KERABAT MAYA

Friday 22 January 2010

“Jangan lupa, beli kicap”


Geli aku, begitulah kata perumpaman yang dapat aku gambarkan apabila Handphone yang berada dalam poket atas baju melayu aku bergetar yang menandakan telah masuknya SMS dari seorang hamba Allah kepada aku..

“Tolong beli kicap”


3 rangkap SMS yang di hantar ketika aku dalam perjalanan ke masjid, tidaklah mengembirakan aku kerana tumpuan aku kepada Allah akan terganggu, hampeh betul!.., nilah orang perempuan, kalau ye pun nak SMS, hantarlah lepas solat, barulah aku boleh solat dengan khuyuk dan khuduk.., akupun call isteri aku bagi ceramah sikit..

“berapa kali abang nak pesan?, jangan kirim apa-apa waktu abang nak solat, kalau nak apa-apa, kirim lepas habis solat.., faham?!”

Bini aku ketawa sambil mintak maaf, apa yang kelakar ntah? Katanya tak sengaja, dan janji lain kali tak buat lagi, dan juga berjanji di lain kali, akan SMS lepas solat jika ada apa-apa nak pesan..

Jadi aku pesan lagi sekali kat semua isteri orang yang baca blog aku,:

“TOLONG JANGAN SMS KIRIM BELI BARANG DAPUR WAKTU SUAMI NAK PERGI SOLAT”

Faham?!

Kalau nak SMS gak, tunggu lepas 15 minit, insyAllah, lepas dah solat, suami akan beli barang dapur yang korang kirim dengan senang hati, jika tidak, alamak!, dalam setiap rakaat ler nampaknya syaitan akan ingatkan barang yang nak di beli.., iman rukuk -tolong beli kicap, imam iktidal -kicap warna hitam, imam sujud -cap kipas udang, imam duduk antara dua sujud,-kenapa kicap asyik warna hitam?, imam sujud balik – apa salahnya jika kicap warna biru? Imam rakaat ke dua, korang dah bukak kilang kicap, imam bagi salam, korang tiba tiba sambung satu rakaat sebab asyik sangat berangan jadi jutawan kicap warna biru.., apa apa ntah?!

Habis sampai situ, harap semua isteri di luar sana mengerti penderitaan suami masing-masing, Ok, bercerita tentang SMS, korang perasan tak? Dalam solat, kita sebenarnya sentiasa menghatar ‘sms’ kepada Allah..

Sebagai contoh waktu rukuk, ‘sms’ yang kita hantar:

"Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujianNya."

Waktu iktidal pulak, kita hantar ‘sms’:

"Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian."

Lepas tu waktu sujud, kita hantar 3 kali lagi ‘sms’

"Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujianNya."

Duduk antara dua sujuk, ‘sms’ kita panjang sikit:

"Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, lindungkan aku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku."

Dan pentuup solat, kita bagi ‘sms’ yang panjang..

"Segala penghormatan yang berkat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah...."

Dan tahukah korang?, bahawa setiap ‘sms’ yang korang hantar kepada Allah itu, sebenarnya Allah terima dan balas balik bagi mereka yang khusyuk…

Contohnya dalam Al fatihah:

‘sms’ korang:

''Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam.''

‘sms’ dari Allah:

"Hamba-Ku telah memuji-Ku."

‘sms’ korang:

''Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.''

‘sms’ dari Allah:

"Hamba-Ku Mengagungkan-Ku."

‘sms’ korang:

''Raja di Hari Pengadilan.''

‘sms’ dari Allah:

"Hamba-Ku berserah diri kepada-Ku."

‘sms’ korang:

''Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan.''

‘sms’ dari Allah:

"Inilah antara Aku dan hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta."

‘sms’ korang:

''Tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau anugerahkan kepada mereka yang Engkau cintai, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang Engkau sesatkan.''

‘sms’ dari Allah:

"Ini milik hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta."

****

Lepas tu pulak, bila korang dah habis solat, maka korang akan hantar ‘sms’ panjang panjang mengikut hajat masing masing.. dan tahukan korang?, apakah tanda ‘sms panjang’ kita itu diterima?

Menurut seorang sahabat Tabein yang bernama Thabib Bananni Rahmatullaalahi, beliau menyatakan seorang wali Allah akan dapat mengetahui akan ‘sms’ manakah yang di ‘hantar’ oleh beliau yang diterima oleh Allah, iaitu beliau setiap kali badan rasa bergetar, air mata mengalir, bulu roma meremang dan satu ‘vibrate’ dalam dada berlaku di setiap kali hamba Allah ini berdoa, maka ‘vibrate’ dalam dada itulah antara salah satu petunjuk yang menandakan ‘sms’ beliau telah di terima oleh Allah.. hebat bukan?

Dada bergetar menandakan doa makbul? Aku juga pernah alami peristiwa ini, lepas solat, aku terus berdoa dengan tawajjuh pada Allah, mata ku pejam rapat rapat, dan tangan menggiggil tanda khuyuk dalam hati.. tiba tiba satu gegeran berlaku di dada aku, makin lama makin kuat.. oh, inilah agaknya pentanda bahawa doaku telah makbul..

“Jangan lupa, beli kicap”

Cis!, isyarat vibrate sms dari bini aku rupanya, hampeh! Lepas ni tak nak silent mode with vibration lagi!

tobat maksiat-wali Band..

Dengarlah Hai Sobat
Saat Kau Maksiat
dan Kau Bayangkan Ajal Mendekat
Apa Kan Kau Buat
Kau Takkan Selamat
Pasti Dirimu Habis dan Tamat

Bukan ku Sok Taat
Sebelum Terlambat
Ayo Sama-sama Kita Taubat
Dunia Sesaat
Awas Kau Tersesat
Ingatlah Masih Ada Akhirat

Astafighrullahaladzim

Ingat Mati
Ingat Sakit
Ingatlah Saat Kau Sulit
Ingat Ingat Hidup Cuma Satu Kali

Berapa Dosa Kau Buat
Berapa Kali Maksiat
Ingat Ingat Sobat Ingatlah Akhirat

Cepat Ucap Astafighrullahaladzim

Pandanglah Ke Sana
Lihat Yang Di Sana
Mereka Yang Terbaring Di Tanah
Bukankah Mereka
Pernah Hidup Juga
Kita Pun Kan Menyusul Mereka

Astafighrullahaladzim


Cepat Ucap Astafighrullahaladzim

Cepat Ucap Astafighrullahaladzim
Cepat Ucap Astafighrullahaladzim


tulisbaca : hampir sebulan lebih cari lagu ni...akhirnya jumpa jugak...dapat download dari anak guru besar....hahahhaa

kenapa suka sangat BLOCK...


apa dah jadi.........

papan chat dalam blog dah kena block....
laman facebook dah kena block....
blog sendiri pun kadang2 kena block....


yang paling melucukan...laman web satu Malaysia pun kena block.....

teruskan mem"block" kalau itu dapat membahagiakanmu wahai school net...aku bosan dah dengan perangaimu.....

Berhenti merokok, kahwin lagi satu


Bulan pertama dalam lembaran 2010 berbaki beberapa hari lagi, namun mungkin ramai yang sudah lupa azam tahun baru mereka.

Namun, menjengah semula coretan rakan-rakan sendiri dalam Facebook dan blog masing-masing, saya melihat tidak ramai yang memasang azam baru untuk tahun ini.

Malah ada sekadar meluahkan keluhan: "Perbaharui azam tahun lepas sudahlah." Bagaimanapun ada pula mengumumkan azam yang lebih mendadak untuk meningkatkan tahap kesihatan, termasuk berhenti merokok.

Genap bulan ini, seorang rakan saya bakal meraikan kejayaannya tidak merokok selama setahun. Dari sudut ini, beliau merupakan seorang yang berjiwa kental dan boleh menjadi tauladan kepada saya sendiri dan rakan-rakan lain.

Saya menyokong usaha berhenti merokok. Tabiat ini diamalkan meluas tanpa mengenal kedudukan dalam strata masyarakat, mahupun bidang tugas yang dikendong oleh seseorang.

Ada negeri yang tidak memfatwakan merokok sebagai haram kerana tukang yang membuat fatwa itu sendiri rakus merokok!

Bahkan, di kalangan menteri juga ada yang kuat merokok, walaupun kerajaan mengambil sikap yang serius terhadap kesalahan merokok, khususnya di kalangan pelajar sekolah.

Semasa kami menuntut di sekolah menengah, beberapa rakan saya dibuang sekolah kerana kesalahan merokok di kawasan sekolah. Mengambil alasan sama, bolehkah kita 'membuang' seorang menteri pelajaran kerana kesalahan merokok di kementeriannya?

Apakah pula ruang untuk mendakwa seorang mufti kerana kesalahan merokok di sebuah negeri yang memfatwakan merokok sebagai haram?

(Cuba bandingkan dengan alasan untuk mendakwa seorang bekas mufti kerana mengajar agama tanpa tauliah di sebuah negeri.)

Banyak data empiris yang menyokong usaha mengharamkan rokok dan tidak kurang juga bahan-bahan kempen anti-merokok yang mengandungi klise seperti "setiap batang rokok memendekkan usia sebanyak lima minit."

Klise ini juga tidak konsisten kerana ada yang menyebut jumlah kehilangan usia sebanyak tujuh minit, lima belas minit, malah hingga sepuluh tahun, sedangkan laporan dalam penerbitan British Medical Journal (Januari 2000) menyebut "sebatang rokok mengurangkan usia anda sebanyak 11 minit."

Rumusan oleh Mary Shaw, Richard Mitchell dan Danny Dorling itu berdasarkan kajian terdahulu di Bristol, United Kingdom ke atas 34,439 doktor lelaki Britain pada 1951.

Kiraan itu pula berdasarkan jumlah rokok setahun yang dihisap oleh peserta kajian tersebut sejak usia 17 tahun sehingga kematiannya pada usia 61 tahun -- sebanyak 311,688 batang.

Umum mengetahui kebaikan aktiviti riadah, pengambilan makanan secara waras dan tidur yang mencukupi terhadap tahap kesihatan dan melanjutkan usia seseorang individu.

Ia juga boleh ditingkatkan lagi sekiranya seseorang itu berhenti merokok dan juga, menurut kajian, mengamalkan poligami!

Ia berdasarkan kajian Dr Virpi Lummaa, pengkaji ekologi di Universiti Sheffield, United Kingdom yang membentangkan dapatannya itu di mesyuarat tahunan International Society for Behavioral Ecology di Ithaca, New York.

Kajian itu, menurut Lumma, menunjukkan lelaki yang berkahwin lebih daripada seorang didapati hidup lebih lama berbanding lelaki yang tidak mengamalkan poligami.

Dapatan itu berdasarkan kajian ke atas sekumpulan lelaki berusia lebih 60 tahun di 140 buah negara yang mengamalkan (atau membenarkan poligami), yang hidup lebih lama -- sehingga 12% -- berbanding satu kumpulan lain lelaki daripada 49 negara yang umumnya mengamalkan monogami.

Menurut Neil Strauss yang menulis buku mengenai kelangsungan hidup manusia, maklumat itu didapatinya melalui komen penyampai program perbualan tabloid TV terkenal Opray Winfrey yang juga merupakan pejuang isu-isu berkaitan wanita dan turut mengambil pendirian menentang poligami.

Coretan Strauss di laman Facebook awal bulan ini kemudiannya mengundang pelbagai reaksi daripada rakannya di laman itu, termasuk juga yang tidak yakin penemuan sains tersebut boleh diterima pakai di negara mereka.

Seorang rakannya meninggalkan komen: “Poligami mungkin boleh mendorong kepada sembilan tahun kehidupan lagi tetapi (sekurang-kurangnya di tempat saya tinggal), mungkin juga sembilan tahun penjara.”

Alasannya, kerana banyak negara termasuk Amerika Syarikat meletakkan poligami sebagai perbuatan jenayah di bawah undang-undangnya.

Tetapi Malaysia, dan 47 buah negara lain, amalan poligami dibolehkan oleh undang-undang negara.

Jadi masih banyak masa untuk memperbaharui azam baru anda tahun ini, demi mencapai tahap kesihatan yang lebih baik!

Friday 8 January 2010

WARNA KEHIDUPAN...


jika kuning itu raja, Biru itu laut. putih itu suci.Merah itu berani dan hijau itu syurga, maka dimanakah lagi silapnya manusia.....

Thursday 7 January 2010

TENANGNYA HATI....


alhamdulillah..hari ini hati terasa amat tenang....beban yang terbelenggu sudah semakin terburai...harapnya...harapan yang diharap...dan pintaan yang selalu dipinta akan dimakbulkan Allah....InsyaAllah....

Wednesday 6 January 2010

KENAPA HANYA DALAM PENERBITAN BAHASA MELAYU?


Mereka ingin menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan BAHASA MELAYU sahaja.

Begitu liciknya mereka.

Bersungguh-sungguh betul usaha mereka.


"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya pengetahuan kepadamu, maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu." (al Baqarah : 120)

Sunday 3 January 2010

selamat bertugas


selamat menjalankan tugas buat semua...
mulakan harimu dengan Bismillahirrahmanirrahimmmm....

akaun facebook sudah lupa kata laluan dan dah tak boleh buka....
telefon sudah habis kredit dan tak tambah-tambah nilai sampai sekarang...
line internet...kejap ada kejap tak ada.....


Ya Allah....ada sesuatu yang ingin ku sampaikan...tapi pada siapa
ada sesuatu ingin diberitahu tapi pada siapa....aku perlukan satu keizinan...


untuk menambah dua......walau sepahit mana halangan hidup aku akan tempuhi dengan aman dan redha...aku nekad dengan keputusanku...walau dicemuh beribu nista....atau aku dilontar beribu omelan...aku tetap aku...keputusanku sentiasa muktamad....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...