KERABAT MAYA
Sunday, 20 March 2011
Hukum makan Ulat Sagu
Pelbagai persoalan timbul mengenai hukum memakan ulat sagu ini. Ada yang kata halal, rasionalnya ia mengandungi protein yang tinggi dan tidak berdarah seperti belalang. Ada juga yang kata haram kerana ia menjijikkan. Terfikir sejenak mengenai perkara itu.
Apa yang aku belajar sebelum ini, ulat buah boleh dimakan. Itupun jika termakan bersama buah tanpa disedari. Aku dan rakan2 tidak pula alert untuk bertanya mengenai hukum memakan ulat sagu kepada ustaz kami. Ditanya kepada beberapa orang Islam Sarawak sendiri, mereka sendiri tidak pasti mengenainya malah ada juga diantara mereka yang pernah merasainya.
So, dalam masa terluang ini, aku cuba merujuk beberapa sumber untuk mencari jawapannya. Di sini, aku ingin berkongsi mengenainya.
Aku mencari info berdasarkan ruang lingkungan Mazhab Syafi'i kerana majoriti umat Islam di Malaysia berpegang pada mazhab ini. Dalam mazhab Syafi`i, hukum memakan segala jenis ulat adalah haram!
Yang dikecualikan hanyalah ulat yang wujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang dan ulat yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut tanpa disedari.
Jika ulat-ulat tersebut terlebih dahulu dipisahkan dari buah-buahan, maka hukum memakan ulat tersebut adalah tetap haram! Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445.
Menurut Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-
Bahawasanya telah dinaskan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia."
Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini.
Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan kera menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya seperti rasa udang, baik beli udang. Atau makan je umai (gambar dibawah)..Makanan popular di Mukah ini yang diperbuat daripada ikan mentah yang bakal aku rasa tidak lama lg. hehe! Kata orang sini seperti ala2 sushi gitu...
Di dunia ini, sumber utama makanan kita manusia adalah haiwan dan tumbuhan. Bagi ketegori haiwan, ia dibahagi pula kepada 2 jenis iaitu haiwan darat dan haiwan air. Semua haiwan darat halal dimakan kecuali :
1. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
2. Babi
3. Anjing
4. Haiwan yang bertaring yang menggunakan taringnya untuk mencakar dan membunuh. Contoh : Haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya.
5. Burung yang mempunyai kuku pencakar atau makan menyambar umpamanya burung helang, burung hantu dan sebagainya.
6. Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya iaitu seperti tikus, kala, jengking, lipan dan seumpamanya.
7. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya iaitu seperti semut, lebah dan burung belatuk.
8. Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.
9. Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya dan seumpamanya.
Bagi haiwan air lak, semua leh dimakan asalkan tidak membawa kemudharatan dan penyakit atau apa2 simptom buruk apabila memakannya.
Sebagai tambahan, di sini juga aku nak relatekan dengan hukum memakan landak dan tenggiling yang mana kedua2nya merupakan pemakan semut tegar tetapi mengapa landak boleh dimakan sedangkan tenggiling tidak? Samalah masalahnya mengenai ulat sagu yang dibandingkan dengan belalang yang kedua2nya tidak berdarah.
Wallahualam..
sumber :engkuafizan.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment