KERABAT MAYA

Sunday, 1 May 2011

Sambutan Hari Ibu Haram?


Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia :

“One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala :

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata:

“Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”

Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda :

“Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”


[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.

Namun begitu ada juga beberapa ulamak yang membolehkan sambutan hari ibu antaranya :

1) Dr. Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti hafizahullah

Jika cara sambutan Hari Ibu sebagaimana cara yg diamalkan masyarakat barat iaitu mengenepikan ibu, tidak menunaikan hak-haknya, tidak berlaku baik kepadanya sepanjang tahun kemudian memberikan perhatian sepenuhnya, mengisytiharkan kasih sayang dan berbuat baik kepadanya hanya pada Hari Ibu sahaja, maka jika begitu ianya bidaah yg diharamkan.

Jika sambutan Hari Ibu itu ialah satu juzuk daripada bentuk mempamerkan kebaikan yg berterusan kepada ibu dan kasih sayang terhadapnya sepanjang tahun, maka tidak salah untuk turut serta bersama orang-orang lain dalam usaha menegaskan hakikat sebenar berbuat baik kepadanya serta menyayanginya bersempena tibanya Hari Ibu.


2) Dr. Rajab Abu Malih:

"Maka ada dua kumpulan ulama dalam masalah ini:

1-Ulama yg berpendapat perayaan atau sambutan yg datang dari luar agama maka, ia dikira keji dan kita tidak perlu mengikutnya atau taklidnya. Dalam agama kita sudah cukup utk menjadikan kita yg memandu bukan dipandu, diikuti bukan mengikuti.

2-Ulama yg berpendapat perayaan atau sambutan ini termasuk dalam kategori adat2 kebiasaan. Maka, hukum asalnya ialah harus. Selagi mana sambutan ini bertepatan dgn Islam dan garis panduannya dan mempunyai asal dalam syariat kita maka tidak haram dan tidak makruh.

Walaupun kita hormati pendapat pertama dan hormati sesiapa yg berpendapat sedemikian, kita berpegang kepada pendapat kedua iaitu harus tetapi mestilah mengikut garis2 panduan."



3) Dr. Muhammad Bakr Ismail, pensyarah Tafsir dan Ulum Quran Uni. Al-Azhar:

"Sambutan ini dikira bidaah dari sudut adat kebiasaan bukan bidaah dari sudut ibadat. Bidaah adat tidak disuruh mahupun dilarang oleh Islam kecuali apabila ia berkait dgn agama samada secara dekat mahupun jauh. Maka apabila adat2 ini menzahirkan kesetiaan dan mengiktiraf serta mengajak supaya berbuat baik kpd sesiapa yg layak menerima kebaikan itu spt ibubapa dan nenek dan datuk, maka Islam menerima adat2 sebegini.

Tetapi jika adat2 ini menzahirkan yg sebaliknya, berlaku pula perkara2 yg dilarang spt pembaziran, hiburan2 yg sia2, maka ia dilarang oleh Islam."


4) Dr Abd Fatah Asyur, ulama Al-Azhar:

"Sambutan hari2 tertentu yg memuliakan manusia atau memperingati peristiwa2 yg baik tidak disebut oleh sesiapapun sebagai sambutan keagamaan tapi ia ialah peluang utk menzahirkan perasaan yg bagus terhadap orang2 yg melakukan kebaikan kpd kita antaranya apa yg disebut sebagai Hari Ibu.

Ibu mempunyai kedudukan yg khusus dalam agama Allah bahkan dalam setiap agama maka oleh sebab itu, ibu wajib dimuliakan, dihormati dan disambutnya."


5) Syeikh Hamid Al-Attar, Anggota Persatuan Ulama Sedunia

"Sambutan Hari Ibu pada satu hari yg ditetapkan, di sisiku sekurang-kurangnya makruh hukumnya. Dan tidak jauh utk jadi haram, bukan sebab bidaah tapi sebab taqlid orang bukan Islam dalam adat2 dan perayaan2 mereka. Dalilnya "Sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangannya." Riwayat Abu Daud.

Sayyiduna Umar tulis kepada umat Islam yg tinggal di negara Iran, "Jauhilah kamu akan pakaian orang2 syirik." Riwayat Ahmad.


6) Dr. Muhammad Abd Latif Banna

Beliau berpendapat tiada larangan utk menyambut perayaan dgn syarat:

1-Dalam sambutan itu, tiada perkara yg ditegah syarak spt ikhtilat.
2-Tidak bertujuan meniru/menyerupai orang barat.
3-Sambutan ini termasuk sambutan sepanjang tahun


Hujan - selamat hari ibu

This mp3 found @ weblagu.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...