.Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan lagi masalah yang ada. Walaupun dengan cara merajuk isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah bila mereka hendak berdamai. Ini disebabkan si suami tahu bahawa dia sedang dihukum oleh isterinya dengan cara merajuk. Orang yang menganggap dirinya dihukum tidak mempunyai dorongan untuk memulakan proses berdamai. Manakala orang yang menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang. Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminya akan mengalah dan memenuhi kehendaknya. Dengan itu, maka menanglah si isteri. Tetapi itu adalah keyakinannya sahaja. Banyak perbuatan isteri adalah berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh isterinya sendiri.


2. Jangan menghukum
Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak yang satu lagi.
Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk "menarik diri" di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap dengan isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah. Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah hukuman akan hanya mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum.


3. Jangan berdusta
Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura sudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia untuk melupakan usaha berdamai.


4. Jangan mencari salah
Kalau mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan kekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang itu salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati orang itu. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian-kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.


5. Berhentikan bahasa negatif
Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah: bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada menggunakan bahasa negatif.
"Ini semua kerana sikap awak yang tak betul tu." (tuduhan)
"Kenapa abang tak mahu dengar nasihat saya?" (tuduhan)
"Ini salah awak juga." (tuduhan)
"Kalau awak baik dan sayang kepada anak isteri, kita takkan
selalu bergaduh." (tuduhan)
"Abang tak guna langsung." (celaan)
"Awak tak senonoh!" (celaan)
"Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga." (celaan)
"Awak tak sedar, diri awak tu siapa." (celaan)
Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis-jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan. Gunakan bahasa ini dengan murah dan lumayan.


6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok
Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke belakang, melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara yang menyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yang sudah terjadi, sebaliknya bercakaplah tentang apa yang hendak dibuat. Buangkan perkataan "dahulu" dan "semalam" daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan itu sangat berbahaya. Tidak ada siapa pun yang boleh menyelesaikan "dahulu" dan "semalam".


7. Senyum semula
Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.


8. Mulakan berdamai
Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takut risiko jika dia yang memulakannya. Mana tahu kalau orang itu tidak mahu berdamai? Kalau benar kita mahukan perdamaian, ambil langkah pertama untuk berdamai. Jangan tunggu sampai orang itu yang mesti memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kita mahu berdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan. Andai kata orang itu menolak usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.


9. Kenal pasti punca masalah
Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama akan berulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh, perbuatan isteri yang suka mengugut suami mungkin menjadi punca konflik. Selagi tabiat buruk itu tidak diatasi, selagi itu si isteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan konflik demi konflik akan tercetus. Kenal pasti dengan tepat punca masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit-ungkit perkara yang sudah berlaku, tetapi untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa depan. Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan perkataan-perkataan yang berfungsi sebagi label kepada perbuatan orang itu. Gunakan perkataan-perkataan yang menerangkan apa yang sebenarnya dia telah lakukan sehingga tercetusnya konflik.
a. "Awak tak bertanggungjawab." (x)
"Saya mahu supaya saya diberi wang belanja dapur yang cukup
tiap-tiap bulan." (/)


b. "Awak degil." (x)
"Saya mahu supaya cakap saya didengar dulu sebelum awak
bantah." (/)


c. "Awak sudah bosan dengan saya." (x)
"Saya mahu supaya saya diberikan sedikit perhatian, jadi saya
tak berasa diri saya diabaikan." (x)


10. Kenal pasti perubahan
Terangkan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan yang kita mahukan. Oleh kerana konflik biasanya berpunca daripada tingkah-laku yang tidak disetujui, maka cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah-laku itu.
Ramai orang, apabila mereka mahu supaya pasangannya mengubah tingkah-lakunya, mereka bercakap secara am dan kabur. Mereka menggunakan perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya tidak faham dengan jelas tingkah-laku yang mana satu yang mesti diubahnya. Sebagai contoh, perkataan biadab di dalam ayat "Awak biadab." mempunyai makna yang kabur, kerana perkataan itu tidak memberitahu dengan tepat perbuatannya yang mana satu yang dimaksudkan sebagai biadab. Jadi, sukarlah bagi si isteri untuk mengenal pasti perbuatannya itu dan bagaimana dia hendak mengubah tingkah-lakunya kepada yang "tidak biadab".


a. "Jangan biadab pada saya." (x)
"Jangan menengking saya." (/)


b. "Jangan suka tunjuk gaya." (x)

"Tak payahlah awak belajar main golf." (/)


c. "Jangan pemalas." (x)
"Jangan selalu tidur siang." (/)


d. "Layan saya dengan betul." (x)
"Jangan paksa saya makan nasi bungkus selalu." (/)


e. "Jangan syirik." (x)
"Jangan bomohkan saya." (/)


Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan sendiri tidak perlu dipelajari. Semua orang memiliki kebolehan itu sebagaimana semua manusia memiliki kebolehan berlari. Tetapi kebolehan hidup dalam perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana manusia perlu belajar cara berlari menggunakan teknik-teknik yang betul.

Kenali Lelaki.....


Mengenal Lelaki Secara Umum Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap bahawa lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki.

Berikut dicatatkan apakah dia 13 sifat-sifat lelaki secara umum.

--------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------
1. Hidup Lelaki Lebih Mudah


Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

--------------------------------------------------------------------------------

2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan


Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Inibukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

--------------------------------------------------------------------------------

3. Lelaki Suka Membisu


Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

--------------------------------------------------------------------------------

4. Lelaki Tidak Kompleks


Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima' secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.

--------------------------------------------------------------------------------

5. Jangan Paksa Lelaki


Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.

--------------------------------------------------------------------------------

6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain


Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

--------------------------------------------------------------------------------

7. Lelaki Pentingkan Kejujuran


Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.

--------------------------------------------------------------------------------

8. Lelaki Tidak Suka Dikritik


Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

--------------------------------------------------------------------------------

9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan


Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..." dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang .....".

--------------------------------------------------------------------------------

10. Lelaki dan Ego


Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.

--------------------------------------------------------------------------------

11. Sahabat Yang Paling Baik


Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.


--------------------------------------------------------------------------------

12. Lelaki Mesra Tanpa Beremosi


Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi, dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses saja, tetapi merupakan penglibatan simia dan magis. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurangnya ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi ujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan, tapi jika tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan juga oleh lelaki. Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samada sebelum atau selepas seksual, kekecewaan akan melanda wanita.

--------------------------------------------------------------------------------

13. Lelaki Suka Menyelerak


Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.
--------------------------------------------------------------------------------

BerDusta



Berdusta ialah perbuatan di mana seseorang itu sengaja mahu memberi gambaran yang salah kepada orang yang didustai. Dusta mungkin dilakukan secara tersurat mahupun tersirat. Biasanya dusta dilakukan dengan menggunakan kata-kata yang jelas berniat memberi gambaran salah.


"Tak, tak, abang tak pergi kelab dangdut." (padahal dia pergi)
"Tak, saya tak cakap apa-apa pasal mak awak." (padahal dia bercakap)
"Kalau abang nak kahwin lagi, kahwinlah." (padahal dia takkan setuju suaminya kahwin lagi.)


Tetapi ada kalanya dusta dilakukan dengan cara tidak berkata apa-apa. Apabila kita menyembunyikan sesuatu, sebenarnya kita berdusta kerana dengan tidak berkata apa-apa, kita memberi gambaran yang salah. Perbuatan itu sama salahnya dengan perbuatan berkata yang tidak benar. Sebagai contoh, seorang suami pergi ke rumah urut, tetapi dia diam saja, tidak memberitahu isterinya. Atau seorang isteri keluar dengan lelaki lain semasa bertugas di luar kawasan tetapi dia diam saja.


Kebanyakan dusta dilakukan dengan menggunakan kata-kata, tetapi kebanyakan dusta seperti yang itu diiringi dengan dusta bahasa badan. Sebagai contoh, semasa seorang suami berkata dia tak pergi ke rumah urut, dia juga berlakon membuat "muka bodoh" atau "muka sadin" untuk menutup dustanya, supaya isterinya percaya. Atau sekembalinya seorang isteri daripada bertugas di luar kawasan di mana sewaktu dia di sana dia keluar dengan lelaki lain, dia segera sembahyang dahulu sebelum berbuat apa-apa yang lain. Dia berharap suaminya akan percaya bahawa seorang isteri yang sembahyang tentulah tidak akan menyeleweng semasa bertugas di luar.


Berdusta bererti menutup kebenaran. Dusta menyebabkan orang yang didustai tidak dapat memilih alternatif-alternatif lain. Sebagai contoh, seorang suami yang tidak memberitahu isterinya bahawa dia mempunyai rancangan berkahwin lagi bererti si suami tidak memberi peluang kepada isterinya untuk memilih apa-apa alternatif yang mungkin dia akan pilih sekiranya dia tahu keadaan suaminya yang sebenar.


Dia mungkin boleh mengambil tindakan-tindakan untuk menghalang rancangan suaminya, ataupun dia mungkin akan mengkaji semula kelemahan dirinya. Tetapi kerana suaminya berdusta, dia tidak dapat melakukan itu semua.
Semua orang mempunyai hak membuat pilihan mereka sendiri.


Apabila kita berdusta kepada seseorang, ini bermakna kita memaksa orang itu menerima pilihan kita. Apabila seseorang suami mengatakan bahawa dia masih tetap mengasihi isterinya, padahal tidak, itu bererti dia tidak membenarkan si isteri membuat pilihannya sendiri seandainya dia tahu perasaan suaminya yang sebenar.


Setengah-setengah suami berdusta atas alasan "demi kebaikan isterinya." Apabila dia berbuat begitu, ia bermakna si suami memaksa si isteri menerima keputusan yang dibuat oleh si suami bagi pihak si isteri. Ertinya, si suami menafikan hak isterinya untuk membuat pilihan bagi pihaknya sendiri.


Tetapi ada kalanya memang si isteri sendiri setuju untuk tidak mahu mendengar maklumat yang sebenar. Sebagai contoh, si isteri tidak mahu suaminya memberitahu sejarah lampau hidupnya. Dalam keadaan begitu, apabila si suami tidak memberitahu maklumat berkenaan perkara-perkara yang pernah dilakukan pada masa dulu, maka itu bukanlah perbuatan berdusta.


Manusia berdusta kerana bermacam-macam alasan. Walau bagaimanapun, menurut pakar-pakar psikologi, ada empat jenis dorongan yang menyebabkan kita sanggup berdusta:
Mendapatkan keperluan asas

Kita berdusta kerana hendak mendapatkan benda-benda material yang penting kepada kita. Kita juga berdusta supaya kita tidak kehilangan benda-benda itu. Wang dan harta benda termasuk di dalam kategori ini. Sebagai contoh, seorang isteri meminta wang tambahan dengan berdusta kepada suaminya bahawa wang belanja bulanan sudah habis padahal belum, kerana dia mahu menggunakan wang itu untuk membeli beg tangan baru. Seorang suami merahsiakan bahawa, selain gajinya dia juga mempunyai sumber-sumber pendapatan lain kerana dia takut wang itu akan diminta oleh isterinya atau isterinya akan mempersoalkan apa yang dia hendak buat dengan wangnya itu.



Ada kalanya kita berdusta kerana hendak menjaga estim-diri atau maruah kita. Sebagai contoh, kita tidak mahu orang lain tahu bahawa kita mempunyai sifat-sifat buruk. Ada kalanya kita juga berdusta untuk menaikkan estim-diri kita di mata orang yang kita dustai. Sebagai contoh, kita berdusta dengan mengatakan kita seorang setiausaha, padahal kita cuma seorang kerani. Ada kalanya, kita mungkin berdusta kerana hendak menunjukkan gambaran seolah-olah kita adalah seorang yang berkebolehan atau berkedudukan baik. Sebagai contoh, kita membeli kereta besar walaupun kita tak berapa mampu kerana kita hendak memberi gambaran kita datang daripada kelas sosial yang tinggi, dan kita layak diterima sebagai rakan pergaulan oleh mereka yang menganggotai kelas itu.

Perhubungan


Kadang kala kita berdusta kerana hendak menjaga hubungan baik yang ada. Ramai suami berdusta kepada isteri kerana hendak mengelakkan krisis rumahtangga. Ada pula masanya kita berdusta untuk menamatkan hubungan yang tidak kita ingini. Sebagai contoh seorang suami berdusta supaya isterinya tidak suka lagi kepadanya, supaya dengan itu dia dapat membuka jalan perpisahan.


Ada pula masanya kita berdusta kerana tidak mahu memenuhi kehendak atau permintaan orang itu. Ramai suami berdusta kerana tidak mahu melayan permintaan isteri. Sebagai contoh, isteri meminta set meja makan baru dan suami berdusta mengatakan dia tidak ada wang. Ramai pula isteri berdusta untuk memutar-belit suami supaya mahu menuruti kehendak mereka.
Kadang-kadang kita juga berdusta kerana hendak mengawal perjalanan sesuatu perbualan. Sebagai contoh, suami berdusta kepada isteri kerana tidak mahu isterinya bertanya tentang hal-hal yang disorokkan, ataupun supaya perbualan itu menuju arah yang dia mahu sahaja.


Kepuasan diri


Sekali-sekala kita berdusta kerana hendak memuaskan diri sendiri. Sebagai contoh, kita berdusta kerana hendak berseronok-seronok dengan cara melawak dan bergurau senda, atau kerana hendak melebih-lebihkan cerita kita.
Kajian-kajian yang pernah dibuat oleh pakar-pakar psikologi mendapati kebanyakan orang berdusta untuk kepentingan mereka sendiri. Di dalam suatu kajian, daripada 322 pendustaan, 75.8 peratus menguntungkan si pendusta, 21.7 peratus menguntungkan orang yang didustai dan 2.5 peratus menguntungkan orang lain.


Katakanlah pada satu hari seorang isteri memakai baju baru yang tidak sesuai dengan potongan badannya. Dia bertanya kepada suaminya sama ada baju itu cantik apabila dipakai. Si suami ada beberapa pilihan:


a. Suami boleh memberi jawapan neutral seperti mengatakan fesyen itu unik atau dia belum pernah melihat fesyen yang begitu sebelumnya. "Boleh tahan! Abang tak pernah tengok orang lain pakai fesyen macam tu."
Perbuatan si suami adalah berdusta. Si isteri mungkin menyangka suaminya betul-betul menganggap baju itu cantik dan dia kelihatan cantik apabila memakainya.


b.Suami boleh menunjukkan rasa terkejut dengan berkata dia tak pernah nampak baju yang lebih hodoh daripada baju itu.
"MasyaAllah! Teruknya baju awak tu."
Kata-kata si suami itu bukan dusta tetapi ia melukai perasaan si isteri.


c. Suami boleh berkata baju itu sangat cantik dan sangat sesuai dengan isterinya. Perbuatannya itu adalah berdusta.
"Cantiknya! Baju macam inilah yang elok untuk awak."


Mungkin si suami berniat baik pada waktu itu. Tetapi pada masa depan, perbuatan itu boleh jadi kejam. Bayangkan apabila si isteri memakai baju itu ke majlis rasmi, apa kesannya.
Dalam keadaan seperti di atas, tentukan dahulu apa niat si isteri bertanya kepada suaminya berkenaan baju itu. Sekiranya niat si isteri ialah meminta pendapat suaminya berkenaan baju itu, maka si suami patut menilai baju itu sahaja. Dia boleh berkata baju itu tidak sesuai dengan isterinya.
"Baju tu cantik tapi tak sesuai dengan awak."
Jangan pula si suami menilai peribadi isterinya. Sebagai contoh jangan berkata:
"Awak nampak tua dengan baju itu."
"Awak nampak macam penari dangdut!"
"Awak nampak macam pokok bunga berjalan!"
Sebaliknya suami boleh berkata:
"Baju lain lebih sesuai dengan awak."
"Awak nampak lebih cantik dengan baju lain."


Sekiranya si isteri sebenarnya mahu mendengar pujian daripada suaminya, maka si suami patut memberikan pujian yang mahu didengar oleh si isteri. Dalam keadaan begini, baju itu tidak penting. Ia cuma alasan si isteri meminta pujian daripada suami. Jadi, si suami patut memberikan pujian kepada si isteri:
"Awak manis."
"Awak cantik."


Kata-kata suami seperti itu bukanlah suatu dusta. Dia hanya memberi apa yang diharapkan oleh isterinya.


Di dalam Islam, kita dibenarkan berdusta hanya untuk tiga tujuan. Pertama untuk menyelamatkan orang yang tidak bersalah daripada dianiaya. Kedua untuk mendamaikan dua orang yang bermusuhan. Ketiga untuk menjaga hubungan baik antara isteri-isteri.

My Mother


The prophet s.a.w told us that we must obey Allah and his messanger at all times
But after that who else did he tell us to listen to and be close to
Your mother. Yes......well done

Who should i give my love to my respect and my honour to
Who should i pay gud mind to after Allah and Rasulullah
Comes your mother....who next....your mother..who next ..your mother...and then your father..
Coz who used to hold u n clean u n cloth u
Who used to feed u and always be with u
When u were sick stay up all night
Holding u tight thats right no other... my mother

Who should i take gud care of giving all my love
Who should i think the most of after Allah n Rasulullah
Comes your mother....who next....your mother..who next ..your mother...and then your father..
Coz who used to hear u before u could talk
Who used to hold u before u could walk
N when u failed who pick u up
Clean ur cut no one but your mother......my mother

Who should i stay right clozed to listen most to
Never say no to after Allah n Rasullulah
Comes your mother....who next....your mother..who next ..your mother...and then your father..
Coz who used to hug u n buy u new cloth
Comb your hair n blow your nose
N when your cried who wipe your tears
Knows your fears who really cares..my mother

Say alhamdulillah
Thank u Allah...thank u Allah for my mother

Tazkirah Mudah


assalamualaikum wrt...kisah ini sangat menarik utk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah2 ringkas. perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pendengar.wAllahua'lam...Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.


Si guru berkata, "Saya punya permainan...Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.


Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya."" Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.""Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu...""Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet.


Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka.


Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.""Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."" Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan...""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.""Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka...


Dan itulah yang mereka inginkan.""Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi..apa lagi yg tercengang2 tu??


ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!semoga kita semua beroleh manfaat daripadanya...insyaAllah..

Friday, 2 October 2009

Harapan


kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan

jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa sahaja yang di cinta

Hanya Disisimu


Jadikanlah Tuhan sebagai kawan

Bawa Dia ke mana-mana

senang untuk bertanya

Engkau tidak terasa keseorangan

Engkau terasa ada kawan setia yang mengiringi

Waktu hendak berbuat sesuatu tanyalah Tuhan

Waktu hendakkan sesuatu minta tolonglah kepada-Nya

Jika terasa takut ingatlah bahawa

Kawan kan ada bersama kita,walaupun Dia tidak di samping kita

Dia sentiasa memerhati dan mendengar rintihan kita

Waktu buntu tanyalah Tuhan,

Kawan yang tidak pernah kecewakan kita

Engkau akan dapat pedoman dan panduan

Waktu rehat-rehat jangan lupa Kawan Setia kita

Kerana Tuhan tahu tentang kita

Mengapa kita melupakan

DiaYang sentiasa berada dengan kita,

walaupun tidak di sebelah kita

Waktu hendak tidur, beritahulah Dia bahawa jagalah aku

Engkau boleh jaga aku kerana Engkau tidak tidur

Di kala kita terjaga, berterima kasihlah kepada-Nya

Kerana

Dia telah menjaga dan mengejutkan kita

Sucikanlah Dia dengan mengucap tasbih

Kerana Dia bukan kawan biasa yang serupa

Barukan ikrar kita kepada-Nya,

bahawa

Dia adalah Tuhan kita

Selepas solat kemudian pergi menunaikan kewajipan

Bawalah lagi Dia ke mana-mana

Jadikanlah Dia tempat menerima nasihat dan tempat bertanya

Apa sahaja hendak buat jangan lupa tanyalah Dia

Kalaulah Tuhan kita, boleh kita jadikan kawan hidup kita

Kita pasti selamat dunia Akhirat

Jawatan Kosong


o IKLAN JAWATAN KOSONG

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN


KEKOSONGAN JAWATAN:

A.. Ahli Syurga Dari Awal.

B. Ahli Neraka Dari Awal.

C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.


EMPAT GANJARAN LUMAYAN

(khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.

2. Perlindungan di Padang Mahsyar..

3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.

4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:Di dalam kubur (alam barzakh).


KELAYAKAN:Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.Anda tidak perlu bawa teman ,wang atau harta serta emas yang anda kumpul.Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir

Bicara Iblis


(Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)


Aku melihatmu kemarin,

saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu.

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan 'Bismillah' sebelum memulai santapanmu,

juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu.

Kau benar2 orang yang bersyukur,

Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh!!!Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, kerana aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga,

dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya.

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Bohong Sunat Atau Betul-Betul Bohong?


Adakah Berbohong Yang Dibolehkan?




Pada dasarnya Islam melarang seorang muslim untuk berbohong.

Bahkan berbohong dalam Islam dipandang sebagai salah satu sifat kekufuran dan kemunafikan. Di dalam Al-Qur�an Alloh SWT berfirman:�Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan hanyalah mereka yang tidak mengimani (mempercayai) tanda-tanda kekuasaan Alloh. Mereka adalah kaum pendusta�. (An-Nahl: 105) Rasulullah SAW pun menggolongkan mereka yang berdusta termasuk orang-orang yang memiliki karekteristik kemunafikan.


Beliau bersabda:�Empat hal jika semuanya ada pada seseorang ia adalah munafik semurni-murninya munafik. Jika satu di antara yang empat itu ada pada dirinya maka padanya terdapat saru sifat kemunafikan hingga ia dapat membuangnya; Jika berbicara ia berduta, jika diberi amanah ia khianat, jika berjanji ia melanggar dan jika membantah ia berbohong. (HR. Bukhori Muslim) Dalil-dalil di atas menunjukan dengan tegas bagaimana kecaman Islam terhadap kebohongan dan orang-orang yang melakukannya.


Namun demikian Rasulullah SAW memberikan pengecualian terhadap tiga kebohongan yang boleh (mubah)dilakukan oleh seorang muslimDari Ummu Kultsum RA ia berkata:�Saya tidak pernah mendengar Rasulullah SAW memberi kelonggaran berdusta kecuali dalam tiga hal: [1] Orang yang berbicara dengan masud hendak mendamaikan, [2] orang yang berbicara bohong dalam peperangan dan [3] suami yang berbicara dengan istrinya serta istri yang berbicara dengan suaminya (mengharapkan kebaikan dan keselamatan atau keharmonisan rumah tangga)�. (HR. Muslim) Tidak mungkin dapat diterima jika orang yang hendak mendamaikan pihak-pihak yang berselisih menyampaikan apa yang oleh satu pihak kepada pihak lain. Itu pasti akan lebih mengobarkan api yang sedang menyala.


Ia harus berusaha meredakan suasana, jika perlu ia boleh menambah-nambah dengan berbagai perkataan yang manis dan tidak menyebut cercaan atau umpatan pihak yang satu terhadap pihak yang lain.Dalam suasana perang pun tidak masuk akal jika orang memberi informasi kepada musuh, membuka rahasia pasukannya sendiri, atau memberitahu musuh tentang informasi-informasi yang mereka butuhkan. Rasulullah SAW bersabda:


�Perang itu adalah tipu daya� Demikian pula, tidak bijaksana jika seorang istri berkata terus terang kepada suaminya tentang perasaan kasih sayangnya terhadap lelaki lain sebelum pernikahannya dengan suami sekarang padahal perasaan itu sendiri sudah hilang ditelan waktu.Atau pun suami mengkritik secara terbuka makanan yang dengan susah payah dimasakan oleh istrinya bahwa ini tidak enak lah, kurang anulah. akan menjadi lebih baik jika suami mengatakan makanan ini sangat lezat (meskipun pada kenyataannya memang tidak) hanya saja mungkin perlu tambahan ini dan itu.

Thursday, 1 October 2009

Wahai Isteri


Wahai ISTERI ...renungkanlahPernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia.Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.Tidaklah setaqwa IbrahimTidak setabah AyyubTidak segagah MusaApalagi setampan YusufJusteruSuamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunketurunan yang soleh...Pernikahan atau perkah winan mengajar kita kewajiban bersamaSuami menjadi pelindung, kamu penghuninyaSuami nakhoda kapal, kamu pengemudinyaSuami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannyaSaat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananyaSekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnyaSeandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya...Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dantaqwaUntuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. keranaMemilik suami yang tak segagah mana..JusteruKamu akan tersentak dari alpaKamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjagaBukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsaraCuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAHAmin...Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERIJangan menuntut terlalu tinggiSeandainya diri sendiri jelas tidak berupayaSUAMI dan ISTERI ingatlah:Mengapa mendambakan isteri sehebat KhadijahAndai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.Tidak perlu isteri secantik BalqisAndai diri tidak sehebat SulaimanMengapa mengharapkan suami setampan YusufSeandai kasih tak setulus ZulaikhaTidak perlu mencari suami seteguh IbrahimAndai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...