KERABAT MAYA

Saturday 22 January 2011

Ucaplah Syahadah Dengan Betul


Pengucapan syahadah yang betul adalah sangat penting kerana ia merupakan pengakuan seorang insan terhadap keesaan ALLAH s.w.t, mentauhidkan-NYA dari segala perkara syirik, mengakui sifat-sifat-NYA dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Syahadah juga merupakan pengakuan seorang muslim untuk melaksanakan segala perintah dan suruhan-NYA menurut syariat yang telah diajarkan/ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

Harus diingat bahawa perkataan mengikut kaedah bahasa arab dipanggil kalimah mengeluarkan sesuatu yang ditetapkan bersungguh dengan yakin sehingga menjadi Jazam yang sungguh-sungguh akan adanya itu daripada samar-samar pemikiran yang terbit melalui sangkaan, khayalan, syak, zhon, waham ertinya membenamkan sungguh-sungguh atau memperhilangkan sungguh-sungguh akan syak, zhon, waham sehigga tidak wujud lagi Fardhu Takdir dan disahkan bersungguh-sungguh hukum mustahil akan wujud Zat yang lain, Sifat yang lain, Perbuatan yang lain dan menetap bersungguh-sungguh yang sudah dihukum dengan wajib ada Zat, Sifat, Perbuatan yang sebenar-benarnya yang diiktiqad serta wajib di perhambakan diri seluruhnya ialah kepada ALLAH Ta’ala semata-mata.

Perkataan ALLAH ialah Nama Khas yang hanya ditentukan kepada diri Tuhan yang sebenar-benarnya yang disembah iaitu diri atau Zat yang terkaya ia daripada tiap- tiap sesuatu barang yang lain daripada-NYA kepada-NYA dan berkehendak tiap-tiap sesuatu barang yang lain daripada-NYA kepada-NYA tidak lain dari itu. Mengikut kaedah bahasa arab dikatakan Kalimah ALLAH itu Badal yakni Ganti Nama daripada tempat Dhamir yang tersembunyi daripada nyata ada dan baris dihadapan dengan Dhomah bermaksud ilaha itulah Tuhan yang sebenarnya dan Zatnya ialah ALLAH.

KALIMAH SYAHADAH
Apabila Islam ialah suatu agama khusus daripada ALLAH Ta’ala yang diturunkan kepada seluruh manusia daripada Adam sampai kiamat melalui Nabi-nabi dan Rasul-rasul.dengan disertakan Kitab panduan ianya bukan Agama Ciptaan
Kebijaksanaan Fikiran Manusia.

Apabila sampai kepada Nabi yang akhir Nabi Muhammad Salallahu Alaihiwasalam, agama Islam dikembangkan melalui ucapan Dua Kalimah Syahadah sebagai batas Perbezaan antara orang yang sudah menerima dan beramal cara hidup Islam dengan orang yang tidak menerima dan beramal dengan cara hidup Islam (Bukan Islam).

Sebab itu sesetengah Ulama Islam menghukum Wajib fardhu Ain mengucap Dua Kalimah Syahadah sekali seumur hidup apabila sampai had Taklif Syarak dengan memfardhukan Islam keatas dirinya dan sanad mu’akad pada mana-mana waktu kecuali pada solat dan masa seseorang itu jatuh murtad.

Kalimah ini apabila diucap akan dia yang disertakan kefahaman nyata bersungguh-sungguh, makna-makni yang tersurat dan tersirat daripadanya , maka ianya jelas mengeluar akan seseorang itu daripada Syirik Uluhiyah dan Syirik Khafi (iaitu yang membawa kepada kufur dan maksiat) kepada iman dan taat yang terang benderang. Hanya Patuh dan Tunduk kepada hukum ALLAH Yang Maha Agung dalam semua hal kehidupannya Zahir dan Batin.

Dan kalimah ini akan lari daripada tempat duduknya didiri setiap manusia yang menerima akan dia melalui lidah, Anggota dan Hati atas nama Murtad, Munafik, Zalim dan Fasiq. Mana-mana manusia yang terjebak atas nama Murtad, Munafik, Zalim dan Fasiq inilah Penegak Ajaran Sesat dan Pengamal Ajaran Sesat. Sebab makna sesat mengikut Agama Islam itu ialah Batal Pengakuan Syahadahnya melalui salah satu daripada tiga perkara iaitu Perkataan, Perbuatan, Hati.

01. Sesat Melalui Perkataan

iaitu segala ucapan kata dengan kalimah-kalimah atau ayat yang memberi faham dimana kalimah-kalimah atau ayat yang diucapkan itu tersasar daripada Qawaid Syariah. Perkara sebegini berlaku ketika bercakap biasa, ketika marah, ketika bergurau senda dan lain-lain.

02. Sesat Melalui Perbuatan

Perlakuan atau Perbuatan seseorang muslim itu menyerupai sama seperti orang- orang kafir dalam ubudiah dan dalam hidup hariannya melanggar segala hukum syarak samada wajib atau haram dengan sengaja.

03. Sesat Melalui Hati
Qosot dan Iradat Jahat yang timbul didalam hati yang tersasar daripada Qawaid Syariah yang hanya pelaku itu sahaja yang tahu.

1 comment:

  1. i like the theme of your blog, very nice. i enjoy reading your blog.

    www.iloveflipbooks.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...