KERABAT MAYA

Thursday 30 September 2010

Kau Istriku (sempena 31008)

Wajahmu kulihat terasa tenang
Senyuman mesra pengubat jiwa
Kaulah permaisuri yang bertakhta di hati
Kaulah sumber inspirasi

Bukan wajah cantik jelita
Atau kecerdikan mengagumkan
Tapi hati suci bak salji memutih
Menyiram kasih tiada berbelah bagi
Kaulah ratu dihatiku

Biar dalam susah atau kesenangan
Tawa dan sentuhan tiada beza
Kau memberi semangat dan dorongan
Juga doa yang kau panjatkan
Pada tuhan

Oh isteriku moga syurga menantimu
Atas segala jasa dan kasihmu
Moga kita kan bersama
Menjejak kaki ke daerah sana
Dalam redhaNya

CARA HIDUP SIHAT RASULULLAH



Berikut adalah beberapa cara hidup sihat yang baginda amalkan.

1. Selalu bangun sebelum subuh.
Baginda mengajak umatnya untuk sebelum bangun subuh dan mengerjakan solat sunat, solat subuh secara berjemaah. Hikmahnya ialah mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta menajamkan akal fikiran.

2. Aktif menjaga kebersihan.
Baginda selalu bersih dan rapi. Setiap khamis atau jumaat, baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

3. Tidak makan berlebihan.
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk tiga benda, udara, air dan makanan. Kebaikan berpuasa yang diwajibkan untuk umat islam adalah untuk menyeimbangkan kesihatan, baginda juga selalu berpuasa sunat. Sabda Rasulullah s.a.w “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (sampai kenyang)”

4. Gemar bejalan kaki.
Baginda berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir liang roma terbuka dan peredaran darah menjadi lancar dan baik untuk mencegah penyakit jantung

5. Tidak pemarah.
Marah itu dari syaitan, segerlah mengambil wuduk dan solat 2 rakaat bagi ketenanan dan menghilangkan gundah hati. Kekuatan muslim bukan terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kekuatan dan kebersihan jiwa. Muslim yang baik juga adalah mereka yang mampu mengawal sifat marah kerana itu sebahagian dari cara hidup sihat rasulullah.

6. Optimis dan tidak berputus asa.
Sikap optimis akan memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu memperbanyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t

7. Tidak iri hati.
Cara hidup sihat rasulullah seterunya ialah menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, sikap iri hati perlu dihindarkan.

8. Pemaaf.
Sifat yang dituntut bagi mendapatan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain akan dapat membebaskan diri dari dibelenggu rasa bersalah. Apabila kita marah, sifat marah itu akan melekat dalam hati. Jadilah pemaaf untuk membersihkannya. Bahagia sebenarnya bukan mendapat, tetapi memberi.

Sumber : Ustz Mohd Zawawi Yusoh (Harian Metro 26 Februari 2010)

RAHSIA KHASIAT BUDU



Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea cirit (diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.

Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) .


Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkanterjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari.

Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.


Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.


Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.


Dikir barat - budu sedak!!

This mp3 found @ weblagu.com

Wednesday 29 September 2010

HUKUM DAGING AQIQAH



Aqiqah disebut dalam hadith :-

” Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)

“Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya” ( Riwayat Ashabus Sunan )

Aqiqah itu pula dari sudut bahasanya adalah ‘tolakan’, iaitu tolakan dari gangguan dan godaan Syaitan.

Berkenaan beri kepada non muslim, saya dapati tiada dalil mahupun pendapat ulama yang meletakkan syarat bahawa si penerima adalah orang Islam sahaja. Justeru…wallahu a’lam.. saya kira ianya adalah harus.

Cuma sudah tentu yang lebih baik adalah penerima dari kalangan orang Islam kerana diharapkan adalah sipenerima memahami lalu mendoakan si kanak-kanak tadi apabila menerima hidangan hasil aqiqah itu. Jika beri pada bukan Islam, manalah mereka faham aqiqiah tu apa ..

Falsafah ‘aqiqah adalah sebagai tanda kesyukuran bagi anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT. Justeru ia lebih baik di kongsi sesama Islam. Ini kerana ia juga seumpama satu peringatan kpd yg lain untuk beraqiqah juga untuk anak mereka (jika belum). Non-Muslim tiada peruntukan aqiqah..

Sebagai tambahan info ; Kebanyakkan ulama menggalakkan daging dari hasil sembelihan itu dimasak terlebih dahulu sebelum di edarkan kepada faqir miskin, jiran tetangga walaupun mereka kaya.

Bagaimanapun, menurut satu pandangan :-

” Daging aqiqah dan korban haram diberi kepada bukan Islam kerana korban dan aqiqah merupakan amal ibadah kepada Allah. Ia bertujuan untuk bertaqarrub kepada Allah. Ini ada disebut dalam Fatwa Syeikh Ahmad al Fatthani.

Tapi kalau bukan Islam nak beli satu bahagian daripada daging lembu itu untuk kegunaan peribadi, bukannya utk korban, maka harus hukumnya menurut Syeikh Daud al fatthani dalam Furu’ul masaa’il. “

Komen saya :

Ada benarnya, ini salah satu ijtihad yang sangat boleh dipegang. Bagaimanapun, ia tidak qat’ie dan ia masih dalam kategori perkara furu’/cabang.

Jika hujjah utama oleh beberapa ulama terulung tempatan di atas adalah “ia hal taqarrub”..maka anda boleh berhujjah bahawa hal taqarrub itu adalah terhenti di ketika niatnya, sembelihan dan hidangan dibuat..adapun hal ehwal mengedarkannya tidak lagi termasuk dalam hal yang menjadi syarat kepada taqarrub itu. Ia lebih kepada hal kemasyaratan sahaja.

Seperti solat.. ia adalah hal taqarrub kpd Allah..maka ada rukun dan syaratnya untuk memenuhi taqarrub yang disasarakan demikian juga solat di tempat yang suci adalah syarat sah utk taqarrub solat ini, tapi samada sejadah itu dibeli dari kedai non muslim atau tidak.. maka ia tidak memberi kesan kpd ibadah solat…ia cuma kurang digalakkan sahaja.

Dan mengedarkannya daging aqiqah kpd muslim sahaja, bukanlah menjadi syarat sah aqiqah dalam semua mazhab (kecuali jika saya tersilap, iaitu ada mazhab yg menajdikannya syarat sah aqiqah).

Malah jika seseorang bersedeqah kepada seorang bukan Islam di ditemuinya di keadaan yang amat memerlukan. Adakah tiada pahala baginya Ini tidak benar sama sekali, derma dan kebaikan yang dilakukan oleh Umat Islam adalah bersifat ‘taqarrub’ kepada Allah, dan ia pasti diterima walaupun penerima bantuan itu seorang kafir. Cuma, jika ada dua peminta antara Muslim dan kafir, sudah tentu lebih besar pahalanya diberikan kepada si Muslim. Bagaimanapun, ia tidak menjadikan hukum HARAM untuk diberi kepada si bukan Islam.

Justeru ia kekal isu yang sangat furu’ dan bebas memilih dalam kedua-dua fatwa ulama. wallahu ”lam.

Tuesday 28 September 2010

Enam Jenis Wanita Yang Buruk



enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.

Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. Enam sifat itu disebutkan dalam sebuah kitab yang turut dibacanya.

1. Al Nananah - wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Al Manah - wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Al Manaqah - wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. (Saya teringat satu masalah dulu wujud kumpulan pencari suami bergelar datuk. Dalam kumpulan ini ada beberapa orang wanita yang sudah beristeri yang juga turut berminat untuk mendapatkan suami bergelar datuk dan berkedudukan).

4. Al Hudaqah - wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.

5. Al Basaqah - wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

6. Al Salaqah - wanita yang mulut becoh, banyak cakap. Selalu ada ditempat kenduri atau majlis-majlis keramaian. Selalunya wanita ini cuba memonopolikan majlis. Kebecohan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Semoga kita tidak akan ditemukan dijodoh ataupun mendapat menantu dengan wanita yang memiliki sifat-sifat demikian. Walahu'alam.

32 Rahsia Israel



Berikut ialah 32 Rahsia Israel yang mungkin boleh menjadi panduan kepada kita untuk menentang negara itu dan beberapa isu kontroversi yang masih hangat diperkatakan masa kini.

1. Tahukah anda bahawa selain ras Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahawa setiap ras Yahudi yang ada di seluruh dunia menjadi Negara Israel secara otomatik?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara ras Yahudi dan bukan Yahudi?

4. Tahukah anda bahawa Juruselam bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan Bukit Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya pihak Barat dan Amerika Syarikat sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel.

5. Tahukah anda bahawa Israel membekalkan 85% air bersih hanya utk ras Yahudi dan membahagikan baki 15% utk seluruh penduduk Palestin yang menetap dikawasan Israel? Realitinya, Israel membekalkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara baki 15% hanya untuk dibekalkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

6. Tahukah anda bahawa Amerika membekalkan US$5 million daripada pendapatan cukai setiap tahunannya untuk menyumbang kepada Israel?

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar US$1.8 million setiap tahun? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh negara di benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga mendapat bantuan tambahan sebesar US$4 million dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F 16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan negara penyumbang utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel utk menjamin kekuasaannya di Timur Tengah.

9. Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978,1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada thn 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklear? Dan menolak pasukan pemeriksa senjata PBB untuk memeriksa tempat persembunyiannya?

11. Tahukah anda bahawa sebelum tertubuhnya Israel psds tahun 1948, ia sudah memiliki loji penembangan senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tetera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel meledakan tempat kediaman diplomat Amerika dan menyerang kapal perang induk Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel. Hanya dgn alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran. Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh sebuah negara Islam.

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak melanggar resolusi keamanan PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel sebanyak 69 buah. Bayangkan seandainya sebuah negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika Syarikat?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservasi terhadap identiti ras Yahudi agar tetap menjadi warga negara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tertuduh dalam kes pembunuhan penduduk Palestin Shabra dan Syatilla pada 16 Sept 1982 di Lubnon yang mengorbankan lebih dari 1000 orang Palestin terdiri kanak-kanak, wanita dan org tua?

17. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu bas supaya duduk berbaris di atas tanah. Kemudian tentera itu menembak mereka dari jarak setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua kedai di Israel hanya boleh menempelkan keterangan kerja kosong dengan perkataan: kerja kosong hanya utk ras Yahudi, mencari seorang penulis dengan syarat ras Yahudi?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negara Israel membayar 'dana' kepada media Amerika untuk memunculkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak parti radikal Molodeit untuk menjadi rakan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu berideologi radikal dengan tekad mahu membersihkan Israel dari ras bukan Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran seluruh ras Arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ti3 Israel) mendukung kekejaman tentera Israel untuk membunuh warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan arahan radikal supaya diteruskan usaha-usaha membunuh warga Palestin.

23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin merupakan pelarian terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah Yahudi?

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sedah mengeluarkan keputusan larangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Risikan Israel) tetap terus menyiksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar, mengajar dan merosak seluruh prasarana pendidikan, Palestin tetap menjadi negara terbesar melahirkan doktor?

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? Kerana dihalang dengan ditandatangani atas persetujuan Oslo?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia menyatakan negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang negaranegara Arab terlebih dahulu kemudian merampas kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri.

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan Konvensyen Geneva untuk menjaga hak dan keselamatan warga Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak disegani lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika dia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak orang awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memalukan adalah pembunuhan 3 wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam kem pelarian?

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 thn yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mangatakan bahawa Israel adalah negara rasisme dan aprtheid seperti Afrika Selatan sebelum di bawah kepimpinannya?

Hukum Bunuh Diri dan Menyembahyangkan Jenazahnya



Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.

Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.
مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ ‏ ‏تَحَسَّى ‏ ‏سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Thabit bin Dhohak R.A. (ثابت بن الضحاك), sabda Nabi S.A.W.:
مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَيْءٍ فِيْ الدُّنْيَا عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. bersabda:
‏كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ بِهِ جُرْحٌ فَجَزِعَ فَأَخَذَ سِكِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ فَمَا ‏ ‏ رَقَأَ ‏ ‏ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى ‏ ‏بَادَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)

Hukum Orang Bunuh Diri
Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.
Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.

Daripada Jabir bin Samurah (جابر بن سمرة) R.A. katanya:


‏أُتِيَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ ‏ ‏بِمَشَاقِصَ ‏ ‏فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ
Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim)

Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut:
“Hadith ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan, inilah mazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakal al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan ulama berpendapat: Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri. (Jumhur) kebanyakan ulama ini menjawab tentang hadith ini yang baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh para sahabat…”
Adapun mengenai teks hadith yang menyatakan orang yang membunuh diri itu kekal selama-lamanya di dalam neraka, para ulama menyatakan, ia ditujukan kepada orang yang menghalalkan perbuatan membunuh diri tersebut, atau maksudnya boleh difahami dengan memanjangkan tempoh azab ke atasnya di dalam neraka.

Wallahu a’lam.

Thursday 23 September 2010

Syawal bulan bersyukur



Ibadah puasa dilaksanakan dengan penuh kesabaran. Idil Fitri pula disambut dengan penuh kesyukuran. Ertinya Ramadhan bulan bersabar dan Syawal bulan bersyukur. Sabar dan syukur, dua sifat yang menjanjikan kejayaan di dunia dan di Akhirat.

Rasa tawakkal kepada Allah Yang Maha Esa, akan menjauhkan segala kesusahan yang bergelodak dalam jiwa lantaran mengalami berbagai-bagai pengalaman hidup yang pahit dan sulit. Rasa keyakinan bahawa kebaikan akan tiba pasti menambahkan rasa optimis dalam menempuh hidup seterusnya. Namun rasa optimis itu haruslah berteraskan tiang iman yakni sifat sabar.

Apalah ertinya hidup seorang insan itu tanpa ada kesabaran. Tanpa kesabaran, perasaan manusia pada setiap waktu dan ketika bagaikan tidak berpijak di bumi yang nyata kerana sering menerima terpaan angin perubahan yang bertalu-talu dan tiba-tiba. Malah sabarlah yang banyak membezakan sifat antara kemanusiaan dan kebinatangan. Menangani sesuatu masalah tanpa berusaha untuk bersabar dan bertenang adalah sebuah kesilapan yang sangat memalukan.

Jelaslah bahawa kesabaran memainkan peranan yang penting di dalam memelihara rasa optimis dalam diri seseorang yang beriman.

Abu Abbas pernah membuat pengertian "sabar" iaitu: "Sabar ialah kemampuan menahan diri dari perbuatan yang tercela, mengikat lidah dari mengeluarkan kata-kata keluhan serta pada akhirnya menanti lenyapnya kesusahan."

Allah menyebut persoalan sabar ini lebih sembilan puluh ayat di dalam Al Quran. Dalam surah An Nahl ayat 127 Allah berfirman yang maksudnya:

"Bersabarlah (wahai Muhammad) dan tidaklah kesabaranmu itu melainkan semata-mata dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan."

Dalam hal ini juga Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Tiadalah seseorang diberi suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas dari sabar." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabar sesungguhnya mempunyai tiga tingkatan iaitu:

Pertama: Sabar orang awam yakni memaksa diri untuk bersabar. Tahan memikul segala beban kesulitan serta tabah di dalam menerima segala dugaan. Sifat sabar itu adalah untuk Allah.

Kedua: Sabar menderita untuk meringankan beban berat yang dipikulnya dan kerana memang telah menjadi suatu kebiasaan dirinya, maka semua itu akan terasa ringan. Sabar yang demikian merupakan sabar orang yang mencari keredhaan Allah (orang soleh).

Ketiga: Kelazatan yang dirasakan di dalam kesabaran menghadapi segala dugaan. Selalu bergembira dengan ujian yang didatangkan Allah. Inilah sabar yang terhasil dari tuntunan Allah. Sabar begini adalah sabar orang yang sangat hampir dengan Tuhannya (muqarrabin).

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Ya Allah, aku mohon kemantapan hati di dalam menghadapi segala macam persoalan dan kekuatan untuk mengikuti petunjuk." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, An Nasai dan Ibnu Hibban)

Tetapi nilai sabar ini tidak ada sekiranya tidak ada rasa syukur dalam diri. Dalam hal ini para hukamak pernah berkata yang maksudnya: "Iman ada dua bahagian. Satu bahagian adalah sabar, sedangkan sebahagian lagi adalah syukur."

Jadi nilai sabar tidak akan sempurna kecuali kalau ia disertai dengan rasa syukur. Apabila rasa syukur telah hilang, maka sabarpun hilang pula dan begitulah sebaliknya.

Apabila seseorang itu secara ikhlas dapat mengakui kepada dirinya sendiri bahawa ia sedang dalam keadaan yang patut disyukuri, maka itu merupakan bukti bahawa ia bahagia dan redha.

Pada saat yang sama, rasa syukur juga merupakan suatu ucapan syukur, yang datang dari lubuk hati yang sedalam-dalamnya, kepada Allah Maha Pencipta dan wajar serta lazimlah rasa yang demikian itu akan disertai pula dengan perbuatan-perbuatan orang yang bersyukur.

Allah menyukai hambaNya yang pandai bersyukur serta mahu mengakui segala kenikmatan yang telah dilimpahkan Allah kepadanya. Malah dalam Al Quran banyak firman-firmanNya yang menjanjikan kerugian bagi orang-orang yang tidak bersyukur. Orang yang tidak bersyukur serupa dengan orang yang telah menerima budi tetapi tidak langsung tahu berterima kasih.

Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz, setiap kali dia melangkau pandangan mata hatinya kepada segala kenikmatan yaang telah diberikan oleh Allah kepadanya, maka ia akan mengucapkan doa: "Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari merubah kenikmatan menjadi kekufuran, atau mengkafirinya sesudah mengetahuinya, atau lupa kemudiannya dan tidak bersyukur."

Hamba yang sentiasa pandai bersyukur akan selalu pula bertambah rasa optimisnya, sebab orang yang demikian itu tentulah setiap saat ingat firman Allah yang bermaksud: "Dan ingatlah juga tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan tambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabKu amat pedih." (Ibrahim: 7)

Setiap yang dijanjikan Allah adalah sesuatu yang pasti terjadi. Perjanjian Allah tidak pernah termungkir. Tepat dan tidak pernah terlewat atau tercepat walaupun sesaat. Oleh kerana itu, bersyukur sekaligus berharap akan datangnya tambahan nikmat Allah yang luas, yang tiada batasan.

Umpama satu bangunan, sabar dan syukur berperanan sebagai mengutuhkan binaan iman dalam diri. Tanpa sabar, syukur tidak bermakna, tanpa syukur, sabar tidak berharga. Kedua-dua sifat ini perlu ada dalam diri setiap orang yang mengaku beriman.

Sudahkah kita memilikinya sesudah sebulan bermujahadah di bulan Ramadhan?

Dimanakah keistimewaan manusia ?



Kita manusia ini terdiri dari jasad dan roh. Andainya kita terlalu sangat memberi tumpuan kepada memenuhi keperluan jasad maka tiada bezanya kita ini umpama haiwan. Tidak adalah kemuliaan dan keistimewaan manusia kalau sekadar hidup dengan jasad semata. Lebih-lebih lagi jasad itu bersifat lemah.

Lemahnya jasad itu, mudah sangat terdedah kepada kecederaan, sakit, letih, kudis, mengantuk dan sebagainya. Dari jasad itu keluar pula berbagai benda yang menjijikkan seperti peluh, hingus, air liur basi, kahak, najis besar dan kecil. Semuanya tengik dan meloyakan.

Roh pula andainya tidak diasuh dan dididik dengan sebaik mungkin akan mengakibatkan terzahirnya berbagai perlakuan yang jahat. Segala jenis kejahatan dari angkara roh itu membawa kepada kerosakan pada kehidupan manusia, hingga hilang lenyap kebahagiaan, ketenangan, keharmonian dan kesejahteraan. Berganti pula dengan pertelingkahan, permusuhan, saling membenci, berhasad dengki, khianat, zalim, menindas, berbunuhan dan berperang.

Ertinya, jasad itu sendiri kalau tidak diberi penjagaan maka berbagai unsur negatif yang bakal timbul dan keluar daripadanya. Manakala roh juga andainya tidak dididik dan dipimpin lebih-lebih lagi membawa kesan buruk. Kalau begitu dimanakah keistimewaan manusia ?

Semua jenis ibadah yang disyariatkan Allah, sembahyang, puasa, zakat, haji atau amalan-amalan sunat yang lain, bertujuan memperelokkan jasad dan roh melalui terhindar dari penyakit lahir dan batin. Jasad akan bertambah sihat, segar dan kuat.

Roh pula bertambah jernih, bersih suci dan baik. Roh akan cenderung kepada kebaikan dan kesejahteraan. Gabungan dari individu yang sama-sama cenderung kepada kebaikan maka kehidupan bermasyarakat dan bernegara akan lebih terasa indah. Siapa yang tidak inginkan keadaan yang demikian itu. Maka menghayati ibadah (fardhu dan sunat) salah satu jalan tercapainya keinginan tersebut.

Apabila kita membiarkan amal ibadah hanya berlaku secara tradisi , yakni tanpa mengambil pengertian atau hikmat tersirat di sebaliknya, samalah seperti kita tidak mementingkan kesejahteraan hidup. Jasad kita akan mudah dihinggapi berbagai penyakit yang menghilangkan keselesaan diri. Roh pula bersarang dengan berbagai penyakit batin yang juga turut menghilangkan keselesaan diri dan masyarakat.

Siapakah ulama?



Akhir-akhir ini ramai orang telah memperkatakaan berkenaan ulama, malah ramai yang menerima ulama mengikut tafsiran sendiri, tentunya pada terjemahan bahasa.

Menurut terjemahannya, ulama (perkataan jamak-plural) berasal dari perkataan tunggalnya 'alimun. Makna 'alimun ialah seorang alim atau orang pandai. Maka ulama (ramai) ertinya orang-orang alim. Boleh juga diertikan sebagai cendikiawan, ilmuan atau cerdik pandai.

Jika berdasarkan bahasa semata-mata, siapa sahaja yang alim walau dalam bidang ilmu apapun, boleh dipanggil ulama. Tidak kira apa bidang sama ada politik, teknologi, pendidikan, pertanian malah di bidang yang tidak baik seperti pakar menipu pun boleh disebut ulama. Inilah hasilnya jika bersandar kepada makna bahasa semata-mata.

Mungkin juga tidak salah bersandar kepada erti lahir ulama itu saja. Tetapi mari kita lihat apa yang dimaksudkan oleh Allah SWT berkenaan ulama, agar itulah ulama yang benar, yang membawa kebenaran dan boleh diikuti kebenarannya.

Firman Allah SWT: "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya ialah ulama." (Fathir: 28)

Menurut Abu Darda' r.a , "Tidak dianggap seseorang itu alim sehingga dia beramal dengan ilmunya."

Kalimah "Innama"-sesungguhnya- merupakan kalimah penegasan. Maknanya ayat ini menegaskan bahawa ulama semestinya orang yang takut kepada Allah. Sekiranya seseorang tidak takut kepada Allah, walaupun ilmunya banyak, dia bukanlah ulama sebenar.

Kalau hanya dengan menghafal nas samada daripada Al Quran atau hadis boleh dianggap ulama, maka orang awam yang hafal sedikit sebanyak Al Quran dan hadis pun boleh digelar ulama. Tetapi Allah menegaskan, ulama hanyalah mereka yang takut kepada Allah.

Begitu juga jika seseorang itu ilmunya tinggi, berjaya hingga mendapat kelayakan atau ijazah di bidang Al Quran dan hadis, usuludin, tasawuf dan sebagainya, tetapi tidak takut kepada Allah, belum boleh dikategorikan sebagai ulama yang sebenar seperti di dalam firman Allah SWT di atas. Lebih-lebih lagi tidak dapat dianggap alim seseorang itu kecuali ia beramal dengan ilmunya.

Boleh diringkaskan begini: Ulama dalam pandangan Islam, ialah orang alim yang beriman, yang takut kepada Allah dan beramal dengan ilmunya.

1. Berilmu pengetahuan

Ilmu yang bersumber dari Al Quran dan hadis yang tunjangnya tauhid dan aqidah. Contohnya ilmu tafsir, feqah, hadis, tasawuf dan lain-lain lagi. Kerana ilmu-ilmu inilah pada asasnya membawa manusia mengenal Allah serta mahu mengabdikan diri kepada Allah. Pendeknya ilmu yang boleh membawa manusia menjadi beriman dan bertaqwa.

Ilmu-ilmu yang lain atau disebut ilmu alat-teknologi, sains dan sebagainya bukan tidak boleh membawa manusia bertaqwa, tetapi ia hanya berlaku jika berasaskan kepada tauhid atau aqidah yang diperolehi daripada ilmu yang bersumberkan Al Quran dan hadis. Ini amat jarang berlaku.

2. Takutkan Allah dan beramal dengan ilmunya

Ada juga berlaku dan memang banyak berlaku pada hari ini, orang yang tinggi ilmu pengetahuannya dalam Al Quran dan hadis tetapi tidak beriman dan tidak takut pada Allah SWT serta tidak beramal. Tidak takut pada Allah dalam ertikata walaupun dia orang Islam, berilmu pula tetapi titah perintah Allah dilanggar sesuka hati dan ikut nafsu. Larangan Allah tidak diendahkan. Sedangkan orang bertaqwa itu orang yang beramal. Kerana bila takut pada Allah, dia akan beramal dengan perintah-perintah Allah. Ulama yang beramal inilah yang disebut sebagai ulama ul amilin.

Mengapa ulama perlu terdiri dari orang yang takut kepada Allah? Ini disebabkan hanya ulama yang takut kepada Allah (beramal) yang mampu membawa manusia lain untuk sama-sama takut kepada Allah (bertaqwa). Mereka ibarat pengecas dengan bateri. Ulamalah yang mengalirkan 'current' yakni rasa takut pada Allah kepada orang lain hingga orang lain pula takut kepada Allah. Oleh itu dia mesti ada 'power' yang lebih kuat.

Ertinya ulama mestilah orang yang lebih kuat iman dan taqwanya.

Rosaknya sesebuah masyarakat ialah kerana mereka tidak ada rasa takut kepada Allah. Dengan ini kemungkaran dan kejahatan dilakukan semahu-mahunya. Antara puncanya, tidak ada ulama yang hendak disandarkan rasa takut kepada Allah. Akibatnya, iman masyarakat menurun.

Bersabda Rasulullah SAW bermaksud: "Dua golongan daripada umatku, apabila mereka baik maka baiklah manusia, dan apabila mereka rosak, maka rosaklah manusia, iaitu umara' (pemimpin) dan ulama." (HR: Ibnu Abdul Barri dan Abu Nuaim)

Walaupun ada ulama masih berusaha membaiki masyarakat menggunakan ilmu Al Quran dan hadis, tetapi selagi mereka tidak takut kepada Allah SWT, selagi itulah mereka akan gagal meningkatkan iman masyarakat.

Sebaliknya jika ada ulama yang takut kepada Allah, hanya dengan memandang wajahnya sahaja pun boleh mengingatkan kita kepada Allah, seterusnya menginsafkan kita. Kehadirannya dengan sendirinya boleh mendidik orang lain, walaupun dia belum bercakap apa-apa. Wibawanya yang tinggi mempengaruhi orang lain agar takutkan Allah SWT.

Kerana tidak bertaqwa, maka ulama tidak dihormati, mudah dipersenda malah kurang dipedulikan. Akibatnya, umat tiada pimpinan kerana warisan para nabi tidak dapat di'bahagi-bahagikan' kepada umat lantaran 'pewaris'nya telah tidak takutkan Allah lagi.

Mendapat Hidayah Kerana Memikirkan Solat. KISAH Dr. MAHMUD DOM PRUSSKY



WAJIB bagi manusia untuk tidak berputus asa dari rahmat Tuhannya. Ketika seseorang selalu berhubung dengan Tuhannya, ketika itu juga akan bertambahlah keimananya dan terbuka fikirannya. Sebaliknya, ketika hubungan seseorang dengan Tuhannya semakin renggang, maka akan banyak pulalah kemaksiatan dan kemungkaran yang dilakukannya.

Justeru, ibadah dalam Islam itu dilakukan secara terus menerus sama ada siang mahupun malam. Di rumah atau dalam perjalanaan, disetiap tempat atau dalam segala suasana. Baik dalam keadaan sihat mahupun dalam keadaan sakit, dalam keadaan aman mahupun dalam peperangan. Yang jelas tidak ada halangan untuk seseorang berhubung dengan Tuhannya.

Tujuan dari semua ini adalah supaya adanya hubungan yang terus-menerus dengan Tuhan dan tidak dilalaikan atau tidak memberi tempat dan kesempatan kepada syaitan, manusia dan jin untuk menjauhkan manusia itu daripada Tuhannya.

Keadaan itu sangat berbeza dengan orang Kristian. Mereka tidak sembahyang kecuali pada hari Ahad dan pada waktu siang hari sahaja. Ibadahnya menjadi gugur apabila mereka tidak lagi berada di gereja. Mereka tidak ada sembahyang baik di lautan mahupun di daratan kecuali di dalam gereja. Apabila seseorang itu dalam keadaan sakit, sibuk dengan kerja atau dalam peperangan, mereka dengan mudah meninggalkan ibadahnya.

Keadaan semacam itulah yang membuatkan Dr. Mahmud Dom Prussky merasa kagum kepada seorang pengembala kambing yang mengumandangkan azan dan seterusnya solat di padang luas yang tidak terdapat masjid di sana. Rasa kagum itu hingga membuatkan dia memeluk Islam di samping ada sebab-sebab lain.

Sepertimana yang diceritakan oleh teman-teman sesama Muslim Dr. Mahmud Dom di Al-Mania, perjalanan keIslaman beliau sebagai adalah: “Dia ialah seorang doktor yang pernah bertugas di negara Al-Jazair dan ditempatkan di sebuah kampung. Ketika itulah dia menyaksikan sendiri dengan perasaan aneh bagaimana seorang pengembala kambing yang berdiri di padang rumput mengumandangkan azan dan kemudiannya mengerjakan solat seketika dengan meninggalkan tugasnya.

“Keanehan yang disaksikannya itu membuatkan dia membandingkan dengan agama Kristian yang dianutinya. Di dalam hati dia terfikir bahawa seorang Kristian hanya akan mengerjakan sembahyang ketika ia berada di dalam gereja sahaja dan waktunya pula hanya pada hari Ahad. Seminggu sekali.

“Seperkara lagi yang menarik perhatiannya ialah ketika ia melihat sikap salah seorang Muslim yang merasa enggan untuk disuntik ketika ia dalam keadaan berpuasa. Dia hanya mahu diubati dengan cara disuntik terus apabila ia telah berbuka puasa.

“Sedangkan sikap yang sangat memebekas di hatinya ialah ketika dia menyaksikan seorang missionaris Kristian yang mengunjungi sebuah kampung di Al-Jazair untuk menghadiahkan barang-barang dengan syarat masyarakat di situ masuk agama Kristian, lalu dengan perasaan yang amat marah ketua kampung berkata: “Kita dihina oleh para penyebar agama Kristian, iaitu mereka yang membahagi-bahagikan hadiah-hadiah kecil, mereka mengira dengan hadiah tersebut kita akan meninggalkan agama kita.”

“Semua itu sangat Dr. Mahmud hingga akhirnya ia berpindah dari alam kegelapan dan kebodohan kepada cahaya Islam yang akan memberikan keselamatan.

“Kini dia telah menjadi seorang Muslim. Dia juga telah pergi menunaikan ibadah haji. Ketika kembali dari menunaikan rukun Islam yang ke lima itu, dia dijemput Allah SWT untuk meninggalkan dunia ini.

“Dia juga telah mewakafkan sebuah perpustakaan miliknya dan rumahnya dijadikan pula markas Islam di kota Munich, German. Ketika dia meninggal dunia, para anggota markas Islam bersama-sama mengafankannya dengan kain ehram dan dikuburkan di kuburan khas untuk umat Islam sesuai dengan wasiatnya.”

Demikian kisah seorang doktor berbangsa German yang mendapat hidayah Allah untuk memeluk agama Islam kerana terfikirkan persoalan solat orang Islam yang tidak mengira tempat dan tidak semestinya hanya bersolat di masjid. Dia juga memikirkan betapa solat dalam ajaran Islam itu merangkumi waktu siang dan juga malam, yang pada fikirannya melambangkan betapa seseorang itu perlu mendampingi Tuhannya pada setiap waktu dan pada sebarang keadaan.

Wednesday 22 September 2010

Akhlak Nabi Muhammad S.A.W



Antara Peribadi dan Akhlak Rasulallah S.A.W Yang Perlu Kita Hayati


1. Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan

2. Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya

3. Sangat elok dan sempurna wajahnya

4. Baginda memilik perasaan yang halus

5. Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena

6. Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan

7. Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan

8. Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang

9. Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain

10. Baginda memelihara rambutnya dengan kemas

11. Baginda memakai serban di atas kopiahnya

12. Suka membalas hadiah

13. Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk

14. Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya

15. Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya

16. Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa

17. Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya

18. Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka

19. Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama

20. Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak

21. Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun

22. Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat

23. Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas

24. Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya

25. Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut

26. Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara

27. Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan

28. Amat kasih terhadap umatnya

29. Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya

30. Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah

31. Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan

32. Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka

33. Suka menziarahi orang sakit

34. Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya

35. Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap

36. Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi

37. Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan

Tuesday 21 September 2010

TAUBAT NASUHA



Allah SWT berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. (At-Tahrim: 8)

.Ibnu Umar dan Ubay bin Kaab berkata: 'Taubat Nasuha itu ialah, bahawa seseorang bertaubat dari dosa-dosa kemudian tidak kembali kepadanya lagi seperti ketidakmungkinan kembalinya susu ke tetek binatang."

.Sedangkan Hasan Basri berkata: "Taubat Nasuha ialah hendaknya seseorang menyesal atas apa (dosa) yang pernah dikerjakannya pada masa lampau serta diiringi dengan sikap tidak kembali kepadanya."

.Ibnu Qayim berkata: "Nasuha dalam bertaubat mengandungi tiga unsur:

.Pertama: Memandang sama semua dosa dan bersikap sama terhadap seluruhnya, sehingga tidak satu dosa pun yang keluar dari penilaian sebagai dosa.

.Kedua: Menghimpunkan antara azam (tekad) dan kesungguhan sikap seutuhnya untuk menghadapinya, sehingga tidak ada sedikit keraguan pun yang tersisa pada dirinya, tidak pula secebis angan-angan dan menanti-nanti pada batinnya. Namun dia menghimpun semua kehendak dan tekadnya untuk menghadapinya dan segera bersikap demikian.

.Ketiga: Membebaskannya (tekadnya) dari segala kotoran dan penyakit yang merosak keikhlasannya serta menjadikannya takut kepada Allah secara murni, menginginkan balasan yang ada di sisiNya serta takut dari siksa yang ada di sisiNya.

.Pendapat lain mengatakan bahawa di antara tanda-tanda taubat nasuha itu ialah:

1. Taubat meliputi segala dosa, sehingga tidak satu pun dosa yang tertinggal dan menghilangkan pengaruh-nya terhadap jiwa, sebagaimana sinar matahari menghapuskan kegelapan malam. Sesungguhnya orang yang bertaubat dari suatu dosa dan tetap mengerjakan maksiat yang lain, maka taubatnya belum sempurna.

2. Bertekad akan bertaubat hingga akhir hayatnya, untuk mengakhiri dosa-dosa. Berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya yang telah berlalu sebagaimana susu tidak akan kembali ke sumber asalnya.

3. Memulai dengan penyesalan dan mengakhiri dengan perbuatan amal soleh dan ketaatan, membersihkan hatinya dari pengaruh maksiat dan berjanji tidak mengulangi perbuatan dosa buat selama-lamanya.

4. Menjauhi seluruh perbuatan dosa. Taubat tidak bererti apa-apa jika disertai dengan perbuatan dosa. Allah tidak akan menerima perbuatan baik seseorang selama dia melakukan perbuatan maksiat tersebut. Jiwa yang terbelenggu dalam memikirkan maksiat akan mengikis habis perbuatan baik.

5. Sesungguhnya seorang hamba tidak dituntut untuk mengerjakan seluruh perbuatan baik, akan tetapi dia dituntut meninggalkan seluruh perbuatan jahat. Dengan demikian akan mendorong dirinya melakukan kebaikan. Bagi seseorang yang bertaubat dari kemunafikan, maka tidak dibenarkan berbuat zina, bahkan dia dituntut melepaskan seluruh kejahatan dari hatinya.

6. Apabila ingin bertaubat dari seluruh dosa, maka seluruh anggota badan harus bertaubat. Taubat mata ialah memelihara pandangan dari perkara yang haram. Taubat tangan ialah memeliharanya dari mengambil barang-barang haram. Taubat kemaluan ialah dengan cara menjauhkannya dari perbuatan zina dan lain-lain sebagainya.

7. Mengenang atau mengingat-ingati apa saja yang pernah dikerjakan kemudian melaksanakan kewajipan-kewajipan yang telah ditinggalkan. Mengembalikan hak kepada pemiliknya, mentaati segala perintah Allah dan RasulNya.

Thursday 16 September 2010

Ciri Wanita Solehah



Rasulullah bersabda,’Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah’. (Riwayat Muslim).*

Ciri-ciri wanita solehah.

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh keni’matan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

1- Taat kepada Allah dan RasulNya

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
- Berbuat baik kepada dua ibubapa
- Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
- Bersikap baik terhadap jiran tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1- Lupa mengingati Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya: ” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: “Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.

2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia

Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana keni’matan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: Ertinya:” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”
Anda mungkin juga meminati:

For The Rest of My Life



I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I’m here with you
Now let me let you know
You’ve opened my heart
I was always thinkin’ that love was wrong
But everything was changed when you came along oh
And there is a couple of words I wanna say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you, loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I… I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You’re my wife and my friend and my strength
And I pray we’re together in Jannah
All I know I found myself
I feel so strong
Yes! Every thing was changed when you came along oh
And there is a couple of words I wanna say

Chorus

I know deep in my heart
And now that you’re here in front of me
I strongly feel love
I strongly feel love
And I have no doubt
And I sing it loud that I will love you eternally

Chorus

I know it deep in my heart

Saturday 4 September 2010

Tiada Duka Yang Abadi



Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan tandu cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...