KERABAT MAYA

Saturday, 6 August 2011

Langkah Pertama Menjadi Seorang Muslim


Bagaimanakah kita hendak menjadi seorang Muslim yang sebenar? Ini memerlukan satu penelitian yang teliti dan butir-butir yang terang.

Sekarang mari kita tumpukan pemikiran kita untuk memahami apakah erti perkataan ‘Muslim’ itu. Adakah manusia menjadi Islam kerana ia dilahirkan dalam Islam? Adakah Muslim itu nama bagi sesuatu bangsa?

Adakah seseorang itu menjadi Muslim dengan sebab ia adalah anak atau cucu bagi seorang Muslim? Adakah seseorang itu diperanakkan sebagai Muslim sebagaimana seorang anak Hindu diperanakkan sebagai Hindu? Adakah Muslim ini nama sesuatu kasta atau kelas seperti yang terdapat pada orang-orang Hindu? Adakah kita Muslim sebab kita dilahirkan di dalam masyarakat yang dipanggil masyarakat Muslim? Apakah jawaban kita? Jawaban kita sudah tentu tidak. Orang yang sedemikian bukanlah Muslim yang sebenarnya. Seseorang itu Muslim sebab ia menerima Islam. Kalau ia menolak Islam, ia bukan lagi Muslim. Samada seseorang itu orang Brahmin, atau Inggeris, atau Negro atau Cina, atau apa-apa bangsa sekali pun, ia akan diterima masuk ke dalam kumpulan masyarakat Islam bila ia menerima dan mengakui akan Islam. Akan tetapi, seseorang itu akan disingkirkan daripada masyarakat Islam apabila ia menolak dan menidakkan Islam walaupun ia adalah anak seorang alim ulama ataupun ustaz

Sekarang fahamlah kita bahawa nikmat serta kurnia terbesar Allah Subha Nahu Wa Ta’ala kepada kita ialah Islam. Ia bukanlah sampai kepada kita atas sebab keturunan atau bangsa. Ia bukanlah suatu benda yang secara spontan sahaja berada pada kita samada kita ambil peduli atau tidak. Islam adalah suatu nikmat yang kita perlu diusahakan untuk mendapatkannya. Jika kita berusaha bertungkus-lumus untuk mendapatkannya, kita akan layak menerimanya. Akan tetapi, jika kita tidak memperdulikannya, maka nikmat yang paling berharga ini adakan ditarik balik daripada kita. Na’uzubilla himinzalik-Semoga Allah menjauhkan hal demikian daripada kita.

Erti menerima Islam

Kita semua sekarang sudah tahu bahawa seseorang itu Muslim bila ia menerima Islam. Walaubagaimanapun, satu tanda tanya timbul di kepala kita. Apakah erti menerima Islam itu? Bagaimanakah kita boleh dianggap atau dikatakan telah menerima Islam? Memadaikah kita ini dikatakan menerima Islam dengan hanya berkata: “Saya telah menjadi seorang Islam atau saya telah menerima Islam?”

Adakah seseorang itu dikatakan menerima Islam bila ia boleh melafazkan beberapa patah perkataan Arab tanpa memahami maksudnya sebagaimana seorang Hindu membaca beberapa ayat mentera Sanskrit yang dia sendiri tidak mengerti? Jawapan kita sudah tentu begini: “Seseorang itu dikatakan menerima Islam apabila ia menerima keIslamannya itu dengan sedar (siuman) dan sengaja (tanpa paksaan) dan beramal serta bertindak sesuai dengan kehendak Islam itu sendiri.”

Apakah itu KUFUR dan apakah itu ISLAM ?

Kufur bererti keengganan manusia untuk melaksanakan perintah-perintah Allah. Islam bererti ketaatan kepada Allah sahaja. Islam bererti keengganan kita untuk mengakui (menerima) segala cara-cara (sistem-sistem), undang-undang serta peraturan-peraturan yang bertentangan dengan panduan-panduan Allah. Perbezaaan Islam dan Kufur ini telah diterangkan di dalam al Quran. Firman Allah :

“ Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.”
(Al-Maaidah : 44)

Memutuskan sesuatu atau menghakimkan sesuatu, tidak semestinya dilakukan (dengan berpandukan Kitabullah) terhadap kes-kes dimahkamah sahaja. Sebenarnya hal ini dilakukan pada setiap kali seorang itu perlu membuat keputusan. Juga pada setiap ketika di dalam hidup seseorang itu yang memerlukan perlaksanaan sesuatu keputusan.

Kerap kali timbul keadaan di mana kita terpaksa membuat keputusan samada hendak melaksanakan sesuatu perkara atau tidak ? Kadang-kadang kita juga terpaksa memikirkan cara bagaimana sesuatu perkara itu patut dijalankan. Juga kadangkala timbul persoalan samada hendak menggunakan cara ini atau cara yang itu bagi menyelesaikan sesuatu perkara. Cara untuk kita mencapai suatu keputusan di dalam semua keadaan tadi telah termaktub di dalm Kitabullah (iaitu Al Quran) dan sunnah Rasulullah SAW. Cara yang lain dari cara tersebut ialah cara yang hanya digerakkan oleh nafsu tamak, adat turun temurun (ancenstral customs) atau undang-undang buatan manusia. Kalau seseorang itu mengenepikan cara (sistem) yang telah disarankan oleh Allah SWT dengan mengambil cara yang lain untuk tindakannya, maka sebenarnya ia sedang mengikuti jalan (wasilah) kekufuran.

Jika ia mengambil jalan kekufuran tadi untuk keseluruhan hidupnya, maka ia adalah kafir yang sepenuhnya. Jika ia mentaati panduan-panduan Allah dalam menyelesaikan beberapa perkara akan tetapi di dalam beberapa perkara yang lain kita memberi keutamaan kepada nafsu kita atau kepada adat-adat jahiliyyah kuno atau kepada undang-undang buatan manusia untuk menyelesaikannya, maka ini bermakna kita telah melibatkan diri kita ke dalam kancah kekufuran pada peringkat seorang penderhaka. Seseorang boleh menjadi kafir separuh (1/2) atau satu suku (1/4) atau satu persepuluh (1/10) atau satu perduapuluh (1/20). Ringkasnya, kekufuran itu dikira mengikut sejauhmana ia telah menderhaka terhadap undang-undang atau peraturan Allah.

Islam ialah perhambaan (sepenuhnya) manusia terhadap Allah SWT. Ini bermakna ia tidak menjadi hamba kepada dirinya; nenek moyangnya; atau keluarganya; dan bangsanya; atau tuan guru dan ulamaknya; atau tuan tanah dan tuan hakimnya dan tuan pemungut cukainya. Ianya adalah perhambaan kepada Allah SWT sahaja.

http://zharifalimin.blogspot.com

Saturday, 30 July 2011

Bila Guru Mentafsir Cinta


GURU FIZIK
Cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (tentulah sidia)

GURU BIOLOGI
Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya

GURU KIMIA
Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya

GURU MATEMATIK
Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar

GURU PENDIDIKAN ISLAM
Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa (cinta la YG 1 ALLAH itu cinta yg hakiki dpt kan cinta yg halal d dunia dan akhirat)

GURU PENDIDIKAN MUZIK
Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan

GURU EKONOMI
Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung

GURU SEJARAH
Cinta hanya akan menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar. Tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibatnya.

GURU GEOGRAFI
Cinta adalah seperti 4 musim yang melanda kebanyakan Negara Eropah….kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkalanya luruh

GURU BAHASA
Cinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya

Yg pasti tafsir la cinta mengikut kehendak Allah yg satu…bertemu berpisah semua kerna Allah…..
Indah ya cinta kalau agama d serta bersama…cinta ALLAH DAN RASUL ADLH YG UTAMA DAN DI UTAMA JGN TERPEDAYA KERNA CINTA DUNIA YG SEMENTARA…

Sunday, 19 June 2011

AYAH, ADAKAH MANUSIA TIDAK MASUK NERAKA JIKA HARI HUJAN?

Bismillahirrahmanirrahim.....

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

Wallahua'lam..

Friday, 20 May 2011

Hambamu (Lagu tema Imam Muda)

Owh ho..
Owh ho..

Mawi:
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Akhil Hayy:
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

(dua-dua)
Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Dekatkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Owh ho owh ho
Hambamu Allah

Mawi:

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Akhil Hayy:

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

(dua-dua)
Suluhkan cahaya dihati terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Dekatkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya disisimu ku berserah
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Monday, 16 May 2011

GHUROBA'-

GHUROBA'-
Artist: Sa’ad al Ghamidi

Laisal gharibu huwalladzi faraqad diyara wadda’al aan
Walakinnal ghariba huwalladzi yajiddu wan naasu min haulihi yal’abun
Wa yash-hu wan naasu min haulihi yanaamun
Wa yasluku darbal khairi wan naasu fii dhalalihim yatakhaththathun
Wa shadaqasy syaa’iru idz yaquul:
Qaala lii shahiibun araaka ghariiba
Baina haadzal anaami duuna khaliili
Qultu, kalla! Balil anaamu ghariibun, ana fii ‘aalami wa haadzihi sabiilii
Haadza huwal ghariib: Ghariibun ‘indal ‘aabitsiina minal basyar
Walakinnahu ‘inda rabbih, fii maqaamin kariim

Bukanlah orang asing itu mereka yang berpisah dari negeri mereka dan mengucapkan selamat tinggal sekarang
Tapi orang asing itu ialah mereka yang tetap serius dikala manusia di sekelilingnya asyik bermain-main
Dan tetap terbangun ketika manusia disekelilingnya asyik tidur dengan lenanya
Dan tetap mengikuti jalan lurus dikala manusia dalam kesesatannya tenggelam
tanpa arah

Dan betapa benarnya sebuah syair ketika dia berkata
Berkata kepadaku para sahabat, ‘aku melihatmu sebagai orang asing’
Di antara orang banyak ini engkau tanpa teman dekat
Maka aku berkata, sekali-kali tidak! Bahkan orang banyak itulah yang asing, sedang aku berada di kehidupan dan inilah jalanku
Inilah orang asing itu
Asing di sisi mereka yang hidup sia-sia di antara manusia
Tetapi disisi Rabb-nya, mereka berada di tempat yang mulia

Ghurabaa`, ghurabaa`,
ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`,
ghurabaaa` ghurabaa`

Ghurabaa` wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa` war tadhainaa haa syi’aaran lil hayaah
Ghurabaa` wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa` war tadhainaa haa syi’aaran lil hayaah

Ghurabaa`, dan kepada selain Allah mereka takkan menunduk
Ghurabaa`, dan mereka telah rela Ghurabaa` sebagai syi’ar dalam kehidupan
Ghurabaa`, dan kepada selain Allah mereka takkan menunduk
Ghurabaa`, dan mereka telah rela Ghurabaa` sebagai syi’ar dalam kehidupan

In tasal ‘anna fa inna laa nubaali bith-thughaat
Nahnu jundullaahi dauman darbunaa darbul-ubaa
In tasal ‘anna fa inna laa nubaali bith-thughaat
Nahnu jundullaahi dauman darbunaa darbul-ubaa

Jika engkau bertanya tentang kami, maka kami tak peduli terhadap para taghut
Kami adalah tentara Allah selamanya, jalan kami adalah jalan yang sudah tersedia
Jika engkau bertanya tentang kami, maka kami tak peduli terhadap para taghut
Kami adalah tentara Allah selamanya, jalan kami adalah jalan yang sudah tersedia

Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khuluud
Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khuluud
Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadiid
Ghurabaa` hakadzal ahraaru fii dunyal ‘abiid
Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadiid
Ghurabaa` hakadzal ahraaru fii dunya-al ‘abiid

Kami tak peduli terhadap rantai para taghut, sebaliknya kami akan terus berjuang
Kami tak peduli terhadap rantai para taghut, sebaliknya kami akan terus berjuang
Maka marilah kita berjihad, dan berperang, dan berjuang dari sekarang
Ghurabaa`, dengan itulah mereka merdeka dari dunia yang hina
Maka marilah kita berjihad, dan berperang, dan berjuang dari sekarang
Ghurabaa`, dengan itulah mereka merdeka dari dunia yang hina

Kam tadzaakarnaa zamaanan yauma kunna su’adaa`
Bi kitaabillaahi natluu-hu shabaahan wa masaa`
Kam tadzaakarnaa zamaanan yauma kunna su’adaa`
Bi kitaabillaahi natluu-hu shabaahan wa masaa`

Betapa sering saat kita mengenang hari-hari bahagia kita
Dengan Kitabullah kita membaca, di pagi hari dan di sore hari
Betapa sering saat kita mengenang hari-hari bahagia kita
Dengan Kitabullah kita membaca, di pagi hari dan di sore hari

Qaala Rasulullahi Shallallaahu ‘alaihi was Sallam
Bada-al Islamu ghariiban wa saya’uudu ghariiban kamaa bada-a
Fathuuba lil ghurabaa`

Bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi was Sallam
Islam itu bermula dari asing, dan akan kembali asing seperti mulanya
Maka beruntunglah orang-orang yang asing


Ad-Dammam 2 05 Ghuroba\'

This mp3 found @ weblagu.com



سنخوض معاركنا معهم

سنخوض معاركنا معهم
وسنمضي جموعا نردعهم
ونعيد الحق المغتصب
وبكل القوة ندفعهم

بسلاح الحق البتار سنحرر أرض الأحرار
ونعيد الطهر إلى القدس
من بعد الذل وذا العار


و سنمضي ندك معاقلهم بدوىّ دامٍ يقلقهم
وسنمحو العار بأيدينا وبكل القوة نردعهم

لن نرض بجزء محتل
لن نترك شبرا للذل
ستمور الأرض وتحرقهم
في الأرض براكين تغلي


Kita akan terus melawan mereka
Kita akan pergi sebagai kelompok untuk menghentikan mereka
Kita akan mengembalikan hak kita yang terbunuh
Dengan semua kekuatan kita akan mendorong mereka keluar

Dengan senjata kebenaran
Kita akan bebaskan tanah kita
Kita akan mengembalikan kesucian Al-Quds kedalam Islam
Setelah kelemahan & kehinaan kita
Setelah kelemahan & kehinaan kita
Kita akan robohkan benteng-benteng mereka
Dengan suara yang kuat mereka akan ketakutan
Kita akan menghapus kehinaan kita dengan tangan kita sendiri
Dengan semua kekuatan kita akan menghentikan mereka
Kita tidak akan pernah menerima bagian tanah yg tercabik
Kita tidak akan pernah biarkan sedikit tanah bagi mereka untuk menghina kita.
Bumi akan menyalakan api dan membakar mereka
Gunung berapi didalam bumi yang mendidih


Sanakhudu

This mp3 found @ weblagu.com


Sunday, 15 May 2011

Guru oh Guru




Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Tuesday, 3 May 2011

bila KUMPULAN AMUK bernasyid


Moga anda akan dapat menghayatinya dengan cara tersendiri dari kumpulan rock terkenal AMUK

PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


AMUK - PERGI TAK KEMBALI

This mp3 found @ weblagu.com

Sunday, 1 May 2011

Sambutan Hari Ibu Haram?


Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia :

“One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala :

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata:

“Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”

Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda :

“Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”


[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.

Namun begitu ada juga beberapa ulamak yang membolehkan sambutan hari ibu antaranya :

1) Dr. Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti hafizahullah

Jika cara sambutan Hari Ibu sebagaimana cara yg diamalkan masyarakat barat iaitu mengenepikan ibu, tidak menunaikan hak-haknya, tidak berlaku baik kepadanya sepanjang tahun kemudian memberikan perhatian sepenuhnya, mengisytiharkan kasih sayang dan berbuat baik kepadanya hanya pada Hari Ibu sahaja, maka jika begitu ianya bidaah yg diharamkan.

Jika sambutan Hari Ibu itu ialah satu juzuk daripada bentuk mempamerkan kebaikan yg berterusan kepada ibu dan kasih sayang terhadapnya sepanjang tahun, maka tidak salah untuk turut serta bersama orang-orang lain dalam usaha menegaskan hakikat sebenar berbuat baik kepadanya serta menyayanginya bersempena tibanya Hari Ibu.


2) Dr. Rajab Abu Malih:

"Maka ada dua kumpulan ulama dalam masalah ini:

1-Ulama yg berpendapat perayaan atau sambutan yg datang dari luar agama maka, ia dikira keji dan kita tidak perlu mengikutnya atau taklidnya. Dalam agama kita sudah cukup utk menjadikan kita yg memandu bukan dipandu, diikuti bukan mengikuti.

2-Ulama yg berpendapat perayaan atau sambutan ini termasuk dalam kategori adat2 kebiasaan. Maka, hukum asalnya ialah harus. Selagi mana sambutan ini bertepatan dgn Islam dan garis panduannya dan mempunyai asal dalam syariat kita maka tidak haram dan tidak makruh.

Walaupun kita hormati pendapat pertama dan hormati sesiapa yg berpendapat sedemikian, kita berpegang kepada pendapat kedua iaitu harus tetapi mestilah mengikut garis2 panduan."



3) Dr. Muhammad Bakr Ismail, pensyarah Tafsir dan Ulum Quran Uni. Al-Azhar:

"Sambutan ini dikira bidaah dari sudut adat kebiasaan bukan bidaah dari sudut ibadat. Bidaah adat tidak disuruh mahupun dilarang oleh Islam kecuali apabila ia berkait dgn agama samada secara dekat mahupun jauh. Maka apabila adat2 ini menzahirkan kesetiaan dan mengiktiraf serta mengajak supaya berbuat baik kpd sesiapa yg layak menerima kebaikan itu spt ibubapa dan nenek dan datuk, maka Islam menerima adat2 sebegini.

Tetapi jika adat2 ini menzahirkan yg sebaliknya, berlaku pula perkara2 yg dilarang spt pembaziran, hiburan2 yg sia2, maka ia dilarang oleh Islam."


4) Dr Abd Fatah Asyur, ulama Al-Azhar:

"Sambutan hari2 tertentu yg memuliakan manusia atau memperingati peristiwa2 yg baik tidak disebut oleh sesiapapun sebagai sambutan keagamaan tapi ia ialah peluang utk menzahirkan perasaan yg bagus terhadap orang2 yg melakukan kebaikan kpd kita antaranya apa yg disebut sebagai Hari Ibu.

Ibu mempunyai kedudukan yg khusus dalam agama Allah bahkan dalam setiap agama maka oleh sebab itu, ibu wajib dimuliakan, dihormati dan disambutnya."


5) Syeikh Hamid Al-Attar, Anggota Persatuan Ulama Sedunia

"Sambutan Hari Ibu pada satu hari yg ditetapkan, di sisiku sekurang-kurangnya makruh hukumnya. Dan tidak jauh utk jadi haram, bukan sebab bidaah tapi sebab taqlid orang bukan Islam dalam adat2 dan perayaan2 mereka. Dalilnya "Sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangannya." Riwayat Abu Daud.

Sayyiduna Umar tulis kepada umat Islam yg tinggal di negara Iran, "Jauhilah kamu akan pakaian orang2 syirik." Riwayat Ahmad.


6) Dr. Muhammad Abd Latif Banna

Beliau berpendapat tiada larangan utk menyambut perayaan dgn syarat:

1-Dalam sambutan itu, tiada perkara yg ditegah syarak spt ikhtilat.
2-Tidak bertujuan meniru/menyerupai orang barat.
3-Sambutan ini termasuk sambutan sepanjang tahun


Hujan - selamat hari ibu

This mp3 found @ weblagu.com


KETAWA DIDUNIA, MENANGIS DI AKHIRAT


Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda' yang maksudnya Banyak tertawa dan terbahak-bahak itu mematikan hati'.

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malas dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidakmenyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya dari ketawa terbahak-bahak yang melampaui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa terbahak-bahak, akan hilang satu pintu dari pada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa terbahak-bahak? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sembarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa akhir. Penderitaan di dunia hanya seketikatetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkankeadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyadarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita sendirian dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turut menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda yang maksudnya : "Barangsiapa tertawa-tawa (terbahak-bahak) niscaya dia akan dilaknat oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka. "Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak. "

contoh ketawa yang amat buruk :

Ringtone lucu ketawa by atun

This mp3 found @ weblagu.com

Ya Allah



Lyrics | Wali Band lyrics - Ya Allah lyrics



Wali Band ~ Ya Allah

This mp3 found @ weblagu.com

Saturday, 30 April 2011

Taubat ala Fauziah Ahmad Daud


Satu ketika dulu :

Tambah Imej

Pengakuan Fauziah Ahmad Daud : Bagaimana Saya Boleh Berubah!

Selalunya selepas qiyamullail dan sembahyang sunat witir, apabila orang semua balik, saya akan mencari tempat di hadapan pintu Kaabah untuk mengerjakan sembahyang sunat taubat, sembahyang sunat hajat dan sembahyang sunat tasbih. Setelah selesai, saya akan buat tawaf sunat dan sembahyang sunat tawaf sendirian. Kemudian saya berdoa, Begitulah kebiasaannya. Saya selalu balik lewat ke hotel.

Pada suatu malam, sewaktu mengerjakan sembahyang sunat, saya menangis dan menangis. Saya teringat selama ini saya lalai, dan telah menzalimi diri saya sendiri. Saya terus memohon dan memohan keampunan daripada Allah. Saya tidak putus asa memohon.

Sebenarnya sudah lama saya memohon petunjuk dan hidayah daripada Allah. Biasanya selepas merakamkan Melodi dan melaser orang, saya akan balik ke rumah memohon ampun daripada Allah atas apa yang saya lakukan.

Mengacarakan Melodi adalah kerja saya. Tetapi saya berpegang kuat bahawa tiada Tuhan lain bagi saya melainkan Allah. Itulah sebabnya saya bermohon sangat supaya saya diberikan hidayah dan petunjuk.

Saya banyak melakukan sembahyang sunat taubat dan sembahyang tahajud, hampir setiap malam, sebelum pergi membuat umrah. Saya memohon kepada Allah supaya saya diizinkan untuk beribadah. Saya juga memohon supaya perjalanan saya di sana dipermudahkan.

Alhamdulillah, apa yang saya mohon semuanya dikabulkan. Tawaf saya dipermudahkan, dan di tempat-iempat dimana doa dikira mustajab, saya diberikan kesempatan untuk beribadah.

Saya tidak putus-putus berdoa, memohon petunjuk dan hidayah Allah. Di Malaysia, di Madinah, di Masjid Nabawi, di makam Rasulullah, sehinggalah di hadapan Kaabah. Alhamdulillah, doa saya dikabulkan.

Sewaktu di sana juga saya menerima banyak dugaan. Ada orang melemparkan kata-kata yang amat kesat kepada saya. Di tanah suci Mekah, di hadapan jamaah-jamaah yang lain. Tetapi alhamdulillah, saya boleh tersenyum. Kemudian ada seorang di kalangan jamaah itu memberitahu saya, "Ogy, kalau Allah ingin mengangkat martabat seseorang, memang inilah yang harus dilalui." Saya kata, alhamdulillah, saya mampu kontrol diri, dan saya boleh jaga mulut saya. Saya senyum, dan saya minta maaf pada orang itu, walaupun saya tidak buat apa-apa kesalahan pada dia. Tiba-tiba saya terfikir, oh barangkali saya pernah laser orang sewaktu mengendalikan Melodi.

Sebenarnya saya telah bersiap sedia untuk menghadapi ujian Allah. Semakin kita mendekatkan diri kepada Allah semakin banyak dan berat ujian yang perlu kita hadapi. Apa yang saya lalui ini umpama nyamuk sahaja. Rasulullah lebih teruk diuji. Saya kadang-kadang terfikir, bagaimanalah Rasulullah menghadapi ujian yang lebih besar! Oleh itu saya mesti kuatkan hati saya. Semakin saya diuji semakin saya sujud pada Dia.

Pernah pada suatu hari di sana, ketika menunaikan solat Maghrib, saya terasa seperti hendak pitam. Selepas solat saya begegas balik ke hotel untuk berbuka puasa. Badan terasa seram sejuk, macam nak demam. Saya berkata pada diri saya, "Ini semua dugaan". Kemudian saya mandi dan ambil wuduk. Selepas itu saya bermohon pada Allah, "Ya Allah, janganlah buat aku sakit. Aku rindu sangat nak tengok Kaabah-Mu." Tidak sampai lima minit selepas itu badan saya pun pulih, sehinggakan kawan-kawan sebilik dengan saya berkata,

"Ogy, tempat ni memang tempat miracle ya?" Saya kata, "Ya, sebab di sini kita terlalu dekat dengan Dia. Kita dapat direct access dengan Dia." Sewaktu di sana saya memang rasa terlalu dekat dengan Allah. Pengalaman paling mengharukan saya, yang tidak mungkin saya lupakan ialah, pada suatu malam saya terlewat pergi untuk mengerjakan qiyamullail. Sebaik sahaja saya sampai di Masjidil Haram, saya jadi tepaku menyaksikan di sekitar Kaabah. Berjuta orang sujud serentak apabila imam melaungkan "Allahu akbar." Manusia daripada pelbagai lapisan semuanya sujud pada Allah.

Saya berkata dalam hati, "Ya Allah, semua orang tak kira siapa, sujud pada Engkau," dan saya menangis. Saya memang kuat menangis. Saya tak dapat kontrol diri. Saya terus menangis. Saya tidak pernah mengalami perkara macam ini.

Pada satu ketika yang lain, saya melihat ribuan orang bergegas masuk ke Masjidil Haram untuk beribadah. Saya termenung dan berkata pada diri saya, "Agaknya beginilah bila kita semua berhadapan dengan Dia. Semua orang berusaha menyelamatkan diri masing-masing." Timbul kesedaran dan keinsafan dalam diri saya, satu persatu.

Dan pada suatu hari, dalam bulan Ramadhan, saya tak ingat malam ke berapa, sedang saya memohon sambil menangis-nangis di hadapan pintu Kaabah, saya terdengar satu bisikan yang jelas di telinga kanan saya. Bisikan yang bergema. Saya jadi takut. Suara bisikan itu suara seorang lelaki. Saya dengar dia berkata,

"Sekarang sudah tiba masanya kamu menutup aurat dan tinggalkan bidang ini." Mendengar bisikan itu saya terus mengeluarkan kata-kata, "Aku redha ya Allah, aku rela," dan saya berjanji tidak akan berpatah ke belakang lagi. Selepas itu saya menangis dan sujud syukur. Begitu lama saya sujud sehingga orang ingat saya pengsan. Mereka goyang-goyangkan tubuh saya.

Allah sayang saya. Allah juga sayang semua hambaNya. Allah maha pengasih, maha penyayang. Apa lagi yang saya hendak? Di situlah terdetik di hati saya untuk menutup aurat. Saya juga bertekad untuk meninggalkan dunia yang saya ceburi selama ini.

Saya memang tak sangka perkara ini boleh berlaku. Selama ini saya cuma baca di majalah-majalah mengenai keajaiban yang belaku di sana. Maklum sahajalah saya ni artis. Jadi saya tak sangka perkara ini boleh berlaku pada saya. Walaupun sejak kecil lagi saya memang telah diterapkan dengan kalimah La-ilaha-illallah Muhammadun rasulullah, tetapi kadang-kadang saya lalai juga. Balik shooting pukul tiga empat pagi, penat, syaitan pula hasut macam-macam.

Saya telah berkecimpung dalam dunia hiburan sejak berumur 11 tahun. Sehingga kini sudah 26 tahun. Umur saya sekarang sudah 37. Award apa lagi yang saya hendak, semua-nya sudah diperolehi. Nak popular macam mana lagi? Satu Malaya dah kenal. Bahkan sampai ke Indonesia. Saya tidak kesal meninggalkan semua ini.

Kemudian saya terfikir, barangkali Allah tidak menilai hambaNya melalui penampilan, tetapi melihat pada hati kita.

Selepas peristiwa itu saya mulai mengalami ketenangan jiwa dan rohani yang belum pernah saya alami seperti itu. Hati saya berkata, "Inilah yang saya cari selama ini, ketenangan rohani." Saya tidak pernah mengalami ketenangan seperti yang saya alami sekarang. Selama ini jiwa saya berkecamuk. Bila kena gosip sikit saya melenting, dan hati saya meronta-ronta bila orang berkata tentang saya.

Sekarang saya bersyukur, alhamdulillah, saya rasa inilah petunjuk dari Allah, yang telah mengkabulkan doa-doa saya selama ini. Sekarang saya kena sayang Allah lebih lagi. Dia telah memberikan saya satu nikmat yang belum pernah saya rasai sebelum ini.

Dulu saya pernah membaca dalam buku-buku... Saya gemar membaca buku-buku agama. Saya baca mengenai kisah wali-wali dan juga sejarah nabi-nabi. Dulu saya tidak faham bila mereka mengatakan mereka jatuh cinta pada Allah, dan mabuk kepayang pada Allah, sanggup tinggalkan dunia semata-mata kerana ingin bersama Allah. Tetapi apabila saya dapat nikmat ini, dapat melihat keindahannya, barulah saya faham, oh ini rupanya! Sekarang apabila saya mengerjakan solat, saya berasa lain. Apabila ruku' atau sujud, saya berasa begitu dekat dengan Allah. Saya selalu menangis. Hati saya akan berkata "aku sayang pada-Mu Ya Allah", terutama apabila saya teringat selama ini masyarakat memandang saya begitu dan begini, tetapi Allah tidak. Allah tahu isi hati saya. Inilah yang saya cari selama ini. Saya harap Tuhan tidak menarik balik nikmat yang telah diberikan Nya kepada saya ini.

Sebelum saya pergi buat umrah dahulu saya kerap bermimpi saya memakai telekung. Saya tidak tahu apa alamatnya, Saya takut nak bertanya pada orang lain mengenai perkara itu. Saya diamkan sahaja. Tetapi setelah perkara ini berlaku, saya berkata pada diri saya, "Barangkali inilah dia alamat mimpi-mimpi itu." Berkat kesabaran saya serta didikan guru-guru saya seperti Ustaz Mokhtaruddin, Ustaz Abdul Hakim dan juga doa-doa daripada ibu bapa, Kak Mimah, dan suami saya, serta keyakinan saya bahawa orang yang sabar akan menang, saya kira inilah dia anugerah daripada Tuhan untuk saya.

Sekarang saya rasa happy sangat. Tak pernah saya rasa macam ni. Saya berdoa pada Allah, janganlah ditarik balik semua ini. Saya suka cara saya macam ni, berjubah, menutup aurat, dan tak pakai mekap. Yang penting saya tahu Dia sayang saya, dan Dia hanya menduga orang yang Dia sayang dan juga orang yang Dia beri perhatian.

Bukan mudah untuk menjadi seperti sekarang. Saya telah melalui pelbagai dugaan dan terpaksa bersabar. Bukan baru-baru ini sahaja, bahkan sejak beberapa tahun yang lalu. Sejak empat hingga lima tahun yang lalu. Saya melaluinya tahap demi tahap. Terutama sejak dua tahun yang lalu. Dua tahun yang lalu saya belajar mengecap nikmat sabar, sehingga emak saya pun hairan.

"Eh, engkau dah tak tahu marah ke?" kata mak saya. Saya senyum saja. "Entahlah mak. Tak tahu apa nak dimarahkan," kata saya. Dan saya terus bersabar sehinggalah saya memperolehi apa yang saya perolehi sekarang.

God is the greatest. Saat ini saya rasa seperti dilahirkan semula sebagai Muslim. Dan saya juga rasa seperti dalam pantang, takut salah cakap. Saya bimbang kalau saya sombong dan riya', Tuhan akan bolak-balikkan iman saya. Dan perkara itu cukup mudah bagi Tuhan melakukannya.

Sewaktu saya membuat tawaf wida' saya pernah berdoa sambil menangis-nangis di depan Kaabah. Saya berdoa "Ya Allah, janganlah jadikan kedatanganku ini sebagai kedatangan yang terakhir." Kini saya menjadi agen membawa orang pergi umrah dan haji, Alhamdulillah! Saya akan kerap ke sana. Saya boleh terus menghampiri Tuhan.

Bila Bob Lokman Berceramah


hayati ceramah Bob Lokman ;



30032011 BOB LOKMAN Peringatan

This mp3 found @ weblagu.com

Thursday, 28 April 2011

Sifat dua puluh : Keliru atau di kelirukan?


moga jawapannya jelas.....dengarlah dengan hati terbuka :


TG Nik Aziz - Asal Usul Sifat 20

This mp3 found @ weblagu.com

Wednesday, 27 April 2011

Tanggal 26hb hari bencana alam....??

SUBHANALLAH,

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berAKAL" - Al-Imran 190

Bencana Tahun 1500-2000:
26 Jan 1531 gempa bumi di Lisbon, Portugal, 30.000 orang tewas
26 Jan 1700 gempa di Laut Pasifik, dari Vancouver Island, Southwest Canada off British Columbia hingga Northern California, Pacific Northwest,USA. Dikenal sebagai megathrust earthquake.
26 Jul 1805 gempa bumi di Naples, Calabria, Italy, 26.000 orang tewas
26 Aug 1883 Gunung Krakatau meletus, 36.000 orang diperkirakan tewas
26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
26 Dec 1932 gempa bumi di Kansu, Cina, 70.000 orang tewas
26 Okt 1935 gempa bumi di Colombia
26 Dec 1939 gempa bumi di Erzincan, Turki, 41.000 orang tewas
26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang
26 Jul 1963 gempa bumi di Skopje, Yugoslavia, 1.000 orang tewas
26 Mei 1964 gempa bumi di S. Sandwich Island
26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA
26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepun
26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina
26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA
26 Okt 1997 gempa bumi di Italia

dan Tahun 2000 ....?

Tsunami di Aceh tanggal 26 Desember'04, Gempa Jogja 26 Mei 2006, Tasik gempa 26 Jun 2010, Tsunami Mentawai 26 Oktober 2010, Merapi Meletus 26 Oktober 2010.

Ada apa dengan 26.? Ternyata..dlm alquran, jus 26 surat asy-syu'ara yg didalamnya pngertian tenteng azab Allah... Subhanallah

Hukum Menonton Filem Porno


Sesungguhnya Allah swt telah memerintahkan orang-orang beriman untuk menjaga pandangan dari melihat aurat atau kehormatan orang lain, sebagaimana firman Allah swt

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ

Artinya : “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (QS. An Nuur : 30 – 31)

Senada dengan ayat diatas, Nabi saw juga telah melarang seseorang melihat aurat orang lain walaupun seorang laki-laki terhadap laki-laki yang lain atau seorang wanita terhadap wanita yang lain baik dengan syahwat maupun tanpa syahwat, sebagaimana sabdanya saw,”Janganlah seorang laki-laki melihat aurat laki-laki (lain) dan janganlah seorang wanita melihat aurat wanita (lain). Janganlah seorang laki-laki berada dalam satu selimut dengan laki-laki lain dan janganlah seorang wanita berada dalam satu selimut dengan wanita lain.” (HR. Al Baihaqi)
Di dalam film-film porno, batas-batas aurat atau bahkan inti dari aurat seseorang diperlihatkan dan dipertontonkan kepada orang-orang yang tidak halal melihatnya, ini merupakan perbuatan yang diharamkan baik orang yang mempertontokan maupun yang menontonnya.
Untuk itu tidak diperbolehkan bagi seseorang menyaksikan film porno walaupun dengan alasan belajar tentang cara-cara berhubungan atau menghilangkan kelemahan syahwatnya karena untuk alasan ini tidak mesti dengan menyaksikan film tersebut akan tetapi bisa dengan cara-cara lainnya yang didalamnya tidak ditampakkan aurat orang lain, seperti buku-buku agama yang menjelaskan tentang seks, buku-buku fiqih tentang pernikahan atau mungkin buku-buku umum tentang seks yang bebas dari penampakan aurat seseorang didalamnya.

Meskipun tidak ada nas yang jelas yang secara tegas memberikan hukuman (hadd) kepada orang yang menyaksikan atau melihat aurat orang asing, atau melaknat maupun mengancamnya dengan siksa neraka yang bisa memasukkan perbuatan itu kedalam dosa besar seperti yang disebutkan Imam Nawawi bahwa diantara tanda-tanda dosa besar adalah wajib atasnya hadd, diancam dengan siksa neraka dan sejensnya sebagaimana disebutkan didalam Al Qur’an maupun Sunnah. Para pelakunya pun disifatkan dengan fasiq berdasarkan nash, dilaknat sebagaimana Allah swt melaknat orang yang merubah batas-batas tanah. (Shahih Muslim bi Syarhin Nawawi juz II hal 113)
Atau yang disebutkan oleh Izzuddin bin Abdul Aziz bin Abdus Salam bahwa sebagian ulama mengatakan dosa-dosa besar adalah segala dosa yang disertai dengan ancaman atau hadd (hukuman) atau laknat. (Qawaidul Ahkam Fii Mashalihil Anam juz I hal 32)

Akan tetapi apabila perbuatan itu dilakukan tanpa ada perasaan takut kepada Allah swt, penyesalan atau bahkan menyepelekannya sehingga menjadi sesuatu yang sering dilakukannya maka perbuatan itu bisa digolongkan kedalam dosa besar, sebagaimana pendapat dari Abu Hamid al Ghazali didalam “Al Basiith” bahwa batasan menyeluruh dalam hal dosa besar adalah segala kemaksiatan yang dilakukan seseorang tanpa ada perasaan takut dan penyesalan, seperti orang yang menyepelekan suatu dosa sehingga menjadi kebiasaan. Setiap penyepelean dan peremehan suatu dosa maka ia termasuk kedalam dosa besar.. (Shahih Muslim bi Syarhin Nawawi juz II hal 113)
Atau disebutkan didalam suatu ungkapan bahwa suatu dosa tidaklah dikatakan kecil apabila dilakukan secara terus menerus dan suatu dosa tidaklah dikatakan besar apabila dibarengi dengan istighfar.

Menonton Film Porno Termasuk Perzinaan

Di dalam sebuah hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairah berkata dari Nabi saw,
”Sesungguhnya Allah telah menetapkan terhadap anak-anak Adam bagian dari zina yang bisa jadi ia mengalaminya dan hal itu tidaklah mustahil. Zina mata adalah penglihatan, zina lisan adalah perkataan dimana diri ini menginginkan dan menyukai serta kemaluan membenarkan itu semua atau mendustainya.” (HR. Bukhori)

Imam Bukhori memasukan hadits ini kedalam Bab Zina Anggota Tubuh Selain Kemaluan, artinya bahwa zina tidak hanya terbatas pada apa yang dilakukan oleh kemaluan seseorang saja. Namun zina bisa dilakukan dengan mata melalui pandangan dan penglihatannya kepada sesuatu yang tidak dihalalkan, zina bisa dilakukan dengan lisannya dengan membicarakan hal-hal yang tidak benar dan zina juga bisa dilakukan dengan tangannya berupa menyentuh, memegang sesuatu yang diharamkan.
Ibnu Hajar menyebutkan pendapat Ibnu Bathol yaitu,”Pandangan dan pembicaraan dinamakan dengan zina dikarenakan kedua hal tersebut menuntun seseorang untuk melakukan perzinahan yang sebenarnya. Karena itu kata selanjutnya adalah “serta kemaluan membenarkan itu semua atau mendustainya.” (Fathul Bari juz XI hal 28)
Adakah Hukuman Bagi Orang Yang Menontonnya

Sebagaimana disebutkan diatas bahwa tidak ada nash yang secara tegas menyebutkan bahwa orang yang melihat atau menyaksikan aurat orang lain, seperti menonton film porno ini dikenakan hukuman (hadd) akan tetapi si pelakunya harus diberikan teguran keras dan tidak ada kewajiban baginya kafarat.
Ibnul Qoyyim mengatakan,”Adapun teguran adalah pada setiap kemaksiatan yang tidak ada hadd (hukuman) dan juga tidak ada kafaratnya. Sesungguhnya kemaksiatan itu mencakup tiga macam :
1. Kemaksiatan yang didalamnya ada hadd dan kafarat.
2. Kemaksiatan yang didalamnya hanya ada kafarat tidak ada hadd. 3. Kemaksiatan yang didalamnya tidak ada hadd dan tidak ada kafarat.

Adapun contoh dari macam yang pertama adalah mencuri, minum khomr, zina dan menuduh orang berzina. Sedangkan contoh dari macam kedua adalah berjima’ pada siang hari di bulan Ramadhan, bersetubuh saat ihram.Dan contoh dari macam yang ketiga adalah menyetubuhi seorang budak yang dimiliki bersama antara dia dan orang lain, mencium orang asing dan berdua-duaan dengannya, masuk ke kamar mandi tanpa mengenakan sarung, memakan daging bangkai, darah, babi dan yang sejenisnya. (I’lamul Muwaqqi’in juz II hal 183)


Hijaz - Pandangan Mata

This mp3 found @ weblagu.com


Romantiknya Nabi Kita


" Sifat Romantik Nabi Muhammad

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suamiyang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.
Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita

tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.

ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah

orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya

Rindu - Muhammadku

This mp3 found @ weblagu.com

Tuesday, 26 April 2011

Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran


Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.

Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.

Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang , apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.

Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.

Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.

Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan (segala pujian bagi Allah).”
[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.
Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “ Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah dan
[2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan. [3] Jika disenaraikan jenis-jenis zikir, artikel ini akan menjadi begitu panjang sehingga mungkin terbentuk laman web baru yang mengkhususkan tentang zikir. Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan.

Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.

Wallahu’alam.

Keajaiban Al-Quran


Keajaiban Al-Quran Statistik Keajaiban Al Quran

Kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran. Secara ringkasnya kajian tersebut menunjukkan :-
Perkataan/Maksud Disebut dalam Al Quran
Al-Dunya / Al-Akhirah = 115 / 115
Al-Malaikah / Al_Syateen = 88 / 88
Al-Hayat / Al-Maut = 145 / 145
Al-Rajul (Lelaki) / Al-Mara (Perempuan) = 24 / 24
Al-Shahr (Bulan) / Al-Yaum (Hari) = 12 / 365
Al-Bahar (Laut) / Al-Bar (Darat) = 32 / 13

Jika kita mencampurkan jumlah perkataan yang membawa maksud laut dan darat jumlahnya ialah 45 (32+13 = 45).

Jika dibuat kira-kira mudah :

Laut 32/45 X 100 = 71.111%
Darat 13/45 X 100 = 28.889%

Jawapan tersebut menunjukkan peratusan air laut dan darat di dunia hari ini.

Halakan Piring Televisyen ASTRO Anda ke Arah Kiblat


Siapa sangka ‘piring para bola’ daripada Astro pun manghadap ke arah kaabah…Tak percaya?cuba tengok di atas bumbung rumah2 yang ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro pasti akan dihalakan kearah kiblat untuk mendapatkan siaran yang baik dan jelas di televisyen.. Mengapa begitu?ini kerana , Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan.Mekah adalah pusat bumi ,ini pernah dikatakan sendiri oleh Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969.


Beliau pernah berkata "Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila saya menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menghubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat. "Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat. "Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini,"

jelasnya
Secara tidak langsung sesiapa yang ke tinggal di Mekah dan melakukan tawaf di baitulallah sebayak 7 kali lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan. Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini. Bagi mereka yang pernah menjejaki kaki ke Tanah Suci pasti merindui untuk mengerjakan umrah atau membuat haji kerana tahu kelebihan tinggal di sana..

kredit :http://www.buaya-merah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...